05 Jun 2023 - Ahad
Selepas kejadian kali pertama berhadapan dengan banjir besar pada 18 Disember 2021 yang lepas di SINI, menambah rasa risau dan berdebar-debar bila tiap kali hujan tanpa henti dalam jangka masa yang lama. Kawasan yang bukan berada dalam lingkungan banjir kini tidak lagi 'selamat'.
Banjir di mana-mana..
Singgah makan di sini..
Sebelum memulakan perjalanan untuk menghantar dak Kakak, singgah di sini sarapan pagi. Banjir tidak membuatkan pemilik kedai makan di sini menutup perniagaan mereka, selagi tidak terjejas, just go with the flow.
Nampak tenang sepanjang perjalanan tapi itu hanya sementara bila..
Selesai urusan dak Kakak di sana, aku boleh rasa dak Kakak akan call bagitahu ada barang tertinggal. Tiba².. 🙄
Kakak..
Kau telah membuatkan adrenalin Babah kau naik mencanak. Dah suku perjalanan, kena patah balik 'hantar' duit belanja dek gara² beg dompet dak Kakak dengan segala isi dalamnya tertinggal di rumah. Babah dah pesan, dia kata semua ada. Hailaa anak.. Nak marah menda dah jadi.
Naluri Seorang Ibu
Nak dijadikan cerita:
Pagi itu, sengaja aku tak nak tanya berkali², nanti kata aku membebel. Bila aku senyap, adan uke.. 🤣🤣🤣
Pagi itu, sengaja aku tak nak tanya berkali², nanti kata aku membebel. Bila aku senyap, adan uke.. 🤣🤣🤣
Kesimpulan yang bersimpul² ni, jangan pernah rasa rimas bila seorang ibu membebel. Bebelnya itu ada makna. Tengok.. Ini contoh terhebat bila MakBudak tak bebel pagi tersebut.. 😆
#RemajaPurba: Moga dak Kakak baik-baik je dekat sana.
Nasib naik baru separuh jalan. Kalau dah sampai rumah mau kena pelangkung kakak tu nanti. 😂
ReplyDeleteBila anak cucu balik kampung pun ada aje barang mereka yang tertinggal
ReplyDeleteKadang camtu lah ada je tertinggal.
ReplyDelete