Followers Remaja Purba

Sunday, November 13, 2022

Hujan Lebat dan Banjir Kilat


Bila setiap kali hujan lebat tanpa henti, memang sesuatu yang patut dirisaukan.

10 November 2022 (Khamis)

Dapat mesej dari en. Hubby
Air mula melepasi pagar rumah.

Keadaan sekitar lawasan perumahan mula dinaiki air. Aku takut terkandas tak boleh lalu nak balik rumah. Tahun lepas, waktu banjir besar pada 19 Disember 2022, hampir kesemua laluan menuju ke rumah tidak boleh dilalui. Terperangkaplah dalam rumah tak boleh nak keluar sehingga air surut.

Sumber asal video dari socmed
Dulu.. bila banjir kilat, jalan ni masih boleh dilalui tapi kini, langsung tak boleh.

Sumber asal video dari socmed
Jalan pintas ni lagi teruk keadaannya. Sejak ada pembangunan disekitarnya, penduduk di kawasan ini menerima kesannya lagi teruk dari dulu. Bukan setakat fizikal, mental mereka pun kena kuat.


Hujan lebat kali ni menyebabkan kesesakan yang teruk hingga menyebabkan jalan utama dilimpahi air dan tak boleh dilalui oleh kenderaan ringan. Hampir sejam setengah bergelut nak melepasi jalan sesak nak balik rumah. Salah satu jalan ni aku tak boleh nak elak, tetap kena redah. 'Please cik Putih sayang.. jangan merajuk, aku cuma ada kamu'

Video dari jiran dalam perjalanan mengambil anak balik sekolah.

Keadaan berjaga-jaga, makin banyak rumah dah dinaiki air. Pusat pemindahan sementara dah dibuka untuk kegunaan mangsa-mangsa banjir. 


11 November 2022 (Jumaat)
Aku mengambil cuti rehat sebagai langkah berjaga-jaga. Ini juga nak bagi cikPutih pulih dari 'sejuk' meredah banjir petang semalam. Walau mungkin air dah surut tapi aku tak nak ambil risiko andai tersangkut lagi dalam kesesakan jalanraya seperti semalam.

Selingan: Hari ni en. Hubby ke sekolah dak Nuha untuk 'Hari Interaksi bergama Guru Kelas' (ambil report card).

Dah surut sikit air dari kebun sebelah taman perumahan aku ni.

'Lemas' pokok-pokok kelapa sawit ni.

Hujan lebat selepas aku menghantar dak Nuha ke sekolah sebelah petang.

Kisah semalam dan hari ni di SINI..


Buat mereka yang dilanda musibah ini, kuatkanlah semangat walau dah tak sekuat mana. Moga semua urusan berkaitan dipermudahkanNYA. Aamiin..

#RemajaPurba: ...


5 comments:

  1. Semoga Allah permudahkan semuanya... Sy pun risau juga kalau hujan tak berhenti.. Tinggal sorang sebab suami kerja huhu..

    ReplyDelete
  2. lemah betul bila hujan tak berhenti gini, kesian pada mereka-mereka yang tinggal di kawasn yg mudah dinaiki air

    ReplyDelete
  3. Sepanjang musim hujan ni... nervous je kan...?

    ReplyDelete
  4. pada saya, hujan lebat takpa. jangan ribut dan petir..

    ReplyDelete
  5. dugaan, kan.
    hujan, otomatik risau :(

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...