Followers Remaja Purba

Saturday, August 31, 2024

ROSNAN BIN NORDIN - 16 TAHUN MENGENDALIKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

 
31 Ogos 2024 - Sabtu (26 Safar 1446H)

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Dalam kemeriahan menyambut Hari Kebangsaan 2024, mungkin ada yang tidak tahu kisah menarik yang ada disebalik sambutan tersebut. 


Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor
Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa

Beliau memimpin bacaan ikrar Rukun Negara dan bertambah bermakna apabila suara lantang beliau melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali bergema di Dataran Putrajaya. Bacaan ikrar ini turut disertai 66 pelajar dari Institu Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur.  Pada tahun 2023, pasukan IPG ini melaksanakan bacaan ikrar dalam bahasa isyarat tetapi kali ini secara lisan dengan formasi kawad dan pakaian seragam batik. 

==================================================

AGITO membuat kemunculan sulung liputan secara langsung

Kamera Robotik Model G1 Shotover AGITO
Kamera ini merupakan satu-satunya model yang terdapat di Asia Tenggara
dari SINI..

'Kamera Robotik Model G1 Shotover AGITO adalah kamera kawalan jauh sepenuhnya tanpa pengendali dan ini kali pertama digunakan di RTM dan juga di Asia untuk siaran nasional' - Penerbit Unit Siaran Langsung RTM, Rafael Ramlau 

==================================================

Jika tahun lepas, bunga dihadiahkan, kali ini gula-gula pula dipertaruhkan.

Abang Bomba Sado.. Akak Bomba pulak Sweet kan..

Lebih teruja apabila abang JPJ dan abang Polis turut menampilkan anggota berbadan sasa seolah-olah cuba besaing dengan populariti abang Bomba.

Dek terasa adanya saingan, idea sepanduk dari abang Bomba 'Kenapa pilih dia, abang Bomba kan ada..' mencuit hati orang ramai. 

==================================================

Disebalik abang Bomba yang menjadi sebutan ramai sejak sambutan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2022 yang lepas, ramai tidak menyedari insan penting disebalik kemeriahan Hari Kebangsaan iaitu Encik Rosnan Nordin, Pengarah Konsep dan Artistik Persembahan.

Beliau yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) kerana kehilangan kaki kiri selepas terpaksa dipotong pada Jun, 2023 akibat jangkitan kuman tidak menjadikannya sebagai penghalang untuk melaksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin. Beliau merupakan OKU pertama mengarah konsep sambutan Hari Kebangsaan secara keseluruhan.

Encik Rosnan bin Nordin, disebelah kanan
Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara


Beliau yang berusia 59 tahun, sekali lagi diberi amanah memikul cabaran lebih hebat kerana perlu mengendalikan lebih 17,000 peserta membabitkan 57 kontinjen di Dataran Putrajaya. Sambutan yang dimeriahkan dengan 25 pancaragam, 112 aset hidup, 479 aset negara termasuk persembahan udara, selain segmen persembahan selama 30 minit membabitkan ribuan peserta human graphic dengan gerak tari koreografi berskala besar.

Menurut Rosnan, selain sokongan keluarga, kejayaan tidak dapat direalisasikan tanpa kerjasama yang erat daripada pasukannya.


'Saya suka dengan cara anak-anak buah saya bekerja sebab kami bekerja dalam satu kelompok keluarga dan dah 16 tahun saya bekerja untuk sambutan Hari Kebangsaan. Kami tetap akan bangun pukul tiga pagi. Bukan saya je pukul tiga pagi tapi anak-anak buah saya pun pukul tiga pagi dan kami sentiasa mengadakan perbincangan sehingga larut malam'.

'Apakah orang akan kenang tak dengan apa yang kita buat? Orang akan ingat tak apa yang kita buat? Dan bagaimana kita nak mengangkat benda tu ke atas realiti. Ke atas realiti ini lah satu cabaran bagi saya antara jadi dengan tak jadi; yang pentingnya kita harus berangan-angan mencipta sesuatu keadaan kreatif dan ini saya tak nafikan'.


