Followers Remaja Purba

Friday, April 28, 2023

Salam Aidilfitri + Birthday dak Nuha


20 April 2023 - Khamis
Malam: Sesi pembakaran terbuka dibuat oleh en. Hubby 
Ahli terlibat: dak Adik + dak Nuha
Pemerhati: MakBudak + dak Kakak

Lemang - en. Hubby.
Hanya untuk mereka yang telah membuat tempahan awal.


21 April 2023 - Jumaat (hari terakhir Ramadan)
En. Hubby masak lamb shank.
Dak Kakak masak hidangan untuk berbuka.
Aku: Gosok baju + mengemas segala keperluan untuk di bawa pulang ke kampung. Inilah cara mengelat dari bersilat di dapur. Bagi peluang pada anak dara menunjukkan skill memasak, gian katanya dah lama tak dapat pegang sudip kuali.


22 April 2023 - Sabtu (1 Syawal 1444H)
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA DARI TEAM #MakBudak

Pagi Syawal: di rumah myMIL.
Tak cukup meriah kerana tidak cukup ahli mesyuarat tingkap. 

Bersama myFIL dan myMIL

Panas ting ting.. berpeluh tiak.

Dak Adik malas nak berjemur katanya

Tukang ambil gambar pun turut sama bergaya..

Ziarah jiran sebelah rumah myMIL.

Petang: Menuju ke selatan.
Lebuh raya sesak itu biasa tapi tidaklah luar biasa seperti tahun lepas - raya mengejut.

Dah nampak sempadannya.

Ini lagi satu sempadannya
Lebuh raya tak sesak?
Bukanlah di sepanjang laluan, hanya di kawasan tertentu je.

Team Hitam

Ayah aku je takde dalam gambar ni.

Malam: Tiba di rumah maklong di selatan.
Musim perayaan macam ni, kau jangan kata nak diet bagai. Makanan dah ada depan mata takkan nak tengok je kan.

Rendang Maman - saya suka.. saya suka..
Hidangan utama selain tapai. Rasa nak bawa balik, tak nak kongsi dengan sesiapa.


23 April 2023 - Ahad (2 Syawal 1444H)
Meneruskan perjalanan beraya kami.
Sup tulang tak pernah mengecewakan setiap kali beraya ke sini. Layanan yang diberikan seperti kami ini anak mereka sendiri seperti kisah di SINI.. Terbaik.

Malas dah nak panggil en. Hubby ajak bergambar bersama.
Kita susun je selipar sebagai bukti.
Team Hijau

Ragam anak-anak mencari sudut menarik untuk bergambar.

Di bawah terik mentari.. pedih mata dibuatnya.

Sekali lagi tiada gambar en. Hubby di sini.

Bukan senang nak tengok dak Adik bergambar macam ni.

Seterusnya, perjalanan diteruskan menuju ke Negeri Johor Darul Takzim. Singgah menziarahi mak saudara, kelihatannya tak sihat - minor strok. Sedikit terkejut kerana tiada khabar yang beliau sedang sakit. Memang sengaja tidak diberitahu pada semua rupanya.

Moga maklong cepat baik dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.


Lokasi terakhir di Negeri Melaka.
Tak pernah tak berjaya ku bawa pulang kuih raya dari kampung. Sebalang dua mesti dalam tangan. Malu..? Tak sempat nak rasa malu, tuan rumah sendiri suruh bawak balik.. 🤣

Kudap-kudap sambil melayani kesesakan jalan raya.
Biasalah hari raya kan, semua nak berjalan raya.


Hari ini..
23 April 2023 - Ahad (2 Syawal 1444H)
Birthday dak Nuha

Ketika orang sedang bergembira, aku hampir terlupa.. Gila kau #MakBudak.. Birthday anak sendiri boleh lupa. Tapi takdelah terasa ralat sangat sebab empunya diri pun tak ingat.. Dok sibuk kira duit raya berapa dia dapat.. 🤣

Selamat Hari Lahir buat dak Nuha, anak bongsu yang tak nak adik lagi dah.. 🤣
#AnakNagaManja


24 April 2023 - Isnin (3 Syawal 1444H)
Hari terakhir beraya di kampung halaman. En. Hubby teringin nak makan asam pedas daging tetel. Gigih mencari di pasar dan minta Mak Busu masakkan. Rasa rugi pula tak tapau sikit bawa balik, aku cuma tapau rendang ayam je.

