Kenangan yang tertinggal..
20 Mei 2023 - Sabtu
Seperti satu simbolik, penutup Hari Raya Aidilfitri 2023 kali ini dibuat di rumah kami. Memandangkan siang hari sangat panas dan berbahang, rumah terbuka kami dibuat pada sebelah malam.
Pada awalnya, semua berjalan dengan lancar tetapi bila dah masuk pertengahan majlis, sedikit kelam-kabut kerana tetamu melebihi jangkaan. Selain jiran tetangga, ramai kawan en. Hubby, yang jauh dan dekat turut hadirkan diri.
Dak Nuha malu tapi kawan-kawan mahu - makan kek.
Selamat Hari Lahir #AnakNagaManja..
Kisah asal dari SINI..
Tak lupa juga buat Makchaq dan Pakchaq yang sanggup datang dari jauh walau dah kepenatan dengan beberapa jemputan yang mereka hadiri.
Rindu.. dah lama kami tak ke rumah beliau.
Dak Nuha pun dah makin besar.
Terima kasih kepada adik-adik en. Hubby dan biras yang membantu dari awal hingga selesai majlis di rumah kami. Korang semua memang terbaik.
#RemajaPurba: ...
belum pernah lagi buat rumah terbuka di rumah baru saya ni.
ReplyDeletemesti best banyak makanan sedap2
ReplyDeleteHappy Birthday Nuha. Seronok nya majlis bila ramai datang kan.
ReplyDelete