Followers Remaja Purba

Friday, September 28, 2018

Bagi dia Peluang cari Kebahagian dia.



'Kalau betul awak sayangkan dia, bagi dia peluang cari kebahagian dia.'

'Istighfar banyak-banyak, ingat Allah. Selagi kita ada Allah, kita jangan pernah rasa takut.'

'Kemurungan, stress sebab tak dapat jumpa anak-anak dia.'


Bermula 3 September 2018, sebanyak 15 episode arahan Eoon Shuhaini terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. drama Bahagia Bukan Bidaan yang bersiaran di TV3 boleh ditonton di SINI.


Sinopsis: 

Mengisahkan Ain Farhana (Hana) yang berkahwin dengan Azlan dan mempunyai dua orang anak, mendapat tahu Azlan menjalin hubungan sulit dengan salah seorang staf kepercayaannya, Aina telah memberi kesan yang besar terhadap hubungan mereka. Hana nekad untuk bercerai kerana gagal menyelamatkan rumahtangga mereka, ditambah lagi pengakuan Azlan nak memadukan Hana dan Aina menyedarkan Hana yang kesabaran dan maruah dirinya sebagai isteri dan majikan hanyalah sia-sia.

Kesan psikologi yang ditinggalkan oleh Azlan kepada Hana membuatkan emosi Hana semakin terganggu, lebih-lebih lagi ugutan Azlan untuk menghalang Hana terus daripada berjumpa anak-anak mereka. Kawan baik kepada Hana, Murni dan Talha, teman lama yang baru berjumpa tidak putus berusaha memberi semangat untuk meneruskan hidup semula disamping menjadi pendengar dan sabar dengan sikapnya.

Dalam pada itu, Nik Zachary (Nik) yang muncul beberapa kali secara kebetulan namun salam perkenalan tidak dilayan. Sewaktu Hana bergelut mencari pekerjaan lain, Nik memberikan pekerjaan kepada Hana dan mencari ruang mencuri hati Hana, yang pada awalnya tidak dilayan oleh Hana yang mahu hidup sendiri tanpa suami. Kesungguhan dan keikhlasan Nik akhirnya membuka mata hati Hana yang seterusnya diikat oleh Nik dengan tali pertunangan.

Namun, Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang dari mulut Nik sendiri. Hana yang salah faham dan merasakan dirinya perampas suami orang tanpa mengetahui kisah sebenar cuba melarikan diri. Apakah kesudahan drama ini, bolehlah saksikan di TV3 atau andai dah terlepas bolehlah menontonnya di SINI



Barisan Pelakon:

Nora Danish (Ain Farhana)
Adi Putra (Nik Zachary)
Zamarul Hisham (Azlan)
Ika Nabella (Aina)
Wan Sharmilla (Murni)
Arja Lee (Talha)
Jonathan Putra (Danny)
Lisdawati (Maksu)
Fauzi Nawawi (Paksu)
Azri Sabri (Lokman)
Mak Wan Julia (Rosnah)
Sherry Ibrahim (Kartini)


Dah semakin ke penghujung drama ini.
Biasanya kesudahannya baik aje. Kita tengokkan aje nanti.. hehehe..



StatusHati: gggrrrr... suka tengok Adi Putra..


1 comment:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...