31 Ogos 2024, merupakan tugasan terakhir beliau mengendali lebih 17,000 peserta di Dataran Putrajaya dengan gilang-gemilang. Sumbangan dan bakti beliau selama 16 tahun mampu membangkitkan keharmonian rakyat di negara ini dan usaha serta semangat beliau mencetuskan inspirasi buat generasi muda. - Berita dari SINI.. bermula dari minit ke 10:08 mengenai beliau.

==================================================

Selain itu, persembahan penutup dengan lagu bertajuk CUCI RASUAH merupakan ciptaan En. Rosnan bin Nordin bersama komposer Anuar Abdul Razak merupakan sumbangan idea terakhir beliau sebelum bersara pada tahun hadapan.

Persembahan tarian melibatkan 515 orang dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang penuh bertenaga menggunakan konsep stompers, peralatan pembersihan seperti penyapu dan tong sampah sebagai simbolik perjuangan Perdana Menteri memerangi budaya kotor rasuah yang mampu merosakkan negara. 


Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan sambutan Hari Kebangsaan 2024 dengan jayanya. Great Job..!

#RemajaPurba: Sumber dari en. Google..

Wednesday, August 28, 2024

Selamat Hari Lahir buat dak Adik


Tersenyum sendirian bila ku belek semula tarikh ini dari tahun-tahun sebelum ini. Pelbagai kenangan yang ada rupanya. Rasa sekejap masa berlalu, besar dah anak bujangku ini.

28 Ogos 2024 - Rabu (23 Safar 1446H)

Buatmu dak Adik.. satu-satunya anak lelakiku..
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian, dilapangkan dari kesulitan dan dilimpahkan rezeki yang berkat serta berpanjangan. Moga Allah makbulkan setiap permintaanmu. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. 🤲🏻

SELAMAT HARI LAHIR
M Qawiem A 
Happy Birthday to You
28082024

#RemajaPurba: ...

Monday, August 26, 2024

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN


Simpan sini sebagai kenangan

03 Ogos 2024 - Sabtu (28 Muharram 1446H)

Notis Pemberitahuan bagi kerja-kerja menurap semula jalan telah diterima. Pihak Majlis meminta supaya dapat mengosongkan, mengalihkan, tidak meletakkan kenderaan dan apa-apa halangan di atas jalan bagi melancarkan turapan jalan tersebut.

Untuk hari ini, hanya melibatkan bahagian belakang rumah setiap lorong. Manakala, untuk bahagian hadapan rumah, akan dibuat kemudian.

Bahagian hadapan rumah telah dikosongkan bagi memberi laluan untuk turapan jalan


Sambil memasak sambil mengintai di sebalik tingkap rumah.. 😃


Anak-anak taman bergotong-royong mengalihkan pondok di lorong kedua

Ini pula pondok di lorong ketiga


13 Ogos 2024 - Selasa (08 Safar 1446H)

Kerja-kerja menurap semula jalan di sambung semula pada bahagian hadapan kawasan perumahan kami. Warga taman memberi kerjasama yang baik bagi memudahkan kerja-kerja turapan dapat disiapkan seperti yang dijadualkan.

Pondok telah di alihkan ke tepi laluan rumah yang diangkat oleh anak-anak taman sebelum ini


Petang..
Terpaksa menunggu di tepian jalan kerana jalan masuk masih ditutup. Menunggu sampai terlelap dibuatnya dek kepenatan memandu balik kerja.

Apa-apapun, terima kasih buat semua petugas dan pekerja yang bertungkus-lumus menurap jalan di taman perumahan kami.

#RemajaPurba: ...

Friday, August 23, 2024

Lagu Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024


Negara Malaysia ialah sebuah negara bermasyarakat majmuk yang kaya dengan keunikan budaya, kaum, adat resam, kepercayaan, makanan dan gaya hidup serta genre muzik yang pelbagai.

Genre muzik..
Lagu patriotik sangat mengujakan bila didengar, lebih lagi bila semakin menghampiri 31 Ogos yang merupakan Hari Kebangsaan negara Malaysia.

Iringan paluan alat muzik tradisional seperti sitar, tabla dan gendang memberi keunikan dan nilai patriotik dalam lagu tema tahun 2024 ini.