'Mira' ada di mana-mana.. 🤣

Wangi - bunga durian

Penuh bergayutan buah-buah durian ni.

Inilah tuan tanah - PakBusu..

Buah rambutan baru nak berputik nun kat belakang tu.

Meriah sungguh buah durian PakBusu tahun ni.

Merata aku jumpa telurnya

3 Syawal 1444H - Salah Team ni.


Perjalanan balik ke rumah:
Memandangkan jalan menuju masuk ke lebuh raya sesak tak bergerak, kami mengambil kesempatan menukar muka depan telefon anak-anak terlebih dulu. MakBudak dengan Babah deme pun turut terlajak. Kebetulan ada pula cabutan bertuah yang akan diumumkan dalam masa seminggu lagi.

Moga aku antara yang bertuah memenangi hadiah yang ditawarkan. 
Aamiin..

Telok Kemang
Antara laluan yang kami lalui untuk pulang ke rumah.
Jalan seperti ini lagi bahaya sebenarnya.. rambang mata tengok kiri dan kanan apa yang ada.

3 Syawal 1444H
Menyambut Syawal di tepian pantai.
Bukan kami tapi mereka.

Tumpang lalu je di sini - Lubok China

Sempadan Negeri Sembilan/Melaka
Aku tak boleh tengok signboard sebegini - laju je jemari nak ambil gambar.


Selepas mengharungi hampir lima jam perjalanan, akhirnya selamat mendarat di halaman rumah sendiri. Lima jam? Itu termasuk cuci mata di sepanjang perjalanan. Tak lama mana sebenarnya pun. 


25 April 2023 - Selasa
Seharian berehat di rumah, masih dalam mood bercuti rehat.


26 April 2023 - Rabu
Kesihatan diri:
Pemeriksaan ulangan selepas ujian darah diambil pada 17 April 2023 yang lepas. Alhamdulillah, semua berada di paras normal kecuali kadar kolesterol sedikit tinggi. Perlu kekal sihat dengan amalan pemakanan sihat - Ini doctor yang pesan.

Seharian berehat di rumah, masih dalam mood bercuti rehat.


27 April 2023 - Khamis
Kembali memulakan langkah bertugas di tempat kerja.

#RemajaPurba: Open House..?

Thursday, April 20, 2023

Tol RAHMAH Percuma dan Hari Kelepasan Am Tambahan


Sebahagian kenangan yang tertinggal pada Ramadan 1444H.

Lebuh raya/Jalan raya - sesak teruk:
Dengan kadar peningkatan kenderaan di atas jalan raya turut menyumbang kesesakan jalan raya. Pilihan menggunakan kenderaan awam tidak praktikal malah menyukarkan aku. Pilihan yang ada? Hadaplah jelah seperti biasa.

Kesihatan Diri:
Alhamdulillah, aku ni tiada penyakit darah tinggi tetapi doktor yang memeriksa aku dan bagitahu tekanan darah aku sedikit tinggi. Mana tak tingginya, sepanjang bulan Ramadan ni berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang luar biasa. Selepas Aidilfitri ni nanti, aku perlu ke hospital bagi mengetahui hasil disebalik ujian darah yang diambil. Moga semuanya baik-baik sahaja. InsyaAllah.. walau dalam hati risau tetap ada.

Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur):
Pertama kali aku akan berurusan di sini atas saranan doktor yang memeriksa dak Nuha sebelum ini. Moga semuanya berjalan lancar hendakNYA nanti. Apa yang pasti, en. Hubby akan turut menemani kerana aku tidak biasa memandu sendiri. Mahu aku tersesat nanti.

Sebagai penutup Ramadan 1444H dan sebagai kenangan untuk disimpan di sini.
 
