25 Januari 2025 - Sabtu (25 Rejab 1464H)
Kisah dak Kakak..
Bulan lepas, berkaitan mata di [SINI]. Kali ini, dua minggu lepas, dak Kakak mengadu kaki terseliuh, jatuh terpelecok waktu nak cepat pergi kelas. Dia pun dah dapatkan rawatan di sana tapi sehinggalah dia balik cuti hari Sabtu lepas, masih belum baik. Jalan pun masih ada rasa sakit, bengkak pun masih belum surut. Kami bawa dia ke klinik tapi doktor di klinik pula sediakan surat rujukan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan lewat malamnya en. Hubby menemani aku membawa dak Kakak ke Bahagian Kecemasan hospital di sini.

Kejadian di hospital..
Aku tahu itu tugas kau, aku nak masuk ke dalam sebab nak uruskan anak aku. Ye.. Anak aku dah besar tapi aku perlu daftar kemasukan anak aku, jadi aku ada hak untuk masuk uruskan anak aku.
Aku dahlah tak sihat, penat tak cukup rehat, kau tak bagi aku masuk! Pulak tu.. dengan riak muka tak percaya aku ni ibu kepada anak dara aku 🤔 Aku berkeras nak masuk jugak, kalau anak aku sorang yang masuk, tercangak²lah budak tu dalam emergency tu nanti. Bila dekat dalam.. Eh! Ramai je waris yang teman pesakit.
Syukur Alhamdulillah.. urusan di kaunter, jumpa doktor, xray dan farmasi berjalan dengan baik. Hilang rasa marah bila doktor yang merawat dak Kakak tak percaya melihat aku.. 'Seriouslah ini ibu awak? I can't believe ini ibu awak.. '
Selepas selesai sebelum balik sekali lagi doktor bertanya pada dak Kakak..
'Apa rahsia ibu awak nampak muda? '
'oo.. Rahsianya kahwin muda.. '
'Alah.. saya dah lambatlah.. dah 34.. ' 😂
Alhamdulillah.. hasil dari xray kaki dak Kakak, tiada kesan retak cuma bengkak yang masih belum surut.
Alhamdulillah kaki kakak ok, tiada retak. Ibu memang awet muda kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga yang baik2 je untuk dak kakak...linda hari tu pun sampai sebulan still ada rse sakit2 jugak..last2 minta doktor refer fisioterapi...Alhamdulillah dah ok
ReplyDeleteaik..boleh plak macam tu erk x percaya aiza mak kepada dak kakak....amenda ntah doc tu...
ReplyDeletenasib baik pandai doctor tu pujuk panas di hati mak
ReplyDeleteTerus tak jadi marah kan doktor puji pulak tu. Hihi
ReplyDelete