Followers Remaja Purba

Sunday, November 27, 2022

Punca kekalahan Selangor vs Johor (JDT)


26 November 2022 (Sabtu)
Kali terakhir Johor Darul Takzim (JDT) memenangi piala ini pada tahun 2019, manakala Selangor pula menjulang Piala Malaysia adalah pada tahun 2015. Untuk rekod, Selangor mempunyai sejarah pemenang paling banyak tetapi bagi aku sejak itu Selangor turun sebagai skuad underdog.

Akhirnya sejarah terlakar pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selangor vs Johor (1 - 2)
1 penalti oleh Selangor

  • Buat pasukan #JDT tahniah diucapkan. 
  • Buat pasukan #Selangor tahniah juga berjaya ke pentas akhir. Lamaaaaaa penyokongmu tunggu walau kempunan membawa pulang piala tertua di Asia itu. 

DAN.. Seperti mengulang kejadian - FIFA WORLD CUP 2022 dek mulutku ini. 

=======================================================================

'Badi Penalti' namanya bila pasukan yang mendahului satu gol (penalti) terhadap pasukan lawan, akhirnya pasukan itu tewas seperti perlawanan di dalam pada FIFA WORLD CUP 2022:

Agentina vs Arab Saudi (1- 2)
1 penalti oleh Argentina

Germany vs Japan (1 - 2)
1 penalti oleh Germany

Cerita asal di SINI..

'Apa kelas menang sebab penalti, tak mencabar langsung..!'

Aku? 
Rasa bersalah seolah² aku menjadi punca kekalahan itu. 'Kerana mulut badan binasa'. Ampun dan maaf dinda mohon ye kanda en. Hubby. Dinda terlepas kata 'badi penalti' tu. 

#RemajaPurba: Selangor kalah lagi..

1 comment:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...