Kuih Koci nenek Mak Ani yang dibuat dengan penuh kasih sayang.
Air tangan bekas pengasuh anak-anakku tidak pernah mengecewakan.

'cuci mata' di sini.

Berbuka di luar.
Sup Kambing pilihan en. Hubby

Mee Goreng Mamak pilihan dak Nuha

Nasi Beriani pilihan MakBudak
Aku makan tak banyak sebab lebih kepada menyuap en. Hubby dan anak-anak.
Tak membazir, kongsi bersama.

En. Hubby melayan kerenah MakBudak

Bahagia itu pilihan..

Moga tidak mengecewakan..

Bersantai di tengah malam
Bila sesekali berada di luar kawasan..

Berada di tengah Bandaraya dengan jalan raya yang sesak sentiasa..


Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023:
Tidak perlu bergaduh berebut hendak beraya di mana. Rutin yang sama setiap kali Syawal menjelma. Moga tiada kejutan lagi untuk tahun ini kerana segala persiapan berkaitan raya belum dibuat lagi.

Dalam pada itu ada berita gembira buat semua:
  • Tol RAHMAH percuma - pengecualian bayaran tol selama empat hari sempena Aidilfitri bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan pada 24 April 2023 (Isnin). Pelaksanaan ini melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan yang mana dapat mengurangkan kos bayaran tol untuk pulang beraya bersama keluarga di kampung halaman.
  • 'Sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Walau bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing'.

#RemajaPurba: Alhamdulillah..

Sunday, April 16, 2023

Ramadan 1444H diraikan dalam kesederhanaan


Ramadan 1444H diraikan dalam kesederhanaan.
Alhamdulillah semua ok walau pun kurang seorang ahli keluarga - dak Kakak yang jauh melepasi tiga buah negeri.

Sepanjang Ramadan kali ni tiada gambar makanan yang aku kongsikan di socmed selain dari blog MakBudak.

Tarikh: 3 April 2023
Lokasi: Rumah myMIL
Acara: Berbuka puasa..

-Gambar tiada-
Kari ikan jenahak dan kaci menjadi menu utama. Kali ni tiada 'dak Kembar' jadi kurang sikit meriahnya + tiada anak dara yang mengemas selepas berbuka. Tunggu deme balik nanti, ada jelah kerja nak dibuatnya.

Murtabak 'Burger Kampung'
Ini baru betul, ada bawang.
Biasa kalau beli murtabak, tak puas makan sebab bawangnya tak sebanyak ini.

Kuih kegemaran en. Hubby.

Tarikh: 2 April 2023 (Ahad) [11 Ramadhan 1444H]
Lokasi: Taman Perumahan
Acara: Program Gerak Rahmah 2023 "Jom Masak Bubur Lambuk"
'Ziarah Prihatin oleh Penyelaras Dun Sementa'

Gotong-royong memasak bubur lambuk.

Tarikh: 9 April 2024
Lokasi: Rumah
Acara: Lamb Shank

Lamb Shank by en. Hubby
'Tunggu aku masak..? Jangan mintak..'

Sebenarnya, deme banyak minum air, itu yang tak habis makan.
Hari kedua baru habis beb.

Tarikh: 17 April 2023 (Sabtu)
Lokasi: Luar negeri
Acara: Mengambil dak Kakak pulang berhari raya

Perjalanan merentasi tiga buah negeri dan selamat sampai di rumah pukul 11 malam. Alhamdulillah.. tangan dan kaki MakBudak 'kembali sembuh' untuk dua minggu ini. Dak Kakak ada di rumah, takdelah aku kelam-kabut mengejar waktu untuk memasak sebelum berbuka.


Tarikh: 16 April 2023 (Ahad)
Lokasi: Rumah myMIL
Acara: Berbuka puasa lagi

InsyaAllah..
Ini kerana 'dak Kembar' balik bercuti, berbuka puasa terakhir di rumah myMIL sebelum menyambut Aidilfitri minggu depan.

#RemajaPurba: ...

Thursday, April 13, 2023

Ketika Orang Lain Bergembira..

