Followers Remaja Purba

Friday, May 16, 2025

SELAMAT HARI GURU 2025


16 Mei 2025 - Jumaat (18 Zulkaedah 1446H)

Tema “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” merujuk kepada peranan strategik guru sebagai penggerak utama dalam proses transformasi sistem pendidikan. Konsep ini menekankan bahawa guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi agen perubahan yang membentuk dasar, pedagogi, dan budaya pembelajaran ke arah lebih progresif.


Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dalam ucapan beliau ketika Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang berlangsung di Kuching, Sarawak telah mengumumkan enam berita gembira buat warga pendidik di seluruh negara:
  • Permohonan pertukaran selepas berkhidmat dua tahun tanpa syarat.
  • 1470 pembantu guru akan disediakan untuk sekolah-sekolah terpilih, di mana satu sekolah akan mempunyai dua pembantu guru.
  • 32 guru dari kalangan penerima Anugerah IKON, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Khas Pendidikan dan Anugerah Guru Berwibawa bakal melalui pengalaman bertugas di sekolah antarabangsa di United Kingdom secara percuma.
  • Peluang kepada guru dan pegawai terpilih untuk mengikuti program kursus jangka pendek di luar negara untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang terpilih.
  • Diskaun sebanyak 20 peratus bagi pembelian tiket penerbangan kepada guru ke seluruh destinasi melalui MH GOM PORTAL.
  • Pembelian secara dalam talian menggunakan ID DELIMA KPM akan diberikan diskaun buku antara 20 hingga 30 peratus.

YB Fadhlina Sidek juga berharap menerusi kekuatan potensi guru-guru dan semangat daripada tema, iaitu Guru Pemacu Reformasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan berjaya memastikan Enam Reformasi Pendidikan berjaya dilaksanakan iaitu:
  • Intervensi kurikulum, Pendidikan STEM
  • Pemerkasaan Pendidikan Digital
  • Memartabat Bahasa Melayu
  • Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
  • Pendidikan TVET
  • Pendidikan Prasekolah

===============================================

Tahun 2025..
Tugas mendidik anak murid di sekolah bukan satu perkara mudah demi untuk melihat anak didiknya berjaya. Pelbagai cara digunakan untuk menarik perhatian mereka. Tanpa guru, tidaklah kita mahir membaca, menulis, mengira. Moga segala ilmu yang diajar oleh guru melekat dan kekal relevan walaupun usia muda semakin jauh meninggalkan kita.


Khas buat Guru Kelas dak Nuha ketika di sekolah rendah..
Ustazah Baiti Jannati



Ustazah Aida


Teacher Magesh, guru kelas dak Nuha tahun 2024



Bagaimana pula dengan guru kelas dak Nuha untuk tahun 2025 ni..?

Melalui Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dak Nuha mencari dan dapat berjumpa hampir kesemua cikgu yang mengajar kelasnya. Tiap apa yang aku pesan, dia sampaikan dan dak Nuha bagitahu, cikgunya mengharapkan kejayaan dak Nuha dalam peperiksaan memandangkan dua minggu ini adalah minggu peperiksaan. InsyaAllah.. sama-sama kita doakan.


Terima kasih atas segala tunjuk ajar, bimbingan, dan kesabaran mendidik anak-anak muridmu terutamanya buat dak Nuha. Ilmu yang cikgu curahkan adalah bekal berharga sepanjang hidup. Setiap pengorbananmu, walau kecil, meninggalkan kesan besar dalam hidup anak didikmu.

Selamat Hari Guru.. 16 Mei 2025
Buat semua guru, moga rutin harian dipermudahkanNYA.
'GURU PEMACU REFORMASI PENDIDIKAN'

@RemajaPurba: Al-Fatihah buat guru yang telah pergi..

6 comments:

  1. Guru2 ni, jasa mereka tak terbalas buat anak2 dan juga kita ibubapa. Doa buat mereka moga sentiasa sihat ceria dan dimurahkan rezeki selamanya.

    ReplyDelete
  2. Banyak cabaran menjadi guru utk zaman sekarang ni, semoga guru2 semua dipermudahkan segala urusan utk mendidik anak bangsa

    ReplyDelete
  3. Wah, lengkap dan penuh inspirasi betul artikel ni! Memang betul la, guru ni bukan sekadar bagi ilmu, tapi macam superhero pendidikan yang jadi pemacu reformasi. Kalau cikgu-cikgu pun dapat tiket diskaun flight dan kursus luar negara, kira macam “upgrade” power untuk terus deliver ilmu terbaik! Harap tahun ni dak Nuha boleh conquer exam dengan penuh bergaya sebab cikgu-cikgu semua support padu. Selamat Hari Guru semua, semoga sabar dan tabah walau tiap hari kena layan karenah pelajar. Superhero tanpa jubah! 😄📚✨

    ReplyDelete
  4. Selamat hari guru kepada semua guru guru di Malaysia. Semoga segala urusan guru guru dipermudahkan.

    ReplyDelete
  5. Wahh.. bagus Nuha.. setiap guru disantuni.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...