21.11.19
Tahniah buat semua calon UPSR 2019 ni.
Keputusan dak Adik takde A.
Itu je nak bagitahu. 🙃
En. Hubby cakap..
'Anak tu dah cuba kan. Kalau paksa nanti lagi teruk'. 😭
Menangis aku waktu bercakap dengan en. Hubby semalam. Walau keputusan dak Adik lebih baik tapi tak mencapai tahap yang aku harapkan.
'Jangan dimarah anak tu kalau tak dapat 6A. Ini bukan pengakhiran pembelajaran dia'. Sama seperti tiga tahun dulu di SINI..
Ramai kawan-kawan yang memujuk aku agar menerima apa yang telah diperolehi oleh dak Adik.
- 'Jauh lagi perjalanan.. masa depan bukan ditentukan berapa A hari ini'.
- 'It's just an alphabet my friend.. jauh lagi perjalanan anak-anak kita'.
- 'Masih banyak peluang lagi. In shaa Allah berjaya.. aamiin'.
- 'Tahniah. Anak saya pun tak ada A'.
- 'UPSR je. Takde A bukan bermaksud gagal dalam hidup. Banyak lagi masa nak improve'.
- 'Takpe, jauh lagi perjalanan. Ada yang cemerlang masa UPSR masa PT3 tak cemerlang pun'.
- 'Don't worry.. Jauhhh lagi.. yang penting jaga adab, agama, In Shaa Allah dia akan berjaya nanti'.
Pesan TokSu di kampung:
'Tiada A bukanlah bermakna telah berakhir perjalanan dalam mencari ilmu, malah harus kuatkan lagi usaha. Semoga ada kejayaan di masa hadapan.. aamiin'.
StatusHati: Adik.. maafkan ibu ye.. 😭 (print bagi dak Adik baca)
betul.. bukan pengakhiran buat anak kita.. tapi permulaan untuk mereka & pengajaran dari apa yang diaorang pernah lalui.. All the best dak adik :)
ReplyDeleteBetul tu kak..sy sendiri keputusan masa UPSR tidak begitu memuaskan.. Tingkatan 6 barulah keputusan okay.. Alhamdulillah sy dah habis degree.. skrg pun bekerja sebagai blogger sepenuh masa.. Masa depan kita tak tahu.. Pasti ada hikmahnya.. kalau bukan hari ini akan datang pasti akan nampak bahawa perancangan Allah itulah yg terbaik.. Apapun tahniah buat anak akak..
ReplyDeletebaru upsr, jauh lagi perjalanan nk lepas pt3, spm pastu belajar kt ipta/ kolej baru kerja... kadang budak lelaki dia memang masa upsr rilex2 je, time spm nanti insyallah score
ReplyDeletejangan risau dengan A tu... yang penting skill ada...
ReplyDeletefaham sangat perasaan awak. sapa yg taknak anak ada A? ammi pun macam ni jugak.. bila anak bawak balik B rasa macam...hishhhh geramnya. lupa nak bersyukur sekurang2nya yg dia bawak balik B bukan E.
ReplyDeleteInsyaAllah ada yang lebih baik menanti dak Adik.. Perjalanannya masih jauh..
ReplyDeletesama dengan anak no 2 saya. Takde A langsung. Syukur dan redo je la. seronok tengok anak anak orang lain naik pentas ambik hadiah.
ReplyDelete