08/05/2025 - Khamis (10 Zulkaedah 1446H)
Awal pagi..
Adik ipar, Ika selamat melahirkan baby girl (3.1kg) di hospital di situ. Ibu dan baby berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah.. bertambah seorang lagi cucu myMIL.
Awal pagi..
Adik ipar, Ika selamat melahirkan baby girl (3.1kg) di hospital di situ. Ibu dan baby berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah.. bertambah seorang lagi cucu myMIL.
'Allah uji sebab tahu hambaNYA mampu jalani ujian. Bersangka baik walau ujian itu berat macam mana. Usaha, Doa dan Tawakkal kepadaNYA'.
==============================================
Pagi.. hari yang sama..
Ketika orang sedang bergembira, ada yang berduka di atas kehilangan ahli keluarga. Salah seorang boss (Intan Zarina binti Zainal Abidin) dari tempat kerja aku telah pergi ke Negeri Abadi sebelum subuh. Arwah dikejarkan ke Hospital Rembau, Negeri Sembilan kerana berlaku pendarahan.
Hasil post-mortem: Undetermined.
Pihak hospital telah mengambil sample untuk dibuat ujian bagi mengetahui punca sebenar kematian.
Kita sedih, family arwah apatah lagi. Moga mental dan fizikal family arwah kuat walau dah tak sekuat mana.
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali.”
Al-Fatihah.
dari Hospital Rembau, jenazah di bawa ke Surau Al-Fateh sebagai penghormatan terakhir
Pasukan Pengurusan Jenazah di bawah Biro Agama tempat kerjaku telah hubungi keluarga arwah untuk urusan pengurusan jenazah. Keluarga memaklumkan jenazah akan diuruskan bawah khairat kematian kawasan perumahan.
Surau Al-Fateh, Senawang, Negeri Sembilan
'rumah baru arwah'
Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang, Negeri Sembilan.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah.
==============================================
09/05/2025 - Jumaat (11 Zulkaedah 1446H)
Mesej dari suami arwah di dalam group WhatsApp tempat kerjaku:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ ْ ِ
Saya, En. Rahmad bin Mohamad suami kepada Allahyarhamah Intan Zarina binti Zainal Abidin ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang turun memberi penghormatan terakhir untuk arwah isteri saya pada 8hb Mei 2025.
Terharu sungguh di hati ini melihat kesantunan, kesabaran dan usaha semua yang hadir menziarahi, membantu menguruskan jenazah arwah isteri saya dari awal hingga selesai urusan pengebumian. Tak dilupa juga ramai yang banyak memberi sumbangan dan kata-kata semangat kepada saya untuk menempuhi tempoh yang amat mencabar ini untuk saya dan keluarga. Segala bantuan, doa dan sokongan daripada semua amat saya hargai dan tidak dapat saya balas satu persatu. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
- hanya sebahagian kecil aku copy paste kongsikan di sini -
Sebagai manusia yang akan terus melihat kematian, iktibar kita hanya sampai liang lahad semata. Sebaik dikambus ia akan dilupakan. Sedangkan kematian diri kita sendiri hari-hari disemak malaikat pencabut nyawa adakah kita masih ada yang tiga pada setiap hari - rezeki, kata-kata dan langkah.
@RemajaPurba: ...
Alhamdulillah bertambah ahli keluarga.
ReplyDeleteInnalillahi wa inna ilaihi rooji'un. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Sayu rasa hati kan bila baca titipan ucapan dari suami arwah. Terbayangkan kita nanti akan alami benda sama. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteTahniah atas kelahiran baby baru.