Followers Remaja Purba

Tuesday, April 30, 2019

Arahan Pertukaran


Bermula 2 Mei 2019, aku akan memulakan tugas di tempat baru. Suasana baru, rakan kerja baru, tugasan baru... dipendekkan cerita semua barulah di tanah jajahan baru ini. 'Takpe.. perlahan-lahan aku akan sukakan bahagian tersebut.. macam mana aku sukakan bahagian aku sekarang ni.' 

Sebenarnya keputusan telah pun diketahui pada bulan lepas dari pihak atasan. Sebelum itu, dah ada rumors melibatkan pertukaran pekerja di tanah jajahan baru  ni. Mereka pula yang 'lebih sudu dari kuah' tapi semua itu aku tak ambil peduli. Pada aku.. 'selagi tiada makluman secara rasmi, jangan percaya dengan rumors yang ada! Pedulikan, buat tak tahu je.' Aku tak nak rasa stress, biarlah ia 'go with the flow.' dan akhirnya terjawablah  kisah 16 hari aku di SINI.. 

Sumber en. Google
Hanya tinggal kenangan..

Prinsip aku mudah je..
'Asal kerja siap dan tak susahkan sesiapa, itu dah cukup baik bagi aku.'

StatusHati: Harus dipatuhi..

Monday, April 29, 2019

@@@ Korean Drama - The K2


Dek gara-gara Ji Chang Wook, gigih aku menonton drama action thriller yang dilakonkan oleh beliau. Kali ini drama Korea bertajuk The K2 menjadi pilihan aku yang mana sebelum ini berlakon di dalam drama HEALER seperti aku ceritakan di SINI.. Drama The K2 sudah ditayangkan pada 23 September 2016 hingga 12 November 2016 sebanyak 16 episode dan boleh ditonton di SINI..

#MakBudak baru nak tengok drama lama ni?
Macam yang ceritakan di SINI, hati aku tak segagah mana rupanya, Bila dah mula tengok, akan terjebak untuk menonton drama-drama seterusnya. Walau drama dah bertahun lama tapi disebabkan action thriller, itu yang aku suka.

Drama mengenai The K2
Young Kim Je Ha merupakan Mercenary Soldier for the Private Military Company (PMC) Blackstone yang pernah berkhidmat di Iraq dan dituduh membunuh Raniyya, kekasih beliau lalu ditangkap tapi beliau dapat melepaskan diri dan menjadi seorang pelarian. Kembali ke Korea dengan niat untuk membalas dendam kepada yang mengkhianatinya.

Watak Utama:
Choi Seung Hoon as Young Kim Je Ha
Lee Yoo Joo as Young Go An Na
Song Yoon Ah as Choi Yoo Jin
Jo Sung Ha as Jang Se Joon
Kim Kap Soo as Park Kwan Soo

Di dalam laporan perubatan dek sejarah semasa di Iraq, Young Kim Je Ha telah di diagnosis 'Post Traumatic Stress Disorder (PTSD). Sejarah tersebut tidak menghalang beliau untuk membalas dendam kepada mereka yang telah menganiayai beliau dengan mengambil peluang menjadi bodyguard kepada Go An-na, yang mana sentiasa dalam ketakutan disebabkan ibu tiri beliau. Hanya dengan cara tersebut, beliau dapat memastikan dendam terbalas di atas apa telah yang terjadi.

'If nobody touches me, nobody will get hurt'



'This man didn't need my command or permission' - Choi Yoo Jin

'He's a wolf..'

'You'll be able to go anywhere you want and do whatever you want'

 'Final Episode'



StatusHati: Ji Chang Wook..

Friday, April 26, 2019

Buang air di tepian Highway 🤔


Kisah petang tadi:
Ternampak sorang mamat ni dengan yakin dan selamba buang air di tepi longkang di tepian highway. Dah tak tahan sangatlah tu. Aku yang menahan ngantuk terus segar mata dibuatnya.. kahkahkah.. 😆

Kisah kedua pulak:
Di kaunter pembayaran di sebuah kedai, ku dengar suara budak menangis kuat tapi aku buat dunno je. Waktu aku nak bayar, masih lagi si anak menangis. Rupa-rupanya dia tak nak letak barang di kaunter untuk discan kodbar barang tu. Ibunya cuba memujuk si anak sambil mendukung seorang lagi anak.

