29 September 2023 - Jumaat
Kejadian berlaku ketika aku bersama anak-anak keluar mencari sedikit barang keperluan sambil menghabiskan masa bersama dak Kakak sebab esok dia akan kembali menjalani rutin sebagai pelajar di sana. Ketika inilah suhu kereta makin tinggi dan kami mula kepanasan. Awalnya aku ingat aircond kereta ada masalah tapi rupa-rupanya kereta overheat. Terkejut + terus berhenti di hadapan deretan kedai di sini sementara menunggu hero datang menyelamatkan heroin.
Walau hero tak berjaya menyejukkan kereta, kami nekad. Dalam hujan, aku redah bawa cikPutih sampai ke rumah. Di depan rumah, cikPutih berasap dah serupa orang bakar kemenyan gayanya.
Ada bagus juga kau meragam hari Jumaat tu cikPutih, kalau kau meragam waktu hantar dak Kakak, entah dekat mana agaknya kami tersadai tak bergerak.
TAPI.. tak habis di situ, makin teruk rajuk cikPutih rupanya.
30 September 2023 - Sabtu
Le Tour De Langkawi 2023.
Sedari awal aku merengek nak tengok tapi disebabkan kena hantar dak Kakak, hanya mampu tengok peta laluan kayuhan peserta jelah - di SINI..
Sebelum peserta kayuan dilepaskan, sebaik selesai en. Hubby membelek membelai cikPutih, kami memulakan perjalanan menghantar dak Kakak ke luar negeri. Rupanya bukan rezeki dak Kakak untuk kembali melapor diri hari ini.
Aku dan dak Kakak ditinggalkan di tepian jalan bersama cikPutih, sementara en. Hubby berusaha mencari sparepart buat cikPutih. Hampir dua jam baru en. Hubby tiba dan lewatnya dek kerana banyak jalan ditutup untuk memberi laluan pada peserta Le Tour De Langkawi 2023 melaluinya. Menariknya, en. Hubby dapat menonton secara langsung di depan mata, yang tak menariknya, aku tak dapat. Huhuhu.. Dua jam bawah terik mentari menemani cikPutih.
Selesai sesi memujuk cikPutih, kami meneruskan perjalanan. Dalam debaran, tak sampai 20 kilometer, sekali lagi cikPutih merajuk. Alhamdulillah, walau ada masalah tapi Allah permudahkan urusan cikPutih, sempat berhenti di stesen minyak berhampiran. Seterusnya kami menunggu bantuan tiba ketika hujan lebat, towing bawa balik ke rumah.
Kami..?
Penat - mental + fizikal.
Segala gambar disebalik kejadian ada di SINI..
Semalam..
1 Oktober 2023 - Ahad
- Lagi 27 kilometer nak sampai ke destinasi, tayar cikPink pulak 'merajuk' di tepian highway di situ. Menambah rasa seram, car jack pulak takde. 😭 Kali ni, bantuan tiba selepas tiga jam.
- Alhamdulillah.. Atas bantuan yang dihulurkan, akhirnya dak Kakak selamat sampai ke destinasi.
- Terima kasih banyak² buat yang membantu semalam dan hari ni. Dua nama yang tidak pernah menolak saat diperlukan.
- Terima kasih juga buat mySIL, tanpa cikPink, tak sampai dak Kakak ke destinasi.
- Tabik spring buat en. Hubby yang sabar melayan rajuk cikPutih dan cikPink.
Aku..?
Alhamdulillah.. Syukur dan berterima kasih dengan semua bantuan diberikan.
Segala gambar disebalik kejadian ada di SINI..
Hari ini..
2 Oktober 2023 - Isnin
Atas urusan kerja, malam tadi en. Hubby bergerak ke Johor Bahru
'Penat.. tidur'. Itu jelah jawapan setiap kali aku bertanya 'abang tak penat ke?'.
Aku..?
Mohon kebenaran emergency leave untuk hari ini. Aku tak cukup kuat, seperti bateri yang hampir kehilangan kuasa.
Esok..?
Aku cuti lagi.
#RemajaPurba: ...
No comments:
Post a Comment