'Masalah paling besar bila tengok inai mengundi dekat jari ni. Menyampah pulak tengok..!' Kisah di SINI.
Politik?
Kenapa nak berpecah-belah sedangkan kita boleh bekerjasama. Takkan nak jadi seperti di dalam filem Mat Kilau.
- Kamu tengok dengan mata kamu sendiri. Orang Melayu takkan halau orang Inggeris kerana bangsa kamu adalah bangsa yang berpecah-belah. That's why you are weak! Orang kamu belot pada kamu sendiri, sebab itu bangsa kamu akan sentiasa dijajah.
- Mereka tidak akan bersatu sampai bila-bila. Orang Melayu bangsa yang pentingkan diri dan penuh dengan hasad dengki sesama mereka, sebab itu mereka mudah dijajah dan dipijak.
- Inilah masalah orang Melayu, sedangkan kami di sini bersusah-payah ingin memajukan tanah ini, kamu semua buta dan hanya tahu menuduh kami orang Inggeris sebagai penjahat.
Aku bukan nak review filem Mat Kilau ni pun, sekadar berkongsi apa yang tersirat di dalamnya. Ia hanyalah sebuah filem tapi ia membawa maksud yang mendalam.
========================================================================
Berbalik kepada dunia realiti:
Keputusan Yang di-Pertuan Agong melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke jawatan tertinggi perlu dihormati oleh semua rakyat Malaysia.
Akhirnya berjaya juga DSAI memegang jawatan Perdana Menteri ke-10 dan berakhirlah badi sebagai pm tepi yang dipegang bertahun lamanya. 24 November 2022 (Khamis) akan berada di dalam lipatan sejarah negara Malaysia. Tahniah di atas perlantikan tersebut dan moga kemajuan dan perpaduan akan lebih utuh di bawah pentadbiran DSAI kelak.
Politik..?
sekadar ku jeling-jeling manja. Tidak berminat mengambil tahu sehingga ke akar umbi. Cukup sekadar syarat dari tidak tahu langsung apa yang terjadi.
Cuma yang ku tahu.. bekalan telur memenuhi pasaran kembali.
#RemajaPurba: Lega..
Tahniah PM 10
ReplyDelete