Dengan niat nak tolong, spontan ku dukung si kecil bagi adik kaunter tu buat kerja. Lepas turunkan dia balik, lagi kuat dia menangis sambil berlari jauh dari aku, marah sungguh dia dekat aku.. kahkahkah.. 😆

Waktu itu aku cuma nak tolong.. itu aje dan tenang tanpa berpaling, langkah kuteruskan selepas bantuan ku hulurkan.

StatusHati: 🤣😅🤣😅

Pekakkan telinga dan pejamkan mata


Hari ini..

Jumaat terakhir bagi bulan April 2019.
Moga hatiku diberikan ruang sabar yang tinggi dalam cubaan mengelak diri dari anasir negatif yang menghampiri. 

Satu je..
'Usah dilayan, pekakkan telinga dan pejamkan mata. Bila dilayan itu yang makin menjadi-jadi.'

StatusHati: Aku..

Wednesday, April 24, 2019

Nak bercerita mengenai..


Terasa berat nak bermain kata di sini bila mana..

Nak bercerita mengenai keluarga #MakBudak, bukan semua boleh dikongsi di sini.
Nak bercerita mengenai makanan, aku hanyalah pembantu kepada #ChefHubby.
Nak bercerita mengenai tanah jajahan baru ni, memang langsung tak teringin.
Nak bercerita mengenai isu semasa, google je di media sosial yang ada.
Nak bercerita mengenai diri sendiri, sejak tak #PerasanSlim ni terasa berat je.

Andai terlebih bicara ada yang sentap pula nanti..
Sudahnya duduk mendiamkan diri di sini..

StatusHati: Dah tak lama lagi..

Tuesday, April 23, 2019

Kenangan disebalik Tahun 2012 - NAGA


Mengimbau kembali kali pertama kehadiran dak Nuha di dalam keluarga kecik aku di SINI.. 

dak Nuha sendiri yang ambil gambar dan posing begini..

Dak Adik pernah mempersoalkan kenapa panggilan 'adik' tak bertukar tangan. Kenapa tak panggil dia 'abang' dan dak Nuha 'adik'. Aku punya alasan tersendiri kenapa begitu dan begini disebalik panggilan nama anak-anak di dalam keluarga kami.

Hampir setiap hari dak Nuha mengingatkan mengenai tarikh lahir beliau. 'Ibu jangan lupa birthday Nuha nanti tau..' dan dia tak pernah meminta hadiah dari aku. Halah.. halah.. halah.. pagi lagi mata terkena bawang.. sebak aku rasakan dan hampir mengalir airmata..

Selamat Hari Lahir buat dak Nuha..
Happy Birthday to you my sweetheart..
Moga rutin harian dipermudahkanNYA..

Petang nanti..
Tak sabar nak balik untuk melihat reaksi beliau memandangkan pagi tadi dia dalam keadaan mamai bila aku ingatkan hari ni hari lahirnya..

StatusHati: Tak sedar masa berlaku dengan cepat..

Friday, April 19, 2019

Di sebalik kegelapan


Kisah semalam..
Tiada siaran ulangan hari ini mengenai kisah semalam dek kerana aku tak cukup tidur malam semalam. Dalam erti kata lain macam aku tak tidur langsunglah..

Kisah hari ini..
Halah.. halah.. halah.. siapalah yang terkuncikan bilik panel lampu tempat kerja di jajahan baru ni. Bergelap sementara skuad penyelamat tiba. Memang taklah aku nak masuk dalam keadaan yang gelap gelita tu. Bukan takut cuma seram je.. hahaha..

Spectacles 'HEALER' punya pasal di screen computer.. 😜

Inilah hasil di sebalik kegelapan tersebut, kita berehat sebentar bersama sarapan 'berat' sikit dari biasa, jangan mengantuk waktu meeting nanti sudah..

