Followers Remaja Purba

Sunday, October 24, 2021

Fasa 4 - Pelan Pemulihan Negara

 
Bengkung yang hampir 17 tahun usianya.
Dijahit khas oleh myMIL untuk menantunya ini.
'Ibu tak sakit ke pakai ni? Bila ibu pakai ni, tak pernah nampak pun?' - dak Nuha.


Air dan Selangor berpisah tiada..
'Rumah dekat bukit, itu yang air lambat sampai'

Dari 13 hingga 15 Oktober 2021 menunggu air kembali pulang ke pangkuan tangki air rumahku. Hari ketiga bila tahap simpanan air di dalam rumah berada pada paras kritikal, ku bungkus kain baju lari ke rumah mySIL. Terima kasih buat mySIL.

Hujung minggu pula, tak buat apa pun, sekadar tumpang lalu di sini..

Pantai Kelanang.

Aku bukan rendah, cuma tak sampai.

Kita hantar wakil je..


18 Oktober 2021 - Isnin
Vaksin: Dose kedua
Lokasi: SMK sini
Penerima: dak Kakak
Peneman: MakBudak
Supir: Babah


Arahan kembali bertugas telah diedarkan oleh majikan di tempat kerjaku. 
Bermula pada 18 Oktober 2021 (Isnin), Selangor kini berada pada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, cukup sudah tempoh berbulan madu di rumah. Kembali bertugas seperti biasa tetapi..

18 Oktober 2021 (Isnin)
Cuti rehat menguruskan dak Kakak mengambil suntikan vaksin.

19 Oktober 2021 (Selasa)
Cuti Umum sempena Maulidur Rasul.

20 - 21 Oktober 2021 (Rabu dan Khamis)
Aku cuti sakit dek batuk dan selesema menjangkit kami sekeluarga. Ku bawa anak-anak mendapatkan rawatan di klinik tetapi perlu menjalani swab test covid-19 sebelum berjumpa doktor.

20 Oktober 2021 (Jumaat)
Ku gagahkan diri ke tempat kerja bukan kerana nak tunjuk yang aku hebat dalam keadaan yang belum baik sepenuhnya tapi kerana ada beberapa dokumen yang tersadai tidak berusik yang perlu aku selesaikan. Seharian di tempat kerja, aku lebih banyak berdiam diri di ruang kerjaku dengan menyiapkan tugasan yang tertangguh. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, boss pun sibuk bermesyuarat, jadi agak lega tanpa gangguan.

Dak Kakak pula, sepatutnya telah mula mengikuti pembelajaran secara bersemuka tetapi pihak sekolah telah menetapkan mana-mana pelajar yang tidak sihat tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah. Maka, kakak kekal belajar secara PdPR di rumah dan akan kembali bersekolah pada awal November 2021 nanti.

Hujung minggu..
Berehat di rumah agar cepat pulih.

#RemajaPurba: Nak balik kampung.

3 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...