Followers Remaja Purba

Saturday, October 26, 2024

INI BUKAN ANAK TUNGGAL TAPI ANAK TERTINGGAL


25 Oktober 2024 - Jumaat (22 Rabiulakhir 1446H)

Hari ini merupakan hari terakhir dak Nuha menghadapi peperiksaan PSRA di SINI.. dan Alhamdulillah, berjalan dengan baik walau dak Nuha masih tidak sihat.

Lima petang..
Langit cerah.. panas boleh tahan..

Dak Nuha bergambar bersama kawan-kawan dan guru kelasnya sebelum balik.


Malam..
Kami bawa dak Nuha ke klinik, awalnya dia tak nak tapi lepas ku ugut 'Ni.. kalau minggu depan masih tak ok, jangan mengada-ngada tak nak pergi sekolah..' 

Lewat malam, mySIL datang ke rumah menghantar ikan jenahak yang ditangkap oleh myFIL, meminta en. Hubby masakkan untuk makan tengahari esok.

=====================================================


26 Oktober 2024 - Sabtu (23 Rabiulakhir 1446H)

Pagi..
Menemani en. Hubby ke pasar membeli barang keperluan untuk dijadikan stok minggu depan. Bahan mentah cukup, nak masak pun senang.

Tengahari..
Dengan ikan jenahak yang telah siap dimasak oleh en. Hubby, menjadi menu utama di rumah mySIL. Alhamdulillah.. kenyang.

Kari Ikan Jenahak


Petang..
Tak lengkap ahli keluarga kecilku. Hanya si bongsu dak Nuha yang menemani. Habis aku paksa dia keluar ke mana aje aku pergi. Awalnya dia tak nak ikut tapi bila aku  janjikan 'rumah kedua' - Mr DIY dia, dengan senang hati dia mengikut kata.

'Minggu ni Nuha jadi anak tunggal ibu dengan babahlah ye..'
'Ini bukan anak tunggal tapi anak tertinggal..' Sakat Babahnya..


Walau hanya sekitar radius merentasi tiga daerah, dak Nuha tetap setia menemani. Selesai urusan Babah dia, terus kami bawa ke 'rumah kedua'nya. Sukalah dia, dapat membeli barang yang diinginkannya.

'Foolscap Paper - untuk dak Adik.
Stok sedia ada di rumah dah habis.


Malam..
Minggu lepas dak Nuha telah 'lari' ke SINI.. kali ni pula kembar² dia pula datang tidur di rumah kami. Suka hati kamulah Nuha.. asalkan jangan lambat bangun..

#RemajaPurba: Penatnya..

Friday, October 25, 2024

BAWA BEKAL JIMAT DUIT BELANJA


25 Oktober 2024 - Jumaat (22 Rabiulakhir 1446H)

Alhamdulillah.. pagi Jumaat yang indah.
MakBudak cuti rehat hari ini bagi menguruskan dak Adik untuk pergi Bengkel Corus SPM di luar daerah. Hantar dekat sekolah je pun sambil nak lambai tangan waktu deme berangkat pergi lepas solat Jumaat nanti.

Panjang lebar pesanan + nasihat aku beri.. itu baru pergi tiga hari dua malam, kalau tiga bulan, buat voice record jelah MakBudak.

Hari ini merupakan hari terakhir dak Nuha dalam menghadapi peperiksaan PSRA di SINI.. Sebenarnya sejak tiga hari lepas dia dah mula tak sihat tapi demi PSRA, gigih dia ke sekolah. Moga dia kekal tenang dalam menjawab peperiksaan. 'Ibu tahu Nuha kuat, jangan patah semangat ye..'

============================================

Nasi panas, ikan goreng + sambal dan kicap

Bila dak Kakak takde ni, urusan di dapur kembali beralih tangan. Balik kerja terus sinsing lengan baju dan masak untuk dak Adik, dak Nuha dan Babah deme. Menjadi kebiasaan anak-anak akan makan sebelum pukul tujuh petang tapi bila selepas Maghrib baru siap masak, mood nak makan tu adakala kena paksa supaya mereka tak tidur dalam keadaan perut lapar. 

Nasi putih + ayam goreng + sambal terung

Jika dulu aku masak hanya untuk makan malam tapi sekarang aku akan masak lebih untuk kami bawa bekal keesokan harinya. Tak kisahlah apa menu sekalipun, janji bawa bekal untuk jimatkan duit. Dalam keadaan fasa sukar sekarang ini, apa yang dihidangkan, itulah menu kami. Asalkan perut tak lapar, nak buat kerja pun senang hati.

============================================

Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan membuka pintu rezeki yang baharu. Never give up! Percaya kepada perancangan Allah. Alhamdulillah.. Do your best. Allah will do the rest. Do what you want, Allah will do what you can't
- Khairy Jamaluddin a.k.a KJ | ABPBH 2024 | 12 Oktober 2024 -


#RemajaPurba: Alhamdulillah.. rezeki..