 
Ketika orang lain bergembira untuk menyambut Aidilfitri, ada yang berduka dek kehilangan ahli keluarga.

Assalamualaikum awak, 
Salam takziah dari kami. Apa-apapun moga semua urusan dipermudahkanNYA. 
Sabar, kuatkan semangat walau dah tak sekuat mana.


Aku pun pernah rasa..
Pada hari raya pertama arwah Uwan, insan yang menjaga aku sejak kecil pergi meninggalkan kami semua. Terkedu dan tidak percaya.. dan aku simpan kenangan itu di SINI.. 


Betul.. kisah dari dalam drama/filem yang pernah kita tonton itu adalah dari realiti kehidupan. Perit rasanya ahli keluarga kita pergi meninggalkan kita. Kesan yang bukan sedikit buat diri kita. Sekarang ni pun mengalir airmata bila teringat kembali kenangan itu. 

#RemajaPurba: Aku kalau boleh tak nak ingat sebab ada rentetan sedih selepas tu. 

Thursday, April 6, 2023

MEMOTONG BARISAN - 'QUEUE' a.k.a 'Q'


Mereka yang memandu kenderaan, pasti akan melalui pengalaman dan cabaran dari kiri, kanan, depan mahu pun belakang. Jika bukan kita sebagai pemangsa, mungkin kita pula yang dijadikan mangsa. Walau kau sehabis 'pembaris' mengikut peraturan, tapi disebabkan sikap segelintir orang lain, sedikit sebanyak rasa negatif mampu menjentik hati kita.


MEMOTONG BARISAN - 'QUEUE' a.k.a 'Q'
Siapa suka orang memotong Q, nak pula ketika di waktu puncak. Memang mencanak naik darah dibuatnya. Sedang elok berbaris seperti pembaris, tiba-tiba datang meluncur laju memotong 'Q'.

Kisah pagi tadi:
Aku memang tak bagi ruang untuk dia memasuki laluan di depan aku, dia boleh buat muka tak puas hati pada aku. 'Sekurang-kurangnya kau bagilah signal, tak pun kau angkatlah tangan'. Ini kau main redah tu yang buat aku tak puas hati. Syukur juga tiada kejadian menyayat hati, kalau tak, makin sesaklah tempat itu pagi tadi.


Komen yang ini aku ambil dari SINI.. 'cakap jew lebih, buatnya idok'.
Aku tak buat apa-apa pun sebab kereta aku tak bergesel + aku sendiri mengejar masa. Dari bergaduh hanya kerana 'Q', biarlah dia terus menyelit ikut kehendak hati. Sekurang-kurangnya bila aku tak nampak kelibat dia lagi, rasa marah tu akan pergi.

Pernah juga terjadi, dahlah memotong 'Q', dilanggar pula side mirror aku. Sejenis yang tak alert dengan keadaan. Kalau aku hon, risau dia tertekan minyak. Bagi lampu tinggi lagilah dia tak hairan. Hati kering tiada perasaan.

Banyak kisah menyayat hati yang menyakitkan hati kalau nak dikongsi di sini. Ini pun sebab tak terkawal hati dan jemari. 

'Manusia ni, bila berada di atas jalan raya automatik akan berubah 360 darjah'. Hilang segala kelembutan, terserlah kegarangan.

#RemajaPurba: Sabar bukan untuk dicabar.

Tuesday, April 4, 2023

Komen dari Anonymous


Aku jarang nak buka ruangan komen 'spam'. Sambil cuba nak delete komen yang berstatus 'mengarut', rupanya terlampau banyak komen yang termasuk ke dalam 'spam' sejak tahun 2011. Allahuakbar.. bertahun rupanya komen tu berada di situ. Ada pula komen datangnya dari 'anonymous/tanpa nama', seperti di dalam dua post ini. 


