Followers Remaja Purba

Friday, August 30, 2019

Officially for my Anak Bujang


Sambungan kisah kelmarin di SINI..

Pagi..
Menyelesaikan sedikit urusan di hospital, sebelum menuju ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menguruskan permohonan kad pengenalan buat dak Adik dan ini pengalaman kedua aku di JPN bagi tujuan tersebut.


Jabatan Pendaftaran Negara, Petaling Jaya

'Sila Duduk. Anda akan dilayan sebentar lagi'.


DOKUMEN ASAL yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan:
Dokumen Pemohon (Asal)
Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA).
Passport bagi pemohon yang menetap di Luar Negara.

Dokumen Penganjur (Asal)
Kad Pengenalan Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga)
Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
Passport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara.

Dokumen Sokongan
Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur, perlu mengemukakan bil elektrik / bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan / perjanjian jual beli rumah / perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/Ketua Kampung/Tuai Rumah/ADUN/Ahli Parlimen/Majikan/Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN).
Maklumat lanjut boleh rujuk di dalam laman web JPN di SINI.


Memandangkan proses mengambil masa dalam masa dua jam, dari terkebil-kebil tak tahu nak buat apa, ku ajak dak Adik makan dulu. Lapar beb, dari pagi tak makan dek urusan di hospital sebelum tu.

Layanan yang diberikan oleh kakitangan JPN 'menyejukkan mata yang memandang'. 

DAN..
Officially for my Anak Bujang dah ada kad pengenalan baru. Besar dah dak Adik, hampir nak sama tinggi dengan aku. Apa-apapun, sila pastikan kad pengenalan tidak hilang. Ingat tu adik.. (yang sebenarnya dokumen tersebut ada dalam simpanan MakBudak).

StatusHati: ...

2 comments:

  1. besar dh anak bujang tuh... nk upsr pulak dh...
    mesti emak budak berdebar2

    ReplyDelete
  2. yeayy..anak bujang dah boleh kawen... ehh

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...