Tuesday, October 22, 2024

PSRA dan SSPA


21 Oktober 2024 - Isnin (18 Rabiulakhir 1446H)

Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) merupakan ujian yang dijalankan di SRA, SRAI dan KAFAI di seluruh Selangor. Ianya satu peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bahagian Pendidikan Islam dan ianya dijalankan ke atas semua murid Tahun 6. Ujian ini berbeza sama sekali dengan UPKK.

Bermula 21 Oktober 2024 hingga 25 Oktober 2024, PSRA akan dijalankan dan dak Nuha adalah salah seorang calonnya.

Jadual Peperiksaan PSRA bagi Tahun 2024:
  • 21 Oktober 2024 (Isnin) - Akhlak dan Sirah
  • 22 Oktober 2024 (Selasa) - Lughatul Al-Arabiah
  • 23 Oktober 2024 (Rabu) - Tauhid dan Feqah
  • 24 Oktober 2024 (Khamis) - Tajwid
  • 25 Oktober 2024 (Jumaat) - Jawi, Imlak dan Khat


Pemarkahan Gred PSRA:
  • Mumtaz (Cemerlang: 90 - 100)
  • Jayyid Jiddan (Sangat Baik: 75 - 89)
  • Jayyid (Baik: 60 - 74)
  • Maqbul (Lulus: 40 - 59)
  • Musaadah (Perlu Bimbingan: 0 - 39)

Pelajar yang mendapat Mumtaz (Cemerlang) di dalam PSRA, berpeluang menyambung pelajaran:
  • Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor (MITS)
  • Sekolah-sekolah Agama Menengah (SABK) Negeri Selangor

Aku pernah kongsikan dalam Program Permuafakatan Ibu/Bapa/Penjaga bagi murid Tahun 4, 5 dan 6 di SINI.. 

===================================================


SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)

Bermula dari 21 Oktober 2024 hingga 30 November 2024 adalah tempoh pegawai awam memilih option untuk menerima atau tidak SSPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2024.

Perkongsian mengenai Pencen Kekal bagi mereka yang memilih SSPA di SINI.. Bagi mereka yang tidak memilih option SSPA, tidak akan menerima pelarasan gaji dan pencen akan mengikut gaji ketika dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Kalkulator Gaji SSPA di SINI..

Selain dari pelarasan gaji yang akan diterima pada Disember 2024, kerajaan juga akan memberikan bantuan khas untuk persekolahan dan persiapan hari raya pada Tahun 2025 nanti.

'Di sini dapat kita lihat bahawa keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam sangat tinggi dan saya minta supaya penjawat awam membalas dengan sesuatu yang lebih baik dalam memberikan perkhidmatam kepada rakyat' - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Alhamdulillah.. rezeki buat mereka.

#RemajaPurba: Moga dak Nuha dapat menjawab soalan dengan baik.. Aamiin..

Thursday, October 17, 2024

TAK PANDAI TAK APA TAPI JANGAN TAK BERADAB! - Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK


Salah satu stok draft yang tersimpan dan ini sambungan dari SINI..

22 Jun 2024 - Sabtu (15 Zulhijjah 1445H)

Pada tarikh ini aku telah menghadiri Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK dak Nuha. Selain aku membuat rakaman suara penceramah, aku turut merakam satu slot ceramah dari wakil pihak sekolah dan aku terjemahkan di sini.

Beliau adalah seorang guru yang telah lama berkecimpung di dalam dunia pendidikan dan antara guru paling lama berkhidmat di SK di sini yang mana kali pertama menjejakkan kaki pada 1 Januari 1998. Dikenali oleh anak-anak murid di sekolah dengan gelaran 'Ustazah Ibu Hawa'. 'Saya bukanlah seorang penceramah tetapi saya cuba untuk berkongsi rasa mengenai pengalaman dalam membesarkan anak-anak'.
=====================

Apa yang ibu ayah boleh buat dan tak perlu buat?
Benda ini sangat berat sebenarnya dan sangat penting dalam kehidupan kita dalam meniti akhir zaman ini.

SIHIR PALING HEBAT DI AKHIR ZAMAN - HANDPHONE
Betapa negatifnya bila handphone di salah guna. Kalau ibu ayah nak tahu, sebenarnya hampir setiap hari, di dalam semua kelas mesti ada sahaja murid yang tidur. Masa pertama je dah tidur! Masa pertama dah tak beri perhatian, tidur senyenyak-nyenyaknya. Bukan satu, dua tapi ramai pula tu dan bila ditanya tak nak jawab.