StatusHati: ...

Wednesday, April 17, 2019

@@@ HEALER an illegal 'night courier'


Aku kini dah jatuh hati dengan sebuah drama Korea bertajuk HEALER yang berbentuk Action, Thriller, Romance. Walau drama ni dah lama tapi aku dah suka nak kata apa kan..

HEALER drama release on 8 Disember 2014 until 10 Februari 2015  for 20 episodes seperti di SINI.. dan boleh ditonton di SINI.. An illegal 'night courier' who works as a Healer. He's not only with advanced technology and trusty hacker sidekick but also his superb fighting skills.

 'HEALER'

Watak Utama:
Ji Chang Wook as Seo Jung Hoo / Park Bong Soo / Healer
Park Min Young as Chae Young Shin / Oh Ji-an
Kim Min Kyung as Jo Min Ja / Ahjumma
Yoo Jie Tae as Kim Moon Ho

Code name: Healer

'What's the situation, over there?' - episode 1

He later falls in love with Yong-Shin

Costume Healer nampak cool.. aku suka.. aauumm... gggrrr..

Spectacles Healer yang awesome.. 👍

Final Episode - 20

'When you keep fighting, you eventually learn how to win.'

Episode 17:
'A man in his twenties, wearing glasses, who jammed a cap on. He even has fantastic martial art prowess.'

Kembali menikmati sesuatu yang dah lama aku tinggalkan waktu zaman #RemajaPurba dulu. Hati yang tidak sekuat mana seperti di SINI menambah lagi perisa. Walau ia hanyalah sebuah kisah bukan realiti tapi sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit zon stress aku.

TAPI..
#PenemanSepanjangHayat meninggalkan pesanan yang menusuk tajam ke jantung aku.. 'Jangan sibuk layan drama macam tu sampai takde masa nak layan abang..' kahkahkah..

StatusHati: Menarik + Tertarik..

Tuesday, April 16, 2019

DELETE


Aku memilih meninggalkan jejak di sini walau hanya sekadar satu perenggan kata. Tak kisahlah apa orang nak kata seperti di SINI..

Gembira..
Menangis..
Marah..
Kecewa..
Semua rasa terkandung di dalam blog #MakBudak ni..

Hari ini..
Writer Block..
Apa yang aku catat, ku delete semula.
Apalagi nak dikata..

StatusHati: Belum masanya..

Sunday, April 14, 2019

16 Hari..


Menghitung hari..
Tak lama lagi, hanya tinggal 16 hari je lagi..
Arahan perlu dipatuhi..

StatusHati: ...

Saturday, April 13, 2019

Aku memilih untuk 🎧


Aku dah kata..
Kan aku dah kata..

Aku dah pesan..
Kan aku dah pesan..

Aku dah tegur..
Kan aku dah tegur..

Tapi kau tetap sama..
Masih tetap sama..

Kau tahu tak..? 🤔
Kredibiliti aku sedikit tergugat dek apa yang terjadi.

Kau sedar tak..?
Nak aku 'kejutkan kau dari tidur' ke..?

Ye..
Aku memang marah..
Tapi aku memilih untuk berdiam diri.. 🎧

Ye..
Aku memang sakit hati..
Tapi aku memilih menulis di sini..

StatusHati: Terasa atas apa yang terjadi..

Friday, April 12, 2019

Gagah mengawal emosi


Tidur lewat..
Bangun awal..
Mata pedih..
Salah sendiri..

Gagah memandu seawal sebelum Subuh ke tempat kerja di tanah jajahan baru ini. Gagah menahan mata dari terlelap di kerusi. Ikutkan hati mahu bercuti tapi ada kerja 'last minute' menanti..


Sumber en. Google

Hari ini..
Jumaat - minggu kedua April 2019..
Terasa betapa cepatnya masa berlalu pergi..

StatusHati: Diam membisu mengawal emosi..

Thursday, April 11, 2019

Bukti Beyblade menjadi kegilaan..


