07 Disember 2025 - Ahad (16 Jamadilakhir 1447H)
Jangan tunggu anak menjauh baru kita terasa kehilangan. Selalunya anak bukan berubah kerana dunia luar — tapi kerana rumah sendiri tidak lagi jadi tempat dia pulang bercerita dengan aman. Belajarlah mendengar sebelum dia memilih untuk diam. Peluklah dia sebelum jarak itu jadi kebiasaan dan lembutkan hatinya sebelum hatinya mengeras.
Anak yang takut bercakap dengan ayah, biasanya sebab ayah terlalu jarang mendengar bila anak cuba bercerita hingga anak sendiri rasa jauh. Kadang-kadang anak bukan minta duit pun, dia cuma nak ayah pandang wajahnya, mendengar ceritanya dah cukup buat dia rasa gembira.
Bila ayah tidak mahu belajar berlembut dengan anak, masa itulah hatinya perlahan-lahan menjauh dan kemesraan tiada lagi di dalam rumah sendiri. Ayah yang tidak mahu berbicara, tidak mahu mendengar dan lebih pentingkan dunianya sendiri akhirnya membuatkan anak itu terasa tawar — hingga hadirnya ayah pun membuat dia rimas. Bukan benci yang dia cari tapi rasa kecewa yang terlalu lama disimpan menjadikan wajah ayah sendiri sesuatu yang ingin dijauhkan.
Bila anak lambat membalas atau kurang memberi respons, dia dicop sebagai kurang ajar — dan si ibu pula dipersalahkan kononnya tak pandai mendidik tapi pernahkah si ayah terfiir, siapa sebenarnya punca anak itu menjauh? Anak yang tidak mahu bercerita bukan kerana degil tapi kerana terlalu lama merasa tidak didengari.
Dan ingatlah wahai ayah, jika suatu hari nanti anak itu langsung tidak mempedulikan kamu, jangan menyesal. Kerana ketika itu, dia bukan melupakan kamu — dia cuma melepaskan apa yang terbuku di hati.. seorang anak yang pernah berharap kasih sayang daripada ayahnya.
Anak yang diam bukan kerana dia tak sayang - dia cuma letih berharap pada ayah yang tak pernah mendengar.
@RemajaPurba: Jangan Tuntut Hormat Jika Tak Pernah Beri Kasih
No comments:
Post a Comment