Mengikut pengalaman kami sebagai guru di sekolah, semenjak tiga, empat tahun kebelakangan ini (bermula dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)), semenjak benda ni 'halal' diberikan kepada anak-anak, masalah ini berpunca dari handphone. Ketika ibu ayah tidur, anak-anak masih layari internet, main game sampai tengah malam yang sepatutnya masa itu dia tidur.

Dulu.. kita tidak punya handphone, masa yang ada akan buat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu sampai lewat malam. Dulu ada UPSR - ada target. Mereka bermati-matian buat. Sekarang tak buat apa-apa, hanya tengok handphone, datang pagi dah tidur sehingga terpaksa dikejutkan. Allahuakbar..!

Saya merayu kepada ibu ayah.. ibu ayah kena buat sesuatu, kena fikirkan sesuatu dan di sini saya boleh berikan cadangan:
  • Ibu ayah kena buat Memorandum Of Understanding (MOU) - tak terlewat lagi walaupun anak itu baru masuk 12 tahun. Buat atas kertas bertulisan tangan ibu ayah sendiri apa perjanjian antara ibu ayah dan anak. Bincang macam dalam bilik mesyuarat untuk buat MOU perjanjian handphone boleh ada di tangan anak-anak berapa jam sahaja sehari. Jangan biarkan mereka hanyut.
  • Mohon sangat ibu ayah buatkan garis panduan supaya ada perjanjian dengan anak, jangan sampai tidur je di dalam kelas.

Saya tak payah cakap jauh, diri saya sendiri.. Saya baru nak cari maklumat tiba-tiba keluar benda yang tak sepatutnya kita tengok sebagai orang Islam seperti cikgu Norhasrina sebut di SINI.. benda-benda yang tidak sepatutnya keluar. Sekali tertengok takde masalah tetapi bila ulang kali kedua jatuh haram, berdosa besar. Kali pertama Allah ampunkan, dua kali pandang berdosa besar kerana memandang kemaluan orang lain. haram hukumnya.

Di akhir zaman ini kita memang sangat sibuk, masa yang diperuntukkan bertambah sikit. Saya sangat perasan, kalau dulu saya boleh borak dengan jiran, sekarang tak boleh, guna handphone je sebab tak sempat. Itu menunjukkan betapa sedikitnya masa yang diperuntukkan untuk kita. 

Buat pengetahuan kita semua, malaikat maut melihat muka kita sebanyak 70 kali sehari, tak tahu waktu mana dia nak ambil nyawa kita. Kalau waktu itu kita tengah melayari benda yang tidak baik, alangkah ruginya kita. Saya mohon sangat ibu ayah buatlah sesuatu kalau sayangkan anak. InsyaAllah..


NAKAL ITU BIASA
Nakal kanak-kanak itu biasa, nakal tak apa, tak pandai tak apa. Saya selalu pesan, 'tak pandai tak apa sayang, kamu tak pandai kamu boleh belajar tapi jangan tak beradab'.

Sebab akhir zaman ini, adab manusia bertambah sikit. Kita boleh tengok dalam media sosial, tiba-tiba anak bunuh mak, mak tengah solat dia bunuh sebab pengaruh dadah. Biarlah waktu kita di ambil Allah, malaikat datang waktu itu kita sedang buat sebanyak-banyak kebaikan. 'Buatlah banyak kebaikan selagi boleh'.

APA NAK BUAT JIKA KITA NAK ANAK KITA PERGI SEKOLAH?
Bercakap dengan anak ketika anak tidur. Solat tahajud, qiamullail, solat sekadar yang kita mampu (paling baik 4 rakaat, dua salam) dan jangan tinggal solat istikharah dan solat hajat. Kemudian minta dengan Allah kerana hari-hari kita kena buat pilihan.

Bercakap biasa, tak perlu susun ayat ketika anak sedang tidur. Apa yang kita cakap dia dengar sebenarnya. Baca apa-apa surah waima Al-Fatihah pun dah cakap dan hembuskan ke ubun anak-anak. Minta bantuan dari Allah.

Ibu ayah dah penat dan letih cari duit, bukan mudah, sangat susah. Bukan senang nak membesarkan kamu wahai anak. Jika seorang anak tak tahu nak hargai ibu ayahnya, sangat susah.

APA NAK DIBUAT BILA ANAK TAK NAK PERGI SEKOLAH?
Letak tapak tangan ibu ke jantung anak-anak, pandang anak dan bacalah surat Al-Rahman ayat 1-4 atau surah Toha ayat 1-5 atau doa Nabi Daud. Kita minta Allah lembutkan hati anak kita, macam mana Nabi Daud lembutkan sebatang besi. Tiup di dada anak.


