Followers Remaja Purba

Wednesday, September 12, 2018

Program Khidmat Masyarakat: Team Marhaen Puchong


Kisah pada 10 September 2018 - Isnin

Satu pengalaman yang menarik buat diri aku di mana aku hadir ke satu Program Khidmat Masyarakat yang diadakan di Padang Dewan MPSJ, Blok A22, Flat Taman Puchong Permai, Puchong, Selangor.

Pasar Marhaen nama diberi.



Pasar ini adalah inisiatif kaklong kawasan, Nell Farhana bersama teamnya iaitu Team Marhaen Puchong.


Ianya satu konsep pasar yang disasarkan untuk mereka yang kurang berkemampuan di mana ada barang, peralatan, pakaian yang masih boleh digunapakai dijual di sini dengan harga pastinya terkejut dan yang tak masuk dek akal dan hasil disebalik jualan tersebut akan diderma/diberikan pada golongan yang miskin/daif/memerlukan.

Manakala bagi keperluan makanan seperti beras, gula, susu tin, minyak masak diberikan kupon setiap seorang untuk meemudahkan pembelian selain bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Pembelian barang bagi:
Kupon kuning untuk 1 kampit beras 5kg = RM5
Kupon hijau untuk satu barang selain beras = RM1


Jualan ini disasarkan pada mereka yang SANGAT memerlukan untuk kegunaan mereka sendiri dan ahli keluarga. 

Sumbangan berbentuk makanan dan minuman


Turut serta Tuan Hamdan bersama tiga anak dara beliau dan juga en. Flame dan family..

Eh!Terasa makin besar nampaknya MakBudak..


Buat pertama kalinya, aku hadir mencari pengalaman di bawah nama Team Ondscene yang mengendalikan pemberian makanan dan minuman percuma di sana.  Selain bihun goreng yang telah siap dibungkus, tak disangka ada hamba Allah yang pemurah menyerahkan kuih donut dan karipap yang masih panas untuk turut diagihkan. Percaya atau tidak.. sebanyak tiga kali ianya dihantar ke meja kami dan syukur semuanya berjaya habis diagihkan.

Selain mengendalikan agihan makanan dan minuman percuma, team ini juga menyumbangkan 30 kampit beras 5kg untuk diagihkan dan dalam masa yang sama turut menyediakan sebuah ambulance sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga.


Satu kisah di meja kami..
Seorang warga emas lalu di depan meja kami tapi tidak pula seperti inginkan makanan yang ada. Lama dia memerhati dari jauh rupanya dan mungkin dia fikir perlu membayar untuk mendapatkannya. Dia kelihatan lapar... dan.. kami menyerahkan kepada beliau sewaktu beliau kembali lalu di depan kami. 'Pakcik ambillah, tak perlu bayar. Kami bagi percuma aje.'
Ada lagi kisah yang boleh menggugat emosi di SINI..


Dalam menjayakan program tersebut, ada 4 buah kek telah disumbangkan (maaf aku terlupa siapa penyumbangnya) untuk meraikan anak-anak di kawasan berkenaan yang dilahirkan pada bulan Ogos dan September. Seronok aku tengok anak-anak tersebut. Aku pun turut jadi teruja..

Mana taknya.. kalau melihatkan kek secantik ini..

Bersama kaklong kawasan..

Sementara itu, pemilihan pemenang dibuat..

DAN..
Tanpa dirancang, en. Syamsul Abas diminta menjadi penyampai hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna bagi kategori umur bawah 11 tahun. Juga dari PPUMs memberikan hadiah kepada pemenang bagi satu lagi kategori. Menariknya.. aku pulak yang teruja macam aku yang menang.. 😊



Tahniah buat semua pemenang..

Alhamdulillah.. Segalanya berjalan lancar walaupun pada mulanya hujan renyai-renyai.


#TEAMMARHAENPUCHONG
#darirakyatuntukrakyat
#ondscene #pasarmarhaen #susah #miskin #daif #sumbangan #fakir #marhaen #puchong #terkejut


Akhir sekali..
Bergambar kenangan..


Penat....
Walau bukan sebagai tenaga utama tapi tetap penat.
Kalau sebagai tenaga utama, tak tahulah macam mana penatnya.. 😰 


StatusHati: Hati belum cukup kental.. 😟


No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...