Permainan Beyblade sangat diminati oleh kebanyakkan budak-budak sekarang ini termasuk dak Adik sendiri. Bila ada masa terluang pasti dak Adik tidak melepaskan peluang untuk bermain permainan tersebut bersama kawan-kawannya.

Bukti betapa Beyblade menjadi kegilaan..
Periuk nasiku menjadi mangsa keadaan

Tak cukup besen di rumah, sekali dengan periuk nasiku di'kerjakan' oleh dak Adik. Patutlah berdenting ting ting tang ting di ruang tamu rumah, rupanya membuat eksperimen bermain di dalamnya seperti video di atas. Dak Kakak tukang rakam, dak Nuha jadi penonton.. hailaa anak.. Tadah telinga jelah ibu kau ni.

Bukan setakat barang mainan tersebut malah ada anime mengenainya di SINI..

StatusHati: Rindu zaman #BudakPurba dulu..

Wednesday, April 10, 2019

'Mak akak dah takde'


Kisah lewat petang kelmarin..
Terkejut dengan berita yang tak disangka, ibu kepada kawan aku telah kembali kepadaNYA. Dia apatah lagi, hanya mengetahui ketika tiba di rumah.

Kisah semalam pula..
'Mak akak dah takde.' Dua kali kawanku itu bagitahu aku sebelum dan selepas subuh pagi semalam. Sedih menitik airmata aku, kawanku itu apatah lagi dan pagi semalam juga, aku dan beberapa orang kawan mengambil peluang menziarahi beliau.

Di Masjid..
Melihat cara urusan kafan allahyarhamah ibu beliau.

Di Tanah Perkuburan..
Melihat cara pengebumian allahyarhamah ibu beliau.

Sebelum balik..
'Akak nak ikut mak akak.' Menangis dalam pelukan aku. Sedih aku, sedih lagi kawanku itu. Sehingga selesai urusan tersebut baru kami kembali ke tempat kerja.

Aku..?
Ketika di masjid aku dah mula rasa sakit kepala dan sampai di tempat kerja migrain menyerang. Rasa nak muntah, rasa tak larat nak berurusan dengan orang tapi kugagahkan jua. Terima kasih pada yang memberi ubat kepadaku. 

Pagi ini..
#PenemanSepanjangHayat tak bagi aku kerja tapi aku yang degil. Maaf ye abang, tak dengar kata tapi banyak kerja menunggu memandangkan semalam hanya dapat menyiapkan separuh dari kerja tersebut. Hari ini migrain menyerang pula sebelah kiri.. hadaplah kau sorang-sorang ye MakBudak.. Degil, tak dengar cakap en. Hubby.. 😩

StatusHati: Bersabarlah menghadapi ujian dariNYA.

Tuesday, April 9, 2019

Kisah Ikan Laga


Baru-baru ini berlaku kejadian yang sama sekali tak kusangka telah terjadi. Dak kakak menghubungi aku, bagitahu ikan dak Nuha dah mati. Hah!Terkejut aku dek apa yang dak Kakak sampaikan ketika itu.

'Habislah ibu, mesti Nuha marah nanti.' dak Kakak bisik padaku.
'Macam mana boleh jadi macam tu..?' Soalku pada dak Kakak.
'Tak tahu ibu, tahu-tahu tengok ikan tu dah timbul.'
'Kakak tak bagi makan ke?'
'Semalam kakak lupa nak bagi ia makan. Macam mana ni ibu?'
'Takpe, tunggu ibu balik. Nanti kita kebumikan ia.'

Waktu ini aku tak perasan yang aku bercakap agak kuat hinggakan ada yang memandang aku dengan wajah terkejut sebab aku sebut 'kebumikan' sambil ketawa.

Petang, bila dak Nuha balik dari sekolah, aku bagitahu yang ikan laga dia dah mati. Dengan muka terkejut nak menangis terus ia belek ikan laga dia.

