Kisah awal mengenai dak Nuha dari [SINI]..
Aku yang memaksa dak Nuha ke Bahagian Pesakit Luar, hospital kerana aku tengok bahagian bawah bibirnya makin besar gelembungnya dan aku nampak dia macam tak selesa ketika bercakap. Doktor kemudian mencadangkan agar kami mendapatkan rawatan lanjut di klinik gigi.
Aturan Allah itu baik dan semua urusan pada hari itu dipermudahkan-Nya. Doktor yang merawat dak Nuha sangat baik, menerangkan keadaan dak Nuha dengan penuh berhati-hati. Aku tak ingat istilah tepatnya tapi kelenjar air liur dak Nuha mungkin tersumbat dan itu menyebabkan wujudnya gelembung dalam mulutnya.
Doktor mencadangkan satu prosedur minor surgery dan setelah dak Nuha memberi persetujuan serta selepas mendapat tarikh pembedahan, akhirnya hari ini aku menemani dak Nuha untuk menjalani prosedur tersebut.
Klinik Pembedahan Mulut dan Maksilofasial
22 Disember 2025 - Isnin (01 Rejab 1447H)
Pagi..
Aku menemani dak Nuha menjalani satu prosedur minor surgery di bahagian mulut di Klinik Pembedahan Mulut dan Maksilofasial, hospital di sini. Memandangkan dak Nuha masih di bawah umur, sebagai waris aku diberikan penerangan oleh doktor tentang apa yang akan dilakukan sepanjang prosedur tersebut.
'Anaknya ok, ibunya yang takut'.. Doktor bagitahu pembantunya. Aku tersenyum disebalik pelitup muka yang aku pakai, namun hakikatnya aku agak takut — takut kerana dak Nuha perlu dibedah dan dijahit. Apabila doktor memaklumkan enam jahitan diperlukan, debar di dada terasa makin kuat.
Selepas menandatangani borang kebenaran, aku diminta menunggu di ruang menunggu di bahagian luar. Menunggu dalam debar.
Selesai prosedur tersebut, dak Nuha menceritakan kembali perbualan bersama doktor..
'Ok.. adik dah sedia?'
'Ok.. sedia'.
'Awak takut tak..?'
'Saya tak takut sebab doktor kan ada.
'Ok, kalau adik terasa sakit, buat gerakan atau buat isyarat tanda sakit'.
'Ok.. doktor'.
Senang sungguh dak Nuha. Aku yang berdebar dari awal, dia pula rileks sahaja. Doktor turut menunjukkan spesimen yang diambil dan memaklumkan ia akan dihantar ke makmal untuk mengetahui keputusannya. Jadi, kita akan berjumpa semula dengan doktor pada Januari tahun 2026 nanti.
Tengah hari..
En. Hubby datang mengambil kami di hospital sebelum singgah sebentar ke rumah myMIL untuk menunjukkan keadaan dak Nuha. Sempatlah en. Hubby masak untuk abah dan maknya sebelum kami pulang ke rumah disebabkan dak Nuha mula rasa tidak selesa, kesan ubat bius semakin berkurang. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di pasar raya di sini untuk membeli sedikit barang keperluan dan — antaranya ais krim. Bukan satu tapi sampai tiga perisa dipilihnya.
Malam..
Moga dak Nuha tak meragam dan cepat sembuh hendakNYA.
Dalam Konteks Perubatan:
Istilah ini sering digunakan dalam bidang Pembedahan Mulut dan Maksilofasial (Oral & Maxillofacial Surgery) iaitu kepakaran yang merawat masalah berkaitan rahang, mulut dan struktur muka.
Aku..?
Esok kembali bekerja — sejak Rabu lalu aku bercuti menguruskan dak Nuha dan juga dak Kakak. Kisahnya di [SINI]..
@RemajaPurba: ..



No comments:
Post a Comment