Surah Al-Rahman ayat 1-4


Surah Toha ayat 1-5


Doa Nabi Daud


Selain itu, amalkan dengan meletak tapak tangan di atas kepala anak, kemudian baca surah Al-Insyirah. Kemudian salam, peluk 10 saat. Rugi anak tak peluk ibu ayah. Waktu mereka hiduplah kita peluk, bila esok ibu ayah dah meninggal, waktu itu hanya dapat peluk sekujur jasad sahaja. Waktu hidup ini gunakan sebaik-baiknya sebab bila peluk, kamu akan rasa best sangat sebab ibu peluk aku.



Saya buat dekat anak saya, waktu itu anak saya sambung belajar. Bila saya nak balik, ramai kawan dia ikut dekat belakang, semua tunggu dekat belakang. Rupa-rupanya bila saya buat dekat anak saya, lepas tu semua cakap 'Ibu boleh tak buat dekat kita?' Rupanya yang dekat belakang tu pun suruh buat jugak. Saya pun buat juga untuk anak orang lain. Subhanallah.. sebab dia kata 'mak kita tak tahu, mak kita tak buat'.

Jadi ibu ayah buatlah.. selagi mana Allah pinjamkan anak-anak kita ini, saya yakin ibu ayah adalah ibu ayah yang terbaik dan boleh bawa anak-anak menuju ke syurga Allah.  

=================================================

Sebagai penutup sesi ceramah ini.. dengarkanlah sebuah lagu..
Lagu: Tekad (Hazami)

Percaya
Takdir Maha Esa
Restu Ayah Bonda
Mencapai Cita-cita
Usah Putus Asa
Kelak Kau Berjaya
Membela Nasibmu
Masamu kan Tiba.. 🌹

di SINI..


#RemajaPurba: Sumber gambar dari en. Google

Tuesday, October 15, 2024

LARI DARI RUMAH + HAMPIR KEMALANGAN


12 Oktober 2024 - Sabtu (9 Rabiulakhir 1446H)

Malam.. hujan turun dengan lebatnya. Tiba²..
'Ibu, nak lari dari rumahlah'.
'Ha..! Lari? Nak pergi mana?' Lampi pulak aku kali ni.

Sementara itu..
'Pergilah..' Babah dia. 
Rupa²nya, 'lari' ke rumah jiran depan rumah. Nak tidur sana katanya dengan kembar² dia. Selimut + bantal diangkutnya ke sana.. 🥴

'Macam mana abang tahu yang dak Nuha nak lari?'
'Kawan-kawan dia kan ada dekat depan rumah tu, mana lagi dorang nak pergi'.

Aku..?
Pesan itu ini, jangan itu ini dekat dak Nuha.. 'macamlah anak tu nak pergi jauh, depan rumah je pun..'. Bila dak Kakak dah ke luar negeri, dak Adik dengan Babah keluar, dak Nuha pulak lari.. tinggallah aku sendirian dalam rumah. Bosan weh.. 🤣🤣

==================================================

14 Oktober 2024 - Isnin (11 Rabiulakhir 1446H)

Pagi..
Dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, sebuah kereta tanpa signal dari arah kiri tiba-tiba seperti mahu masuk ke laluan aku yang ketika itu sedang melayan selekoh susur naik ke highway di situ. Hon panjang ku berikan.

Petang..
Dalam pemanduan yang selamat dan tenang di lorong tengah, tiba-tiba sebuah kereta dari arah kiri masuk ke lorong tengah dan terus ke lorong paling kanan. Aku yang berada di lorong tengah terkejut kerana jarak antara kereta sangat rapat. Nasib baik aku tak brek mengejut.

Mujur kereta di sebelah kanan aku sedikit ke belakang dan motor yang lalu pun sedikit lewat beberapa saat waktu aku mengelak dari terkena kereta tersebut.

Alhamdulillah.. sabar aku masih tinggi. Ikut kata syaitan, 'cepatlah kejar dia..!' tapi ku pujuk hati.. 'Sabar.. ada hikmahnya tu.. Biarlah dia pergi, kalau ada depan mata menambah rasa sakit hati'.

Ingatlah..
Penggunaan hon bertujuan untuk memberi amaran kepada pemandu lain tentang sesuatu bahaya tetapi pergaduhan juga boleh berlaku dari tindakan membunyikan hon. Kalau tak nak kena hon, memandulah dengan berhemah bagi mengelakkan insiden yang tidak menyenangkan di atas jalan raya terjadi. Jika kena hon di atas kesilapan sendiri, buka tingkap, angkat tangan 'say sorry'. tak perlu nak tunjuk kau terpaling hebat tapi tak sedar diri. 

'Laju-laju nak pergi mana?'

