01 November 2023 - Rabu
Risau dak Kakak di luar negeri tak sihat..
Sepatutnya hari ni aku dan en. Hubby ke sana mengambil dak Kakak pulang tapi hanya en. Hubby yang ke sana menghantar bekalan ubat.
'Takpelah ibu, minggu depan jelah kakak balik. Lagipun kakak tak boleh skip kelas minggu ni'.
Dalam masa yang sama, dak Kakak turut mendapatkan rawatan di hospital di sana.
Moga dak Kakak beransur baik dan 'dengar cakap ibu, jangan degil'.
2 November 2023 - Khamis
Majlis rasmi di tempat kerja.
Aku..?
Tidak terlibat secara langsung, sekadar berada di tepian bucu meja. Andai khidmat aku diperlukan, aku ke depan, sekiranya tidak buat apa nak penatkan badan. Fokus pada tugas hakiki yang diberikan. Hal-hal lain kita ketepikan.
3 November 2023 - Jumaat
Menemani en. Hubby mendapatkan rawatan di hospital.
Sakit..?
Ngada nak manja² dengan doktor.
Harap dia dapat doktor lelaki, baru dia tau apa erti jemari kasar bila kena sentuh.. Adan uke dia.. 🤣
Sedikit salah faham yang mana en. Hubby tidak perlu ke Bahagian Pesakit Luar tetapi sebaliknya terus ke klinik pakar yang berkenaan kerana adanya surat rujukan dari klinik sebelum ini.
Aku..?
Malam sebelumnya aku cuba terangkan, pihak hospital akan memberikan tarikh temujanji, bukan aci redah terus dapat jumpa doktor. Malas nak cakap dengan en. Hubby, ku layankan aje biar dia tahu apa erti penat menunggu.
Malam sebelumnya aku cuba terangkan, pihak hospital akan memberikan tarikh temujanji, bukan aci redah terus dapat jumpa doktor. Malas nak cakap dengan en. Hubby, ku layankan aje biar dia tahu apa erti penat menunggu.
Aku..
Penat + lapar = Balik rumah rehat + tidur.
6 November 2023 - Isnin
Rutin harian berjalan seperti biasa.
Moga semua urusan berkaitan dipermudahkanNYA.
Aku..?
Jumaat lepas aku terpaksa cuti kecemasan, jadi hari ni kita pulun kerja sedia ada.
#RemajaPurba: Sedih..
Parents kaau dapat mssg macam tu lagila sedih...
ReplyDeletei feel you