Jawatankuasa Penerbitan Lagu Merdeka yang dipengerusikan oleh Datuk Mokhzani Ismail, Pengarah Muzik Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) telah memilih lagu yang dicipta oleh komposer berusia 24 tahun, Affan Mazlan bagi sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 tahun ini. Beliau juga merupakan pencipta lagu tema pada tahun lepas iaitu 'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'.

==============================================

Lagu Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024

Lagu dari SINI..

Lagu: MADANI Jiwa Merdeka
Penyanyi Amir Masdi
Lirik dan Lagu: Affan Mazlan
Gubahan: Datuk Mokhzani Ismail
Suara Latar: Gemersik Korus

LIRIK LAGU: MADANI Jiwa Merdeka

Ayuh kawan sahut suaraku
Bergerak maju demi negaraku
Kita bersama hadap suka duka
Selamanya..

Selamanya ku pertahan
Tanah air pertiwi
Demi negara ku berserah diri

Semadikan dalam kita
MADANI jiwa merdeka
Demi negara Malaysia ku tercinta

(1)
Semaikanlah..
Semangat dan setia
Penuhi rasa cinta..

(2)
Demi negara..
Laungkanlah satu rasa dan suara
Kitalah Malaysia
Demi negara..
Satu hati, kita semua MADANI
Jiwa merdeka..

Semuanya dengar launganku
Bersatu hati kitalah MADANI
Jiwa merdeka hadap segalanya
Bersama..

Walau seribu tahun kan terus megah
Selamanya di hati kita merdeka
Biar apa yang datang menduga
Takkan goyah..

ulang (1)
ulang (2)

Katakanlah ooooo..
Kita semua Malaysia
Satu demi negara

(3)
Akulah, akulah Malaysia
Kamulah, kamulah Malaysia
Semua satu demi negara haa...

ulang (3) 3x
ulang (2)
ulang (3) 2x

Demi negara..

===========================================

Definisi MADANI:
MADANI merupakan sintesis gaya Malaysia yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru yang direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Enam nilai terasa MADANI dicerakin sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain. MADANI diilhamkan berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan dengan mengambilkira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui Reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.

Enam Nilai Teras Malaysia MADANI

Kemampanan, Hormat, Kesejahteraan, Keyakinan, Daya Cipta, Ihsan


#RemajaPurba: goosebumps..

Monday, August 19, 2024

CARA MUDAH AKTIVITI WALKING AND BRISK WALKING


18 Ogos 2025 (Ahad) - 13 Safar 1446H)

Jika sebelum ni aktiviti walking and brisk walking yang aku buat lebih kurang 1.5 km dalam tempoh masa 30 hingga 35 minit tetapi gara-gara marah dan merajuk dengan en. Hubby..

Masa merajuk: 60 minit
Jarak merajuk: 3.26 km
Kalori: 231

Satu kesilapan aku, tidak warm up sebelum melakukan aktiviti ini, lepas tu mulalah mengeluh penat, sakit kaki. Adan uke. Siapa suruh merajuk.

Aktiviti untuk meningkatkan tahap kecergasan dan mengamalkan gaya hidup sihat ni bukan mudah bila ada je halangan menanti. Paling teruk bila brisk walking ke dapur mencari makanan, lepas tu tersandar kekenyangan hingga tak larat nak sambung berjalan.

Takpe.. perlahan-lahan dapatkan semula rentak yang dah lama aku tinggalkan. Bak kata en. Hubby. 'nak kurus, nak cantik kenalah usaha lebih..' Aku..? Kena usaha kembalikan #PerasanSlim ku yang dulu.

#RemajaPurba: ..

Wednesday, August 14, 2024

13 Ogos - Hari Kidal Antarabangsa

 
13 Ogos 2024 - Selasa (08 Safar 1446H)

Hari Kidal Antarabangsa disambut setiap tahun pada 13 Ogos untuk meraikan keunikan dan perbezaan individu kidal.
  • Pertama kali disambut pada tahun 1976 oleh Dean R. Campbell, pengasas Left-Handers Club di Amerika Syarikat.
  • Kelab ini ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran tentang cabaran dan pengalaman yang dihadapi oleh individu kidal dalam dunia yang yang lebih banyak direka untuk golongan tangan kanan.

