Followers Remaja Purba

Friday, May 9, 2025

JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1446H/2025


30 April 2025 - Rabu (2 Zulkaedah 1446H)

Syawal telah berlalu tapi masih ada lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiitri?
Dek kekangan masa dan boss tiada pula pada tarikh yang dipilih, akhirnya majlis hanya dapat selepas Syawal. Walau telah melewati bulan Syawal, namun kemeriahan sambutan Aidilfitri masih lagi terasa. Majlis yang dinantikan 'Raya Kita-kita Je' telah dibuat di ruang tingkat tempat aku bekerja.

Kali ini, menu utama tidak disediakan oleh en. Hubby kerana aku tidak mahu en. Hubby terpaksa mengambil cuti rehat, cuma aku minta buatkan pulut periuk kera sebagai salah satu menu potluck.

Aku..?
Kena sediakan dua balang air, sirap selasih dan sunquick oren. Aku buat, orang lain rasa. Jadi, kalau rasa tawar atau terlebih manis bukan salah aku. Bijak tak MakBudak..


Sebelum majlis bermula..
Wak Landskap bantu aku dapatkan daun pisang di kebun sebelah tempat kerja aku untuk digunakan sebagai alas bagi makanan yang akan dihidangkan.


Pelbagai juadah siap dihidangkan, baik yang ditempah atau dari air tangan sendiri.


Pulut periuk kera mendapat perhatian ramai termasuklah Dato' CEO sendiri




Menu utama:
🌯 Lemang
🍢 Satay Ayam & Daging
🍲 Nasi minyak, Ayam Masak Merah, Acar Nenas + Timun, Papadom
🍛 Rendang Ayam, Rendang Daging, Nasi Impit & Kuah Kacang
🍝 Bihun Sup


Sebahagian Menu potluck yang dibawa




Pelbagai menu menarik telah disajikan, baik dari menu utama sehingga ke menu potluck. Memang meriah lain macam tapi dalam meriah tu sebenarnya terkejut kerana tiba-tiba menerima tetamu dari luar ketika ada antara kami yang belum dapat menjamah menu utama. Ada yang bersuara meluah rasa tapi takkan nak halang ye tak. Orang datang kita raikan. Tak apalah, rezeki sedikit dikongsi bersama, pada yang tak dapat makan tu, ada rezeki nanti kita buat lainlah ye.

Chief of the day..

Dalam masa yang sama, turut diadakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah disediakan, kebanyakkan darinya adalah makanan/bahan mentah. Dah nama pun majlis untuk kita-kita, jadi hadiah pun macam-macamlah.

Aku punya [sardin 3 tin dan RM5] - rezeki

Buat semua..
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang hadir, yang bawa juadah power-power, yang tolong setting meja, yang jadi tukang deco-deco, tukang snap gambar, tukang cuci dan segala jenis tukang termasuklah kita semua sebagai tukang makan 😘 Masing-masing memang all out – daripada menu sampai ke dekorasi, semua tip top! Kita bukan saja kenyang perut, tapi juga penuh dengan rasa ukhuwah dan semangat raya kita yang masih berbaki. Kita dah cipta satu lagi kenangan manis bersama. Jumpa lagi di majlis seterusnya – siapa tahu, mungkin majlis lain pula lepas ni?

Maaf Zahir dan Batin! 
Eh!Kejap.. Ini dah macam Raya 2.0 satu bangunan pulak kan! Meriah lain macam.
#RayaKitaKitaJe

@RemajaPurba: Alhamdulillah..

3 comments:

  1. lemang periuk kera memang akan jadi pilihan, sebab susah nak jumpa..

    ReplyDelete
  2. sedap2 makanan sambut terlajak raya...

    ReplyDelete
  3. Lepas raya pun meriah jugak sambutan ye. Orang Malaysia ni memang sambut raya lebih sebulan. Hihi

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...