#RemajaPurba: Lampi - Lambat Pick up

Wednesday, October 9, 2024

'JANGAN TERPENJARA DENGAN MASALAH'' - Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK - Part 5 (Akhir)


22 Jun 2024 - Sabtu (15 Zulhijjah 1445H)

Beberapa entry terdahulu dari sesi ceramah ini:
  • 'IBU AYAH ALPHARD, ANAK-ANAK FERRARI' - Part 1 di SINI..
  • 'KENAPA PENTING URUSAN EMOSI?' - Part 2 di SINI..
  • 'MENJADIKAN ANAK SEBAGAI ASET DUNIA DAN AKHIRAT' - Part 3 di SINI..
  • 'SUSAH.. TAPI TAK MUSTAHIL' - Part 4 di SINI..

====================================================

Ingat betul-betul kata saya.. 'SUSAH.. TAPI TAK MUSTAHIL'..
  • Untuk anak-anak Tahun 6, pilih strategi belajar yang betul. Nak study hard tapi tak dapat apa-apa atau nak study smart. Kena study smart.
  • Tanya kaunselor/guru bagaimana strategi belajar yang betul. Mereka akan ajar anak-anak. 
  • Buat hobi yang anak-anak suka. Kalau suka main, pergilah main tapi jangan main sampai satu hari.
  • Rehat kena cukup. Hujung minggu jangan terlampau banyak main, nanti bila dah masuk hari Isnin, dalam kelas - tidur!
  • Istiqomah. Buat perkara yang kecil/baik tapi berterusan. Contoh: Setiap hari bangun pagi, fikirkan.. 'Ya!Allah aku nak ubah satu perkara/sifap buruk yang ada dalam diri aku kepada bersifat yang baik'. Kalau tak pernah salam dengan ibu nak pergi sekolah, salam ibu. Setiap hari, tolong ubah satu perkara/sifat buruk kepada yang baik. 
  • Buat baik itu nikmat. Kalau nikmat itu tak dapat sekarang, ia akan dapat nanti. Sama juga dengan ibu ayah, didiklah anak-anak dengan baik.
  • Anak-anak lelaki ramai cemerlang ketika sekolah menengah. Anak-anak perempuan dah memang cemerlang dari sekolah rendah tapi kalau anak-anak lelaki ini rajin, mereka akan jadi super pandai. Lelaki dia lambat sikit tapi pick up dia cepat, sebab itu bila anak lelaki dididik untuk dia sayangkan pelajaran, dia akan cepat tangkap.

Buat anak-anak dan ibu ayah, jangan terpenjara dengan masalah. Sumber penyelesaian/solusi terbaik adalah kembali semula kepada Allah. Buatlah baca Al-Quran beramai-ramai. Jadi imam untuk solat.


SIAPA FIKIR DALAM KEHIDUPAN INI SEPATUTNYA SENANG-LENANG SENTIASA DAN SEPANJANG ZAMAN?
Selagi kita dinamakan manusia dan selagi kita hidup, setiap masa itu kita diuji. Ujian itu adalah sepanjang hayat. Anak-anak, sepanjang kita hidup dari kecil sehingga ke hujung nyawa, kita akan sentiasa diuji. Jangan takut dengan ujian.

Untuk ibu ayah, adakala pasangan tidak mahu mendengar alasan. Kalau you accept kata you salah, minta maaf dan tak payah nak explain. Waktu dia marah, tak payah nak explain apa-apa.. 'dia bukan nak dengar pun'.


MULAKAN SEKARANG, HARI INI DAN JANGAN CEPAT PUTUS ASA
Peluang itu perlu direbut dengan cepat kerana kadang-kadang peluang itu hanya datang sekali sahaja. Untuk menjadi cemerlang bukan ambil masa yang singkat. Ibu ayah, untuk kita mendidik anak menjadi anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat, ia mengambil masa. Kadang-kadang sampai kita rasa lelah dan letih nak bagi anak-anak faham.

Maknanya, bila mana kita bermula, pada saat mana pun, ia tidak pernah terlewat. Tiada istilah terlewat bila kita memulakan sesuatu yang baik. Mulalah dari mana pun, mulakanlah sekarang.. Tidak pernah ada istilah terlewat. 

Rasulullah s.a.w bersabda: 'Di akhirat, seseorang merasa hairan ketika dirinya berada di syurga dengan kedudukan yang mulia, lalu dia bertanya 'Dari mana kedudukan ini yang aku dapat?' Para malaikat menjawab 'Anakmulah yang selalu memohonkan ampun untukmu'. Bagaimana Allah meningkatkan kedudukan seorang ibu atau ayah yang meninggal dunia pada tahap yang sangat mulia atas doa dan amal anaknya yang soleh'.

Jadi, jangan berhenti mendidik anak. Jangan didik untuk menjadi anak sahaja tetapi didik untuk menjadi anak yang soleh.