Aku dan anak keduaku - dakAdik, kami team Kidal
Siapa kidal, kita geng.. gemifai..


Dulu..
Aku malu nak tonjolkan diri kerana takut dengan pandangan orang.

Sekarang..
Tak malu dah bila ada yang perasan aku kidal, cuma masih ada peralatan yang tidak boleh aku gunakan kerana memerlukan 'kemahiran' penggunaan tangan kanan.

Macam mana bila nak makan?
Makan menggunakan tangan kanan tapi jika menggunakan sudu + garpu, kedudukannya pasti terbalik - sudu sebelah kiri dan garpu sebelah kanan. Awalnya aku malu sebab 'melanggar protokol' di meja makan tapi lepas tu aku fikir biarlah orang pandai pelik, yang penting aku selesa dan happy.

Macam mana ketika memandu kenderaan?
Pertama kali belajar memandu kereta, aku takut tak boleh nak buat tapi rupanya takdelah susah mana.. hahaha.. yang penting tahu dan ingat kedudukan semua fungsi ketika memandu.

Motor pula?
Alhamdulillah, dak Adik mahir menggunakannya. Harapnya nanti dia boleh juga pandu kereta yang dicipta untuk pengguna kanan. Sekiranya tak boleh, kena beli kereta khas untuk dia.

Dak Kakak dengan dak Nuha tiada masalah, deme berdua satu team dengan Babah deme - team Kanan

#RemajaPurba: Pelik tapi aku kena biasakan diri..

Thursday, August 8, 2024

BADMINTON OLYMPIC PARIS 2024 - Porte de La Chapelle Arena


PARIS 2024

Pasukan Malaysia menghantar 26 atlet untuk bertanding dalam 11 sukan di Sukan Olimpik Paris 2024 dari 26 Julai hingga 11 Ogos. Salah satu daripadanya adalah Badminton.

Sesi Undian

Senarai pemain Badminton Malaysia yang mewakil Malaysia bagi edisi 2024:
  • Perseorangan Lelaki: Lee Zii Jia
  • Perseorangan Wanita: Goh Jin Wei
  • Beregu Lelaki: Aaron Chia & Soh Wooi Yik
  • Beregu Wanita: Pearly Tan & Thinaah
  • Beregu Campuran: Chen Tang Jie & Toh Ee Wei

================================================

PERSEORANGAN LELAKI: Lee Zii Jia

Walaupun gagal mara ke peringkat akhir tetapi beliau berjaya merebut pingat gangsa kedua dengan menewaskan Lakshya Sen dari India dalam aksi di Porte de La Chapelle Arena.

Melihat di awal perlawanan beliau, boleh gugur jantung dibuatnya. Walaupun tewas di set pertama 13-21, tetapi dengan semangat juang yang tinggi beliau berjaya mendominasi perlawanan pada set kedua 21-16 dan set ketiga 21-11. Nampak tangan dia menggigil selepas habis perlawanan, pasti bermacam perasaan yang timbul ketika itu.



================================================

BEREGU LELAKI: Aaron Chia & Soh Wooi Yik

Beregu badminton lelaki negara melakar sensasi dengan meraih gangsa pertama bagi Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup & Anders Skaarup Rasmussen 16-22, 22-20 dan 21-19. Ini menyaksikan Aaron Chia & Soh Wooi Yik berjaya mempertahankan pingat yang dimenangi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.


'We are proud as Malaysians and we are proud we won a medal for Malaysia' - Aaron Chia


Paling manis sudah tentu janji manis dari Chery Malaysia yang mengumumkan mereka bertiga bakal menerima model SUV Chery Tiggo 7 Pro bernilai RM123,800 setiap seorang. Ini merupakan ganjaran yang dijanjikan oleh Chery Malaysia di atas segala usaha dan penat lelah para atlet yang berjuang untuk memenangi pingat pada kejohanan ini.


Ketiga-tiga pemenang gangsa Sukan Olimpik ini juga akan menerima wang tunai sebanyak RM100,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dan turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik secara bulanan sepanjang hayat bernilai RM2,000.

