Followers Remaja Purba

Sunday, January 12, 2025

JANGKITAN HAND FOOT MOUTH DISEASE (HFMD)


06 Januari 2025 - Isnin (06 Rejab 1446H)

Hari ni, hari kedua peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan, jadual peperiksaan seperti di [SINI]. Walau dak Adik tiada masalah pengangkutan untuk ke sekolah aku tetap mengambil cuti rehat, tak seperti dak Kakak hingga aku kena cuti rehat sehingga selesai kertas peperiksaan yang dia. Belum lagi termasuk godaan Covid-19 ke atas dak Kakak ketika itu.

Sementara menunggu dak Adik dengan dak Nuha siap untuk ke sekolah, tiba-tiba dak Nuha meluru keluar dari bilik. Terkejut aku bila dia tunjukkan kaki dan tangan dia naik bintik-bintik merah. Awalnya aku ingat hanya gigitan nyamuk tapi mustahil sebanyak itu merahnya. Menggigil badan dak Nuha sebab terkejut melihat keadaan diri dia.

Selepas dak Adik ke sekolah, aku bawa dak Nuha ke klinik bagi mendapatkan rawatan. 'Takkan dak Nuha kena Hand Foot Mouth Disease (HFMD)?' Pelik sebab tiada close contact dengan sesiapa kecuali pergi sekolah dan balik sekolah (yang ini sukar nak pastikan jika ada).


Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan dak Nuha suspect menghidapi HFMD. Aku tak pernah berhadapan dengan situasi begini, setakat kena demam campak itu biasa, pakej aku dan en. Hubby turut terkena sekali.

Awalnya doktor hanya bagi cuti sakit selama dua hari dan selang sehari aku kembali semula untuk sambung cuti sakit buat dak Nuha. Doktor turut bagi petua, ambil daun semambu blend dengan sedikit kunyit hidup dan buat mandian. 

Cuti Kuarantin? Aku tak ambil kerana aku sibuk mengejar masa menyelesaikan tugasan di tempat kerja sebelum 13 Januari 2025 ini. Maka, dak Nuha menjaga dirinya sendiri di rumah. Alhamdulillah, tidaklah teruk mana dan dak Nuha tidak culas mengikut saranan doktor yang merawatnya. Lega.


10 Januari 2025 - Jumaat (10 Rejab 1446H)

Hari ini, keputusan kemasukan ke Tingkatan Satu diumumkan. Sebelum ini puas aku pujuk dak Nuha untuk belajar di sekolah sama dengan dak Kakak di SMK(P) di sini tapi dia tak nak. Bila keputusan dah keluar, baru rasa nak menyesal.

'Ibu dah cakap tapi tak nak dengar. Menyesal sekarang tak guna dah. Pergi jelah sekolah yang dah dipilih tu. Adak hikmahnya tu kenapa tak sekolah lebih jauh'.

Alhamdulillah.. selesai satu perkara. Sekarang fokus untuk pembelian segala keperluan sekolah dan urusan pengangkutan ke sekolah.

Perlahan-lahan.. InsyaAllah.. moga segala urusan dipermudahkanNYA.

@RemajaPurba: Berdebar-debar rasa hati..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...