Followers Remaja Purba

Tuesday, December 31, 2019

Hari Orientasi Tingkatan Satu 2020


Hari Orientasi Tingkatan Satu 2020 telah diadakan pada 27 Disember 2019, Jumaat lepas di SMK di mana dak Adik salah seorang daripadanya.

Hari Kejadian:
Taklimat kepada ibubapa diadakan di dewan terbuka SMK dan urusan pembayaran untuk tingkatan satu 2020 juga dibuat pada hari yang sama.

Serba sedikit mengenai Taklimat Pendaftaran dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dari Penolong Kanan HEM:
  • Salah sebuah SMK yang berada di dalam Zon Merah kerana kepadatan pelajar yang memohon ke tingkatan satu seramai 310 orang bagi sesi 2020.
  • Melahirkan insan Berilmu, Beramal dan Berbakti.

Waktu Persekolahan di SMK:
  • Hari Isnin, Selasa dan Khamis adalah dari 1245 hingga 1840. Pembelajaran dalam kelas akan bermula pada pukul 1315.
  • Hari Rabu adalah dari 0930 hingga 1810 (aktiviti Ko Kurikulum).
  • Hari Jumaat adalah dari 1430 - 1840.
  • Waktu khas bagi solat berjemaah: Zohor (1415) dan Solat Asar (1650)

Peraturan-peraturan dan disiplin yang wajib dipatuhi:
  • Telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke dalam kawasan sekolah.
  • Sekiranya tertangkap, ibubapa boleh menuntutnya kembali selepas seminggu dari hari dirampas dan perlu membayar denda RM10. Denda akan meningkat sekiranya pelajar masih membawanya ke sekolah.
  • Pihak sekolah membenarkan basikal di bawa masuk ke dalam kawasan sekolah dan diletakkan ditempat yang disediakan. Manakala pelajar yang membawa motosikal perlu diletakkan di luar sekolah dan ia adalah di bawah tanggungjawab ibubapa sendiri.
  • Pelajar dibenarkan memakai kasut dan stokin berwarna hitam.
  • Bagi waktu persekolahan hari Rabu, pelajar wajib memakai t-shirt sekolah dan track bottom berwarna hitam. Manakala pelajar perempuan dibenarkan memakai tudung berwarna hitam yang dilengkapi dengan lencana dan tanda nama.
  • Sekiranya terdapat pelajar yang memakai seluar ketat/legging, pelajar terbabit akan 'dihalau' balik untuk menukar seluar lain atau di arah memakai kain sepanjang waktu persekolahan (ini pernah dibuat sebelum ini).
  • Sekiranya didapati pelajar tidak hadir tiga hari berturut-turut, surat amaran akan diberikan atau 'menjenguk' di rumah bagi mengetahui permasalahan dan mengambil berat situasi pelajar berkenaan.
  • Ibubapa perlulah sama-sama bertanggungjawab ke atas anak masing-masing.

Menjawab beberapa soalan yang diutarakan oleh ibubapa seperti berikut:
  • Bagi kes rayuan pertukaran sekolah, pelajar boleh mengambil buku teks dengan mengisi borang penerimaan buku teks dan buku tersebut boleh di bawa ke sekolah yang baru nanti.
  • Buku tulis boleh dibeli, bayaran berkaitan boleh ditangguh sehingga menerima surat pertukaran sekolah terbabit.
  • Penting: Satu salinan surat pertukaran sekolah perlu diserahkan ke pejabat SMK untuk dimasukkan ke dalam sistem berkaitan.

DAN.. Ada juga soalan yang diajukan, maklumat tersebut telah dinyatakan ketika taklimat diberikan. Hailaa.. ni mesti kes tak ambil perhatian dari penerangan pihak sekolah.. 🤔

Makluman awal untuk ibubapa:
  • 17 Januari - Hari Merentas Desa
  • 8 Januari 2020 - Kenalpasti Trek Larian
  • 18 Januari - Mesyuarat PIBG

Satu kelebihan yang aku nampak, pihak SMK menggunakan nombor giliran untuk pembayaran yuran sekolah. Nombor giliran ini aku terima sewaktu pendaftaran sebelum taklimat dimulakan. Ibubapa tak perlu berebut 'siapa cepat dia dapat'.

Bila bercerita kelemahan yang ada, takpelah.. biarlah dak Kakak je yang tahu sebab dia yang menemani aku sepanjang hari tersebut seperti di SINI..

StatusHati: Hari ni medical check up at Hospital..

5 comments:

  1. masa Khairine masuk form 1 last year pun, i ambik transkip jugak masa dalam dewan.. sebijik macam hang buat ni hehehe

    ReplyDelete
  2. sekolah menengah lebih ketat undang-undang, apa pun selamat memulakan persekolahan baru utk dak kakak...

    moga ok je medical chekup kat spital kak

    ReplyDelete
  3. Zaza Abdul Latif:
    Tiap kali ke sekolah pasti akan buat nota. Ada ketika ada orang lain memandang sebab kita leka menulis.. hehehe..


    Norhidana:
    Kali ni dak Adik, dak Kakak besar dah.. hehehe..

    Alhamdulillah.. waktu check up semua positive.

    ReplyDelete
  4. selamat memulakan sekolah untuk anak2 & ibubapa sekalian.. Kembali ke rutin sekolah semula, no more cuti2..
    Selamat Tahun Baru 2020 kak sekeluarga

    ReplyDelete
  5. tahun 2020 ini saya meneruskan rutin menghantar cucu-cucu ke sekolah dan tadika. kekadang seronok, kekadang rasa stress jugak dengan raham mereka...

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...