'Kenapa ia mati ibu?' soal dak Nuha.
'Sebab ia tak cukup nafas.' balas aku.
'Itulah gelojoh sangat.'
'Kenapa?' Pelik pulak aku dengan kata-kata dak Nuha
'Yelah.. kakak bagi makan ia laju je makan, tak sabar-sabar.' 😂😂

Nak tergelak aku mendengarkannya dan kutahan senyum dek jawapan dak Nuha itu. Aku risau kalau dia merengek menangis, satu hal pulak nak kena beli ikan laga baru.

'Ibu, nanti kita pergi tempat hari tu beli ikan laga yang lain ye ibu.'
DAN.. aku diam je, tak berjanji nanti dia tuntut pulak janjiku itu.

StatusHati: Hanya kenangan yang tinggal.

Monday, April 8, 2019

Sukar untuk 'dijinakkan'


Bukan luahan tapi sebagai peringatan.

Kebelakangan ni semakin sukar untuk 'menjinakkan' 'buluh yang sukar dilentur'. Kemuncak pada masalah tersebut, ada pihak yang membuat aduan dek sikap segelintir mereka ini.

TAPI..
Resam manusia.. pasti akan ada konflik disebalik aduan tersebut. Mulalah rasa yang menjengkelkan timbul. Seperti yang aku cerita sebelum ini, susah kalau orang tak boleh terima kenyataan ni. Cuba ambil apa yang berlaku secara positif.. bukannya sibuk bercakap dengan orang lain rasa ketidakpuasan hati tu. Bukan satu masalah pun andai kau boleh terima aduan itu dengan lapang dada, perlahan-lahan ubah apa yang patut diubah gara-gara dek aduan tersebut. Janganlah sekampung dengar suara kau itu.

Mengenali orang..
Bukan melepaskan bebas si Enggang sebaliknya si Pipit menjadi mangsa tangkapan.
di SINI..

Aku pun pernah laluinya hingga mendapat memo lagi dek 'hak peribadi aku dicerobohi'. Memang terasa sakitnya tapi andai dibiarkan rasa itu pasti dendam beraja disudut hati.

StatuHati: eeemmm..

Saturday, April 6, 2019

Never give up on something


'Never give up on something you really want.
It's difficult to wait but more difficult to regret.'

Aku adalah aku..
Bukan dia atau kamu..

dari en. Google..

Terkadang kita dapat masalah yang kita tak pernah sangka akan hadapi dan tak sangka kita mampu selesaikannya. Ingatlah.. semua masalah pasti Allah akan bantu.

Ketika ini aku sedang berhadapan dengan keadaan yang memerlukan tempoh bertenang dan berusaha untuk menyelesaikannya.

StatusHati: 'Go with the flow..' - sampai masa selesai jua..


Eh..! TAK JANTANLAH..!


Susah kalau orang tak boleh terima kenyataan ni. Cuba ambil apa yang berlaku secara positif.. bukannya sibuk bercakap dengan semua orang rasa ketidakpuasan hati tu.

Eh!TAK JANTANLAH kalau cepat sentap.. cepat emo.. hati tisu sungguh. Eh!Menyampah pulak aku dengan lelaki jenis macam ni.

Laki aku pun tak macam tu..
'Masuk kiri keluar kanan.. pekakkan telinga dan pejamkan mata..'
#TakPeduli
#Wakakukz

Bukakan pintu hati tu Bro.. pandang secara positive. Jangan ingkar perintah. Tak guna kau meluahkan perasaan bercerita kepada semua orang biar orang simpati pada kau Bro. Mereka semua tu hanya mampu menadahkan telinga je Bro..

Bersyukurlah dengan apa yang kau miliki. Cakap memang mudah.. ye aku tahu tu tapi tak guna nak meratap pilu Bro.. chill lah.  Bukan semua yang kau inginkan kau boleh dapat dengan hanya petik jari. Kalau kau dapat macam tu, tabik spring toing toing toing aku bagi pada kau Bro..!!

StatusHati: Menghitung hari..

