Followers Remaja Purba

Tuesday, November 26, 2019

Kenangan Hari Terakhir Persekolahan sesi 2019


22 November 2019 (Jumaat)

Hari terakhir persekolahan bagi sesi 2019 meninggalkan kenangan yang bukan sedikit buat anak-anak lebih-lebih lagi dak Adik. Tahun terakhir belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) sebelum meneruskan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Manakala dak Kakak masih kekal di SMK(P) untuk sesi persekolahan 2020.

Dak Nuha pulak lain kerenahnya, merengek tak nak kembali ke sekolah dek 'cikgu garang' yang mengajar kelasnya.

'Ibu, boleh tak Nuha tak nak sekolah (SK) tahun depan, setahun je ibu. Nanti darjah tiga Nuha sekolahlah balik'. Punyalah dia tak suka dengan 'cikgu garang' tu.

Aku..? Will be like..? 😂😂😂
'Kalau Nuha tak nak sekolah tahun depan, nanti Nuha dah tak boleh nak masuk sekolah tu dah'.
'Yelah.. Nuha sekolahlah tapi Nuha tak nak 'cikgu garang' tu yang ajar Nuha'. Alahai Nuha.. ada je alasan KBAT dia tu.

Dalam tak suka nak kembali ke sekolah, guru kelas Sekolah Rendah Agama (SRA) dak Nuha pulak menceriakan hari terakhir persekolahan bersama anak murid kelas beliau. Ustazah kelas dak Nuha ni memang suka berkongsi pelbagai aktiviti dalam bilik darjah sejak dari awal tahun lagi dan akan menjadi kenangan terindah buat anak murid beliau.


Gambar kenangan dari ustazah Siti Hajar


Antara yang hadir menceriakan keadaan







Sayu pulak tengok gambar ni semua.. 😔

Apa-apapun Terima Kasih yang tak terhingga di atas jasa baik ustazah Siti Hajar dan semua guru yang mengajar kelas 1 Darul Naim 2019. Moga dihalalkan semua ilmu yang diturunkan kepada anak-anak kami semua. Juga moga rutin harian semua dipermudahkanNYA.


StatusHati: ...

6 comments:

  1. cuti sekolah mesti lah semua excited. hehehe ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Tamat persekolahan 2019. Jumpa tahun 2020 plak geng2 sekolah nanti

    ReplyDelete
  3. Hehehehe..cuti setahun tu yang lucu.

    ReplyDelete
  4. tahun depan kan kelas lain, mana tau takde dah cikgu garang tu... hahaah manja no anak bongsu tu hheheheh

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...