23 Januari 2025 - Khamis (23 Rejab 1446H)
Tidak sihat..
Tidak sihat..
Hari ni badan aku tewas akhirnya. Batuk dan selesema menguasai diri, berjangkit dari dak Adik hinggakan seisi rumah terkena tempiasnya. Jalan terbaik buat aku, makan ubat dan berehat di rumah bagi cepat sembuh.
Dulu..
Walau sakit, aku tetap pergi ke tempat kerja. Bukan kerana terasa sangat berdedikasi tapi tak nak tengok rekod kehadiran kerap cuti sakit.
Sekarang..
Bagi meminimumkan risiko ke atas diri dan orang lain, gigih aku jumpa doktor dan dapatkan cuti sakit. Rehatlah kau di rumah tanpa sebarang gangguan. Apa yang berlaku di tempat kerja, nanti boleh selesaikan bila kembali bekerja.
Akan datang..
Moga aku kuat dan masih kekal relevan untuk terus bekerja. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Apa-apapun, jagalah kesihatan diri sendiri sebelum kita jaga kesihatan orang lain. Jika kita sakit, macam mana nak jaga orang lain.
@RemajaPurba: InsyaAllah.. esok kembali ke tempat kerja..
Mudah2an cepat sembuhnya.
ReplyDeleteJangan lupa makan obat.
Semoga cepat sembuh ye. Jangan lupa rest betul-betul
ReplyDeleteSyafakillah puan 🤲🏻
ReplyDeleteKami sekeluarga pun tak brp sihat bbrp hari lepas now on the road to recovery alhamdulillah
Semoga cepat sihat.
ReplyDeleteget well soon
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh.
ReplyDeleteTerima kasih atas doa dari semua.
ReplyDeleteSetakat ini masih lagi belum sembuh sepenuhnya tapi Alhamdulillah, makin baik dari semalam.
Semoga cepat sembuh.. kdg2 badan kita perlukan masa rehat juga.. kena selalu rehatkan badan lepas ni..
ReplyDeleteMacam cerita uncle 25 Jan
ReplyDelete