Thursday, April 4, 2019

Ulangtahun ke 10 blog #MakBudak


17 Mac 2009, 
Pada tarikh ini tercipta entry pertama dalam blog #MakBudak di SINI..
Entry ulangtahun ke 10 blog #MakBudak aku dapat idea dari Uncle Gedek di SINI.. TAPI sayang, entry genap 10 tahun rupanya tiada di SINI.. 

Terfikir..
Di masa akan datang masih wujudkah lagi blog #RemajaPurba a.k.a #MakBudak ni?
Moga blog ini terus menjadi 'purba' selamanya..

StatusHati: Aku masih di sini..

Wednesday, April 3, 2019

Selamat Hari Lahir buat Ayah



HARI INI..
Perkara paling penting dalam hidup..

SELAMAT HARI LAHIR AYAH..
Walau Ayah semakin di mamah usia tapi kudrat Ayah masih kuat..

BUAT AYAH..
Moga Ayah sentiasa di bawah lindunganNYA.
Moga dianugerahkan kesihatan yang baik..
Moga Ayah dilimpahi ketenangan dalam meledani rutin harian.
Moga Ayah terus sabar dan sabar..


StatusHati: Lama rasanya tak jumpa ayah..

Majlis Perpisahan yang diraikan


Kisah pada 28 Mac 2019 yang lepas..

Satu majlis perpisahan telah dibuat bagi meraikan ketua bahagian aku yang telah tamat tempoh berkhidmat di tempat kerja di tanah jajahan baru ni.

Berkebetulan hampir sebahagian pegawai beliau tiada di tempat kerja kerana terlibat dengan urusan kerja di luar, namun majlis tersebut berjalan dengan baik dan menu pula ditaja oleh beliau sendiri.


Pulut kuning

Rendang ayam dan ada juga bihun serta kek dan kuih.
Manalah aku tak mengembang macam ni..

Lobak yang dibentuk menjadi seperti bunga..

Bersama ketua bahagian yang diraikan dalam majlis tersebut..

Hadiah buat beliau..

Namun, ketika sesi penyerahan hadiah aku tidak dapat turut serta memandangkan aku perlu bergegas pulang ke rumah. Bukan sengaja cuma rutin harian di rumah perlu diutamakan. Apa-apapun moga urusan doktor dipermudahkanNYA dan tidak 'menyusahkan' pihak lain. Biarkan kenangan itu berlalu pergi seiring dengan angin yang bertiup..

StatusHati: Perkara yang lepas jangan dikenang..

Tuesday, April 2, 2019

Hadiah dari Blogger Shikin Razali


Dah lama aku tak berada dalam kelompok top commentar di dalam blog mereka yang pernah atau biasa aku singgah. Kali ni akhirnya aku antara dalam senarai dan berjaya pula memperolehi hadiah dari empunya tuan blog. Terasa diri dihargai.. 😎

Kisah dari SINI..

Alhamdulillah..
Hadiah telah selamat diterima pada minggu lepas, mohon maaf kepada blogger ShikinRazali kerana lewat memaklumkan penerimaan hadiah tersebut memandangkan waktu itu tak berkesempatan nak singgah di rumah keluarga untuk mendapatkannya.

Sekali lagi, terima kasih di atas hadiah tersebut. #MakBudak sangat menghargainya.. 🤗😘

StatusHati: Lama dah tak join aktiviti macam ni..

Monday, April 1, 2019

Sesi Persekolahan kembali bermula


Kisah semalam dan kelmarin..
Alhamdulillah..
Dua malam berturut-turut hujan turun membasahi bumi. Mengurangkan sedikit rasa berbahang dek siang hari panas berdenting.. ting ting tang ting..


Hari ini..
Sesi persekolahan kembali bermula. Rutin harian dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha akan kembali seperti biasa.

Aku?
Sedikit risau dengan situasi di tempat kerja di tanah jajahan baru ini. Persiapan dari segi mental perlu ditingkatkan agar tidak sesakit rasa nak bersalin.. 😥 Walau apapun yang bakal terjadi, moga aku kuat dalam meledaninya nanti.

StatusHati: Kecewa di hati susah nak diluahkan..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...