Followers Remaja Purba

Monday, February 28, 2022

Kucing dan Pengawal serta Gempa Bumi


25 Februari 2022 (Jumaat)

Kisah minggu lepas..
Mungkin ada hikmah disebalik aku berehat sekejap di dalam kereta sebelum masuk ke tempat kerja. Ada seekor kucing entah dari mana mengiow tanpa suara di depan pintu lif di basement tadi.

Apa yang perlu aku buat? 
Rasa kesian dah tentu, rasa sedih apatah lagi sebab ia tak sihat + lapar. Merengek, menggesel pada kaki aku. Alahai.. kabur pulak pandangan aku. Ia ikut masuk ke dalam lif dan aku ajak ia ke ruang lobi sambil berfikir apa yang patut aku buat. Aku tak nak ia ikut melilau masuk ke dalam ruang pejabat tingkat lain.

Teringatkan team pengawal keselamatan di tempat kerjaku. Tak fikir panjang aku bawa ia ke tempat mereka dengan harapan hantarlah ia ke mana-mana tempat yang sesuai dengannya. Jujurnya aku tak sampai hati tapi aku tiada pilihan (aku tak peduli apa pandangan orang lain terhadap aku).

Alhamdulillah, salah seorang dari mereka dengan rela hati sanggup nak bawa ia balik ke rumah. Allahuakbar. Ya!Allah kau hadirkan seorang insan yang berhati mulia sanggup membantu kucing hitam tersebut. Aku doakan moga makin bertambah rezeki dengan membelanya.


Kisah lain:
Kesan gempa bumi di Indonesia dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Lebih kurang pukul 9:45am, pengalaman merasainya di tempat kerjaku lebih kurang sama seperti di tempat kerjaku yang dulu dari tingkat 12, cuma kami ni aku berada di aras 1. Gempar tu biasalah sebab bukan selalu jadi macam tu.

Abang BOMBA.. sweet je kan..

26 Februari 2022 (Sabtu)
Menghadiri undangan perkahwinan saudara dari sebelah en. Hubby di Bangi. Moga kedua-dua pasangan di bawah lindunganNYA dan moga rutin harian mereka dipermudahkanNYA. Apa yang penting, kali ni aku mengikut tema sedondon warnanya - merah.


27 Februari 2022 (Ahad)
Hari ni berehat, kumpul tenaga..
Makan + rehat + tidur + makan lagi..
Hahaha..

#RemajaPurba: Simpan sini sebagai kenangan.

1 comment:

  1. siapalah yg buang kucing merata kan kak... kesian lahai dia .
    gempa memang rasa kuat di opis dana yang cuma tingkat 6 ni kak, berlarian semua keluar dari bangunan lagilah bila rasa gegaran yang agak kuat.

    Dana patut 27 ada nak pergi kenduri kahwin, tapi bila banyak sgt kes positif di pejabat, tak berani pulak nak ke kenduri kawin.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...