================================================

PERSEORANGAN WANITA: Gon Jin Wei

Tanpa ditemani jurulatihnya, Nova Armada, Goh Jin Wei beraksi dengan dibantu Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky dan jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen pada aksi kelayakan kumpulan. 

Aku suka tengok gambar ni, cantik + comel deme berdua

Ketika menonton perlawanan beliau menentang Johanita Scholtz dari Afrika Selatan, yang berakhir dengan kemenangan 23-21 dan 21-11, aku rasa sebak sebab dia 'keseorangan'. Perjalanan beliau tersekat dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan H, tewas kepada Kim Ga Eun dari Korea Selatan dalam pertarungan tiga set 21-17, 20-22 dan 21-23 dalam tempoh 65 minit. 

'Minta maaf Malaysia' 😢
Reaksi Goh Jin Wei selepas tamat perlawanan


Bagi aku, tak perlu nak minta maaf kerana beliau telah memberikan yang terbaik. Perlawanan yang sengit, beza mata pun tak jauh mana cuma peluang tidak berpihak kepadanya. Apa-apapun tahniah dan kejarlah impian untuk mengharumkan nama Malaysia dipersada antarabangsa.

================================================

BEREGU WANITA: Pearly Tan & Thinaah

Pasangan dari Jepun, Nami Matsuyama & Chiharu Shida berjaya menewaskan pasangan beregu wanita negara dengan mata 21-11 dan 21-11, seterusnya menggagalkan usaha pemain beregu negara untuk mendapatkan pingat gangsa.



Permainan yang sangat bagus ditunjukkan oleh kedua pemain ini walau terkandas di peringkat separuh akhir. Kita sedih mereka apatah lagi.. Sabarlah dan usaha lagi.

================================================

BEREGU CAMPURAN: Chen Tang Jie & Toh Ee Wei

Tewas kepada Kim Won Ho & Jeong Na Eun dari Korea Selatan di peringkat suku akhir, menggagalkan usaha untuk ke separuh akhir dengan straight set 19-21 dan 14-21 dalam masa 41 minit.


Aku suka tengok gandingan mereka berdua.

================================================

Semangat dan ketabahan semua pemain sepanjang perlawanan ini telah membuktikan bahawa mereka layak ke Sukan Olimpik dan walaupun ada yang tidak berjaya, tetapi mereka tetap yang terbaik untuk Malaysia. Aku percaya, kekalahan ini akan menjadi menjadikan mereka semakin kuat dan pengalaman yang diperoleh akan dijadikan pemangkin semangat untuk terus berjaya pada masa hadapan.

Tahniah buat semua jurulatih, tanpa anda mereka tidak akan sampai ke tahap ini. Buat semua pemain, usaha dan terus usaha selagi terdaya.

#RemajaPurba: Sumber gambar dari en. Google.

Saturday, August 3, 2024

YUSUF DIKEC MENJADI VIRAL DI OLYMPIC PARIS 2024


Nama Yusuf Dikec tiba-tiba menjadi viral di Olympic Paris 2024. Sana sini bercerita, pelbagai komen yang diterima. Belum lagi gambar yang diedit pelbagai gaya.. dan sejarah tercipta.

I did no need special equipment, I/m a natural, a natural shooter

Yusuf Dikec, atlet Turki 🇹🇷 berusia 51 tahun, menjadi viral di Sukan Olimpik Paris 2024 kerana pendekatan uniknya dalam menembak. Beliau bertanding dalam acara berpasukan campuran pistol udara 10m bersama rakan sepasukannya Sevval Ilayda Tarhan dan berjaya memperoleh pingat perak untuk Turki pada 30 Julai 2024 di National Shooting Centre, Chateauroux, France.

Di Turkey send a hitman to the Olympics?

No headphone.
No earmuffs.
No special glasses
No lenses or equipment.

🇹🇷 Congratulations Türkiye!

  • Definitely too cool for the Olympics.
  • Man looks so unbothered, just wanna get the job done. Too easy for him.
  • Insane Aura 🥶
  • This guy won silver and took all the limelight of the actual winner which is crazy.
  • He did an it made history..!

Ini paling win..
Gold is haram for men, which is why he went for silver 🥈

#RemajaPurba: Sumber gambar dari en. Google

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...