Ada tiga doa yang mustajab yang tidak diragukan atau diterima secara terus oleh Allah:
  • Doa orang yang teraniaya
  • Doa orang yang musafir
  • Doa orang tua khususnya ibu kepada anaknya.
Jika ibu kita telah meninggal dunia, hilanglah satu doa yang mustajab yang Allah angkat.

Didiklah anakmu kerana engkau akan ditanya tentang anakmu kelak di hari akhirat. 'Apa yang telah kau ajarkan' dan anak-anak juga akan ditanya tentang bakti dan ketaatannya kepada ibu dan ayah - hadith dari riwayat Ibnu Omar r.a.


AMAL BERGANTUNG PADA NIAT
Semasa saya belajar di universiti dulu, pada ketika itu saya bermula dengan NIAT. Niat saya pada waktu saya berjuang dengan duit gaji RM80.10, saya nak jadi pelajar terbaik. Alhamdulillah.. saya adalah pelajar yang terbaik pada kohort saya, batch saya seramai 78 orang, semua guru kaunseling dan saya menjadi pelajar terbaik. Semuanya mula dengan niat, tekad.

Untuk anak-anak ada matlamat.. mesti ada tarikhnya. 'Aku nak berjaya, bila? peperiksaan mana? bila masanya?'. Graph TOV semasa Tahun 5, 'aku nak berjaya pada peperiksaan akhir Tahun 6 untuk dapatkan kelas terbaik masa sekolah menengah. apa yang aku harus buat sekarang?' Mesti buat sekarang! Mesti ada dateline dia.

TOV (Take Of Value) ialah hasil pencapaian berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik dalam setiap mata pelajaran. 


Baik, itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Mungkin ia biasa-biasa sahaja selalu dengar, ibu ayah cakap 'alah, benda biasa je'. Memang benda biasa, kita tak buat yang luarbiasa pun cuma saya mengharapkan yang biasa itu diamalkan.
  • Untuk anak-anak, mulakan dengan niat, tekad, bina matlamat, pastikan dateline peperiksaan akhir Tahun 6 dapat keputusan yang cemerlang. 
  • Untuk mereka yang gagal tak kira mata pelajaran apa, memang susah (ada yang susah faham, susah faham konsep, belajar tak faham) tapi dia tidak mustahil untuk berjaya dengan cemerlang. 
  • Dengan strategi dan usaha yang betul, anak-anak pasti berjaya.

Saya berharap anak-anak, ibu ayah fahamlah dengan apa yang saya nak sampaikan. Kita sentiasa berubah menjadi manusia baik selagi kita tak diambil nyawa. Sekiranya anak-anak sihat, seharusnya lebih bersemangat untuk datang sekolah.

Saya mendoakan anak-anak di SK di sini menjadi anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Juga kepada ibu ayah menjadi yang terbaik yang akan dikagumi, diingati dan disayangi yang sentiasa terbayang-bayang jika mereka berada berjauhan.

============================================

Alhamdulillah..
Lengkap sudah entry bagi sesi ceramah Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Puan Norhasrina binti Ghazali, Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SMK Saujana Utama, Sg. Buloh. 

Tambahan info:
Puan Norhasrina binti Ghazali berusia 53 tahun dan telah mempunyai dua orang cucu (seorang 5 tahun dan 3 tahun), 'doakan saya sihat sehingga waktu persaraan saya'.

#RemajaPurba: InsyaAllah.. Aamiin..

Monday, October 7, 2024

DOA PENERANG HATI


06 Oktober 2024 (Ahad) - 3 Rabiulakhir 1446H)

Alhamdulillah.. urusan menghantar dak Kakak kembali ke luar negeri berjalan dengan baik. 
Selamat menjalani sesi pembelajaran 🎓 di sana dan moga beroleh keputusan yang baik dan cemerlang.

Ilmu adalah harta yang tidak akan membebani kita walau ke mana kita pergi. Usaha, belajar dan berfikir haruslah disertai dengan doa.

Doa Penerang Hati bagi menuntut ilmu


Oktober..
Setahun sekali je kita dapat berjumpa..
Biarlah sebulan ni dihiasi dengan perkara yang positif untuk dijadikan kenangan.

'Ya!Allah.. Kau lindungilah anak-anak kami dari perkara yang negatif yang boleh membahayakan diri dan kehidupannya'.

#RemajaPurba: Sumber gambar dari en. Google..

Thursday, October 3, 2024

'SUSAH.. TAPI TAK MUSTAHIL' - Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK - Part 4


03 Oktober 2024 - Khamis (29 Rabiulawal 1446H)

Alhamdulillah, tiada kecederaan serious pada kaki dak Nuha, sakit itu masih ada dan pagi tadi aku dah maklumkan kepada guru kelasnya, dak Nuha tidak dapat hadir ke sekolah. Kisah di SINI..

========================================


22 Jun 2024 - Sabtu (15 Zulhijjah 1445H)

Pada tarikh ini aku telah menghadiri Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK dak Nuha.

