Followers Remaja Purba

Friday, May 3, 2019

Titik penyelesaian


Kisah semalam..

Umum mengetahui aku kini memulakan tugas di tanah jajahan baru. Segala yang berkaitan telah aku uruskan sebaiknya. Namun.. satu perkara telah membuatkan aku menangis sesungguh hati hampir seharian dek tekanan perasaan mengenai ruang kerja baru aku.

Tahap adrenalin aku meningkat lebih dari biasa gara-gara tiada titik penyelesaian pada awalnya. Aku berusaha seboleh mungkin untuk tidak berada di ruang kerja yang boleh menyebabkan aku murung sepanjang tahun. 

Aku tidak boleh berada di ruang kerja berdekatan dengan dia. Cukuplah apa yang telah kau lakukan sebelum ini, sabar aku ada hadnya. Akhirnya airmata yang cuba aku halang dari keluar dek kerana gangguan dan kesempatan yang kau ambil sebelum ini. Terasa trauma sangat-sangat. Bukan tak pernah ditegur secara baik dan berhemah demi untuk mengelakkan menjatuhkan airmuka kau itu tapi kalau dah jadi buluh tu, selamanya keras tak sedar diri..!!

Alhamdulillah.. selepas berperang dengan perasaan.. akhirnya selesai sudah isu ruang kerja tersebut. Moga hati aku sedikit tenang selepas ini. 

StatusHati: Berusaha untuk elak dari perkara buruk menjengah diri.

2 comments:

  1. akak masih keje ngn company sebelum ni ke kak? cuma brtukar cawangan atau bertukar ke company lain terus nih

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...