Followers Remaja Purba

Monday, February 7, 2022

Seperti satu sumpahan dan Kellie's Castle


Tambahan pada kisah dari SINI..

Sudah seperti satu sumpahan, setiap kali pergi kenduri, warna baju aku mesti sama tema dengan tuan rumah. TAPI kali ni lagi hebat.. Sedondon dengan warna alas meja dan khemah kendurinya.. 🤣 Alahai..🤦‍♀



Selesai majlis, sempatlah kami singgah di Kellie's Castle sebab tempat ni tak jauh dari tempat yang kami pergi tu. Dah alang-alangkan.. 

Dalam renyai hujan kami di sini.

Nun jauh di sana, waktu cuti ramailer yang ke sana.

Ketika ramai ke arah kiri, kami mengambil jalan ikut ke kanan. Kira macam ikut jalan belakanglah, mudah sebab tak ramai orang ikut laluan kami tu.

Bodyguard terbaik kami.

Kebetulan laluan belakang ni takde orang guna.
Dengan berbaju kurung memasing panjat naik turun tangga dalam bangunan ni.

Kiri aku punya, kanan pun aku punya..

Syurga aku dan en. Hubby

Kali ni yang tengah tu bagi kerjasama yang baik waktu bergambar.

Ruang Lif

Ruang lif yang bakal dijadikan lif pertama di Malaya ketika itu tetapi rancangan ini tidak diteruskan setelah William meninggal dunia akibat pneumonia di Lisbon, Portugal pada Disember 1926. Dipercayai bahawa dia merancang untuk ke England selepas ke Portugal bagi mendapatkan lif.

Bilik Linen

Rumah besar zaman Victoria biasanya mempunyai sebuah bilik linen @ stor linen di mana linen bersih bagi katil dan meja disimpan. Bagi tujuan ini, persekitaran yang kering amat penting.

Tempat Simpanan Arak dan Terowong
(Wine Celler & Underground Tunnel)

Merupakan bilik simpanan arak kellie Castle dengan para yang mampu menyimpan sehingga 3000 botol arak. Sebuah terowong terletak di bawah bilik simpanan arak ini. Spekulasi menyatakan bahawa terowong rahsia ini berfungsi sebagai jalan keluar ketika kecemasan untuk pergi ke kuil Hindu, 500 ela dari sini. Terowong ini telah ditutup oleh pihak berkuasa muzium pada tahun 2003 bagi tujuan keselamatan.

Nota:
Awalnya en. Hubby teman kami semua dengan berbekalkan lampu dari handphone sebab keadaan ruang yang gelap tapi bila aku yang terakhir keluar dari ruang itu, aku mintak dak Adik dok belakang aku. Entahlah tiba-tiba aku rasa seram pulak. Dak Kakak boleh pulak cakap dia rasa macam ada orang lalu macam angin dekat tepi dia. Alahai anakku..

Menuju ke bahagian belakang bangunan iaitu dapur dan kuarters pekerja dapur.

Letih anak-anak melayan kerenah MakBudak untuk bergambar.

Laluan ke ruang berkaitan.

Pemandangan di bahagian belakang, luas dan nampak cantik.
Kalau tak mengenangkan waktu tu hujan, mahu sampai ke pokok tu aku berjalan.

Sebelum turun, sekali lagi kita bergambar.

my dak Kakak.

Kami lebih selesa memilih jalan yang kurang orang menggunakannya agar kami dapat menikmati ruang tersebut dengan lebih santai. 

Ruang paling atas di dalam bangunan ini kami tak jejak pun dan aku tak bagi anak-anak naik sebab ramai orang turun naik baik muda, budak kecik mahu pun yang tua. Lagi satu aku risaukan keselamatan anak-anak. Takpelah dapat tengok sipi-sipi pun ok dah. Ada banyak gambar dari pelbagai sudut dalam bangunan tu yang aku ambil tapi cukuplah apa yang ada ni. Bukanlah nak mengkaji sejarah disebaliknya pun, cukup sekadar menambah ilmu buat anak-anak.

Selepas puas bermandi peluh di Kellie's Castle, kami meneruskan perjalanan balik ke rumah dalam debaran dek hujan yang tidak berhenti dan paras air di kawasan rumah makin naik. Sambungan kisahnya di SINI..

#RemajaPurba: ...

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...