Sambungan dari..
Part 1 di SINI..
Part 2 di SINI..
Part 3 di SINI..


Di sini saya juga nak kongsikan buat anak-anak Tahun Enam yang mana pada tahun hadapan akan melangkah ke sekolah menengah, anak-anak menjadi sedikit besar, anak-anak akan menerima pengalaman, cabaran, situasi baru yang sangat berbeza dengan sekolah rendah.
  • Sayangi diri sendiri baru pertimbangkan yang lain.
  • Hormati perasaan sendiri. Jangan jaga perasaan orang/kawan sahaja. Saya ada cerita jaga perasaan orang. Ada kawan saya buat nota ringkas (nota kecil), bila dia buat nota ringkas tu, dia buat cantik, kemas, elok-elok senang nak dibaca nanti kalau kawan pinjam kawan tu mudah faham.
  • Reward diri sendiri. Ibu ayah pun boleh ada me time sendiri, boleh minta keluar pergi jumpa kawan-kawan pada waktu dan ketika yang sesuai. 

Kepercayaan yang kukuh sebenarnya akan memberi satu perasaan kasih kepada pasangan untuk tidak curang. Banyak sangat syarat, nasihat, banyak sangat yang tak boleh, itu yang menyebabkan suami akan cuba mencari mereka yang boleh menerima dia tanpa banyak syarat.
  • Untuk anak-anak, usah cuba benda yang tidak berfaedah. Skroll tengok media sosial, tiba-tiba tertengok gambar anime bogel. Mulanya tengok anime je, anime tu seksi gila. Anak-anak lelaki 'Ya!Allah.. astaghfirullah hal adzim..' Nampak sangat dah tengok. Boleh tengok game tapi perempuan dalam game tu seksi Ya!Allah. 'bapak punya seksi' anak-anak sekarang cakap. Adakala game yang melondehkan baju satu-satu budak perempuan itu.
  • Pertama tengok anime dulu, yang kedua tengok yang betul, yang ketiga simpan dalam handphone. Ibu ayah check handphone anak-anak ye. Simpan gambar-gambar tak senonoh/porno, lama-lama terpengaruh dan gambar pornografi/lucah menjadi makanan.

Ada satu kes, seorang murid ni datang berjumpa apabila saya sebut tentang ketagihan pornografi secara umum di dalam perhimpunan. Dia adalah pengawas, 'sayalah antara orangnya yang memang sangat ketagih untuk melihat pornografi/gambar lucah. Bantu saya untuk tinggalkan sebab saya nak periksa SPM'. Apa yang baik tentang anak ini adalah dalam masa dia ketagihan itu, dia masih solat lima waktu.
  • Saya tanya, 'pada waktu bila yang kamu tidak ingat untuk melihat pornografi?' 'Pada waktu saya solat cikgu'. Waktu solat sehingga habis berdoa dan selepas habis berdoa asakan nafsu itu datang dengan semborono dekat kepala dia dan dia tengok balik. Bayangkan ibu ayah, betapa solat itu boleh membuktikan rasa ketagihan. Dia bagi handphone dia pada saya sebab dia tak nak ada gadjet yang ada access yang boleh access untuk melihat pornografi. Alhamdulillah, dia boleh tinggalkan perlahan-lahan. Anak-anak lelaki terutamanya, hentikan tengok gambar lucah. Jangan buat!

Anak-anak yang bijak mencari jalan, yang malas mencari alasan. Itu semua orang tahu. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini bila anak-anak berusaha untuk buat. 


SAYA KONGSIKAN SEDIKIT..
Saya selalu ditanya bila saya belajar?
Saya kongsikan di sini dan mungkin boleh bagi motivasi kepada anak-anak. Saya murid cemerlang SBP sehingga tingkatan tiga sahaja. Bila tingkatan empat, saya sangat aktif, saya ada masalah keluarga yang mengganggu kepala otak saya menyebabkan saya tidak bagus untuk peperiksaan SPM. Hanya sederhana baik, moderate takdelah buruk sangat cuma saya tak lepas pergi ke luar negara.

Saya rasa nak tebus balik, dapat masuk ke UiTM, dalam masa yang sama saya memohon masuk maktab dan saya berjaya masuk maktab disebabkan isu-isu keluarga. Ayah saya bankrap daripada perniagaan, kewangan sangat tidak mengizinkan, saya bekerja sendiri untuk mendapatkan duit semua benda, saya ambil keputusan untuk masuk maktab jadi cikgu.

Apabila selesai, saya kerja, 'tak cukup saya belajar tu'. Saya buat lagi lagi Diploma Pentadbiran Awam secara separuh masa. Selesai Diploma, saya ingat nak sambung dalam bidang undang-undang tapi Kementerian Pelajaran tidak iktiraf, tidak bagi kebenaran. Saya berhenti di situ hinggalah saya ambil Bachelor of Education Pendidikan dan Kaunseling di UPM. Pada saat itulah saya bertekad untuk menjadi pelajar yang terbaik.

