Menggigil badan aku pagi tadi dek kerana terlewat bangun, kelam sekejap dunia aku rasakan. Sudahlah hari ni first day in my life bertugas di tempat baru. Segala perancangan habis pecah seperti kaca berderai jatuh di meja hiasan.
Sudah menjadi kebiasaan aku untuk sampai awal di tempat kerja untuk mengelak dari tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Tahap adrenalin aku meningkat lebih dari biasa pagi tadi seiring dengan lajunya pemanduan aku, takde dah nak bersantai memandu sambil dengar Korean Song..
Alhamdulillah perjalanan dipermudahkanNYA dan kini perlu berhadapan dan memulakan tugas di tempat baru. Suasana baru, rakan kerja baru, tugasan baru... dipendekkan cerita semua barulah di tanah jajahan baru ini.
Segala kenangan akan terpahat kemas dalam lipatan memori. Oklah.. aku offline sekejap, akan mengambil masa untuk online kembali di sini.
StatusHati: Bukan bermaksud untuk berkongsi, sekadar luahan rasa di sini..
moga dipermudahkan semuanya.
ReplyDeletesemoga dipermudahkan semuanya di tempat baru..ameen
ReplyDelete