Mungkin ada yang dah lupakan drama NUR ini tapi pada aku drama ini ada sesuatu yang kita mungkin tak pernah nak ambil tahu selama ini. Aku tak nak ulas mengenainya cuma sekadar nak berkongsi apa yang aku lihat dalam realiti kehidupan.
Sebagai perempuan lorong, adakah dia tiada hak untuk menyembah Allah dan mengenal Allah? - Drama NUR: Episode 17..
Seperti yang di SINI.. tiada tiada siapa yang mampu berubah menjadi baik dalam masa sehari, semuanya perlukan masa dan usaha yang berterusan. Jangan menghina mereka seolah-olah kita tak pernah berdosa. Kita ni kalau terus bersangka buruk dekat orang, sampai bila-bila pun semua depan mata kita ni kita nampak buruk je. Syaitan suka perangai macam ni. Senang kerja dia nak pecah-belahkan kita.
Betapa bertuahnya Adam..
'Hanya kerana Allah menggerakkan hati saya. Saya ikhlas memperisterikan isteri saya.'
DAN..
Bukan semua wanita itu bertuah mendapat suami sebaik Adam. Bukan mudah untuk memperoleh sesuatu berdasarkan apa yang diimpikan tanpa usaha dan doa kepadaNYA. Mungkin DIA ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran dan ketaqwaan kita kepadaNYA bila lelaki bukan seperti Adam menjadi jodoh kita.
'Isteri apa tak nak tolong suami kalau suami tengah susah. Zalim sangat tu.'
Ya!Itu ada betulnya tapi bergantung dan lihat pada keadaan. Andai suami itu sendiri memberi teladan yang tidak baik buat keluarga apa guna nak dibantu. Makin naik lemak jadinya nanti. Andai usaha telah dibuat namun tiada tanda-tanda menuju ke arah kebaikan malah makin menyusahkan, buat apa lagi ditunggu..
Namun.. lain orang lain jalan penyelesaiannya. Mungkin bagi kita nampak mudah tapi bukan pada orang lain. Bagi aku.. moga hubungan sedia ada ini terus dipelihara olehNYA. Moga hati dan perasaan terus kuat walau dugaan mendatang.
StatusHati: Sabar.. pasti ada hikmah disebalik tiap kejadian itu..
i actually love it sbb suke both main cast plus dpt byk msj from it.
ReplyDeleteray singgah
ReplyDeletewww.raydahalhabsyi.com