Pada saat saya jejak UPM pada tahun 2004, saya bertekad untuk menjadi pelajar cemerlang, pelajar terbaik ambilan/kohort saya dan saya bertekad tidak mahu membayar PTPTN. Saya pastikan saya dapat setiap semester sijil dekan. Alhamdulillah, setiap semester saya dapat sijil dekan dan dua kali mendapat anugerah pengarah. Saya dapat semua A dalam subjek.

Bila orang tanya macam mana saya boleh kekalkan mendapat keputusan terbaik setiap semester? Saya kata 'ia susah tapi tak mustahil'. Betul tak..?


Apabila anak-anak ada niat, ada tekad yang sangat jelas, Allah akan mudahkan urusan. Sebelum terlambat, niat untuk menjadi pelajar yang terbaik semampu/seboleh-bolehnya dan bertekad untuk berjaya. Jangan jadi loser! Niat dan Tekad. Allah akan mudahkan. Usaha setiap kali peperiksaan 'Saya bertekad untuk mendapat keputusan terbaik..!'.

'Susah tak, nak dapat A Matematik?'
Pasti sebahagian akan cakap susah.. 'susah gila cikgu. Saya tak faham'.. tapi mustahil tak, nak dapat A? 
  • Susah matematik tapi tak mustahil dapat A.
  • Susah Sains tapi tak mustahil dapat A.
  • Susah nak didik anak tapi tak mustahil anak itu akan berjaya cemerlang dan mendoakan kita balik.

Ingat betul-betul kata saya.. 'SUSAH.. TAPI TAK MUSTAHIL'..

#RemajaPurba: Ok.. tunggu Part 5.. update di SINI..

Wednesday, October 2, 2024

ADUAN KE PKHEM DAN KATA PERINGATAN


01 Oktober 2024 - Selasa (27 Rabiulawal 1446H)

Kali ni kisah mengenai dak Nuha yang telah menjadi mangsa satu kes di sekolah di sini pada minggu lepas. Sambil menahan dari menangis dia bercerita dengan aku yang kawan dia mengusik dia. 

MakBudak:
'Assalamualaikum ustazah, maaf ganggu. Petang semalam, Husna ada bagitahu saya yang dia nak tukar kelas, adakah ini berkaitan isu yang berlaku minggu lepas? Saya pun takde dimaklumkan oleh pihak sekolah, hanya melalui Husna sahaja. Saya nak pergi sekolah tapi dia tak bagi sebab dia kata dah selesai isu tersebut'.

Ustazah:
'Wsalam, betul puan. Ada murid mengacau dia. Perempuan pulak tu. Saya dah buat aduan ke PKHEM dan dah buat kata peringatan kepada murid tersebut'.

Hanya kerana aduan tersebut, dak Nuha terus dipulaukan oleh kawan-kawan yang rapat dengannya. 

MakBudak:
'Semalam dia balik sekolah, dia kata kawan-kawan pulaukan dia, jadi itu yang dia minta tukar kelas'.

Ustazah:
'Semalam saya dah bincang dengan guru kelas yang nak tumpangkan dia. Hari ni boleh terus masuk kelas tersebut. Saya tak nak dia terganggu. Dah la nak periksa'.

Kerjasama daripada pihak sekolah berkenaan kes ini amat aku hargai memandangkan tahun ni dak Nuha merupakan salah seorang calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2024 pada 21 hingga 25 Oktober 2024 nanti. 

MakBudak:
'Kelas ni sementara sehingga habis periksa ke ustazah?'

Ustazah:
'Ikut keselesaan dia. Saya ok je puan'.

MakBudak:
'Ok ustazah, nanti saya bincang semula dengan dia'.

.. perbualan seterusnya off record.


Balik sekolah, dak Nuha menceritakan ramai yang tertanya-tanya kenapa tukar kelas. Aku cuma pesan..
'Lepas ni, kalau kawan-kawan tanya, bagitahu yang ustazah suruh. Jangan cerita hal yang sebenar, Nuha juga yang malu nanti walau bukan salah Nuha'.


02 Oktober 2024 - Rabu (28 Rabiulawal 1446H)

Petang ni dak Nuha tak sekolah disebabkan dia jatuh tergelincir di tangga sekolah pagi tadi. Berderau darah aku, dahlah sebelum ni jari kaki dia pernah cedera di SINI..

Setakat tadi, dak Kakak bagitahu dia ok, cuma terpelecok tapi aku tetap minta dak Kakak pantau, harap takde apa-apa.

#RemajaPurba: ...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...