Kantin sekolah di SINI.. 
'cakap jew lebih, buatnye idok' - oleh anonymous

  • Hari pertama persekolahan ketika anak-anak kali pertama memasuki sekolah untuk darjah satu, aku akan mengambil cuti rehat.
  • Hari pertama aku hantar dan dia beratur mengikut kelas yang telah ditetapkan, aku terus balik.
  • Tak pernah lagi aku turut serta menemani anak-anak waktu rehat. Pandailah deme nak berdikari + cikgu pun akan beri tunjuk ajar berkenaan apa yang ada, apa yang perlu dibuat.
  • Aku rimas bila ibu bapa dok bersidai sekali waktu perhimpunan hingga membawa ke waktu rehat. Kalau aku jadi cikgu pun rimas.
  • Balik sekolah, anak-anak akan menaiki van sekolah. Aku takde tunggu di depan sekolah, biar dia belajar berdikari. Kena yakin dan percaya dia boleh buat sendiri. TAPI.. hanya dak Kakak waktu darjah satu dulu, aku kena tunggu dia balik sekolah setiap  hari kerana dia bersekolah jauh dari rumah sebelum aku tukarkan dia ke sekolah yang berdekatan dengan rumah.
  • Bila anak-anak balik dari sekolah, mereka akan bercerita pengalaman hari pertama di sekolah dan aku bagi nasihat + cara apa yang patut dibuat kalau jadi macam tu, jadi macam ni. Selebihnya, buatlah sendiri.
  • DAN.. buat pertama kali tahun ini ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak hingga ke pintu pagar sekolah. Aku suka - tabik spring buat pihak sekolah. Juga demi kesihatan dan keselamatan anak-anak. Lagipun nak risau buat apa, mereka telah dididik dan didedahkan dalam alam persekolahan sedari kecil. Aku tak rasa itu akan membawa masalah.
  • Anak-anak ni, bila nampak kelibat ibu bapa mulalah nak merengek manja tapi bila kita takde boleh je mereka berdikari.
  • Ini komen aku secara umum, jangan pula ada yang terasa. Bukan semua anak-anak itu boleh terima persekitaran baru tapi kita kena yakin mereka boleh melakukannya. 


Kisah anak-anak waktu masih kecil di SINI..:
'tak payah upload pun takpe kalau sibuk, tak penting pun. buat entri yang lebih memberi manfaat kepada pengikut blog sikit. orang lain pun ada anak. kalau setakat upload gambar anak, apa yang pembaca boleh dapat? ala orang lain pun ada anak juga, lagi comel, lagi bijak, rilek-rilek je makcik oi' - oleh anonymous

  • Adakah kerana penggunaan tatabahasa aku yang tidak menarik?
  • Adakah salah aku hanya kerana aku tidak update dengan isu/kisah yang memberi manfaat kepada orang lain?
  • Adakah aku terlampau bercerita mengenai anak-anak?
  • Waktu anak-anak masih kecil memang banyak kisah mengenai mereka - simpan sini sebagai kenangan. Bila anak-anak semakin membesar, lain pula kisahnya. Adakala hanya sekadar berbicara tanpa sekeping gambar.
  • Kau antara segelintir yang mungkin tidak suka pada sesetengah post di dalam blog aku tapi takkan hanya kerana segelintir itu, aku kena perah idea mencari isu/kisah semasa.
  • Aku takut sebenarnya, takut tersalah bicara. Masih ramai yang lebih layak dan pandai mengulas berita.
  • Alhamdulillah, anak-anak aku sempurna sifatnya. Mungkin tidak comel mahupun bijak tapi dengan asuhan yang diberikan InsyaAllah mereka mampu berhadapan dengan dunia luar satu hari nanti. Kita sebagai ibu bapa hanya mampu mendoakan dan menasihati.
  • Aku tetap rileks, takde pula nak serabutkan kepala hanya kerana blog perlu di update sentiasa.

Jangan berselindung disebalik 'anonymous/tanpa nama'.
Terimalah kenyataan yang kau tidak mampu berbicara secara bersemuka.
Kau tak suka, aku tak boleh nak buat apa. 
Mungkin waktu itu kau tengah kecewa.
Aku sangat hargai mereka yang sudi singgah di blog MakBudak a.k.a RemajaPurba.
Terima kasih buat mereka.

#RemajaPurba: Kau tak tahu apa-apa..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...