Followers Remaja Purba

Wednesday, February 16, 2022

Tazkirah dari Seekor Kupu-kupu


Lama kisah ni tersimpan draf rupanya. Ini pun sebab aku buat cleaning dalam ni.
Tazkirah pada 1 November 2017 oleh En. KB (one of my boss di tempat kerja).


SEEKOR KUPU-KUPU

Ada satu lubang kecil untuk laluan keluar dari kepompong semasa proses sebelum menjadi kupu-kupu. Cuba kita gunting untuk membantu kupu-kupu keluar sebelum waktunya. Sudah tentu ia tidak mampu untuk terbang menggunakan kepaknya kerana ia keluar dari kepompong bukan dalam keadaan normal. Bantuan kita itu menyebabkan kupu-kupu itu tidak dapat menikmati kehidupan dan cacat selamanya.

Pada lubang kecil itu terdapat jalan suatu cairan masuk untuk membentuk kupu-kupu dan memudahkan kepaknya digunakan sebaik keluar dari kepompongnya. 

Ketergesaan - kita tidak sabar untuk melihat ia lepas bebas.
Menghambat - kita bukan saja memaksa tetapi menyeksa.

Disebalik kisah tersebut:
Niat yang baik itu semestinya akan meninggalkan sesuatu yang baik tetapi adakalanya niat yang baik tak semestinya akan meninggalkan sesuatu yang baik. Niat membantu itu baik tetapi baik pada diri kita belum tentu baik kepadaNYA.

Berbalik kepada kupu-kupu tadi, untuk ia keluar menikmati dunia ia kena berusaha sendiri yang mana kita tak perlu bantu dek mahu memudahkannya.


Kenapa kehidupan yang kita lalui itu susah? Kenapa tak senang je..? 
Kita banyak berdoa dan juga harapan yang tinggi tapi kalau kita tak melalui proses yang lagi susah dan sulit itu, kita takkan mampu berjaya dengan cita-cita kita. Kita kena susah dahulu sebelum senang. Bukan semuanya mudah dalam menjalani kehidupan. Ada yang susah dahulu kemudiannya senang, begitu juga sebaliknya. Semua ini adalah kekuasaan dariNYA.

Sebagai contoh:
Pokok Zaitun yang tumbuh di Gurun Sahara itu lebih berkembang dan subur berbanding dari pohon di perlembahan.

Surah Al-Insyirah 94: Ayat 6
Setiap kesusahan itu ada kesenangan.
"(Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan".


#RemajaPurba: ...

2 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...