Followers Remaja Purba

Friday, August 3, 2018

#NekPah - Jangan Benci Cintaku



Lelaki ni kalau nak tawan dia, nak ikat dia kita kena anggap macam kita main layang-layang. Kita lepaskan, kita tarik balik sikit. Jangan desak, jangan paksa. Lagi satu, janganlah fikir bukan-bukan. Minta yang baik-baik aje.

Kemain lagi #NekPah bagi nasihat..
Episode 17 - Minit: 35:52

==========================================


Kemelut rumahtangga yang dibina di dalam drama Jangan Benci Cintaku membuatkan ramai yang marah dengan situasi watak-watak pelakon di dalamnya.


Shahrizal Hayrat
Sebagai suami kau kena kuat dengan segala dugaan dan godaan. Kalau kau tak suka dengan isteri kau, lepaskan dengan cara baik. Bukannya dengan sini kau layan, sana kau layan. Apa sebenarnya yang kau cari? Isteri kau berusaha untuk berubah, belajarlah untuk menerima perubahan tersebut tapi kau masih layan perempuan lain. Suami jenis apa kau ini hah!


Rafeeqa Huda
Sebagai isteri kau pun ada salahnya. Tidak berusaha untuk menjadi seorang isteri yang menjaga hati dan rumahtangga yang baru dibina pada awalnya. Sayangnya kau lambat menyedari rasa hati kau terhadap suami sendiri dan kau terpaksa mengakui hakikat hubungan bakal berakhir..? Menyesal kemudian inilah jadinya. Kecewa dan tentu, sakit hati apatah lagi kan.. tapi jangan risau.. ramai je yang menyokong di belakang kau Feeqa. Tak percaya on FB..


Husna
Inilah puncanya penuh dalam FB dok marahkan kau dek sikap kau cuba meruntuhkan hubungan suami isteri. Keinginan kau terhadap suami orang menjadikan kau semakin popular ditambah pulak mendapat sokongan dari NekPah.. Wah..! Kemain lagi kau ye.. tapi jangan risau. Biasanya orang berniat tidak baik akan mengalami kekalahan dan rugi akhirnya. 'Orang tamak selalu rugi.'


NekPah
Orang tua ni ibarat - 'rumah kata pergi, kubur kata mari.' 
Pada aku - NekPah ni jenis orang tua yang menghampiri fasa usia nyanyuk. Merepek dengan usul dan cadangan yang dirasakan tidak betul kepada cucu sendiri. Tak fikir perasaan orang lain, pentingkan diri sendiri.


==========================================


Secara dasarnya, selagi boleh kita jaga hubungan suami isteri sedia ada sebaiknya, kita jagalah. Jangan sampai terputus talinya. Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Selagi boleh, janganlah libatkan orang ketiga bila dilanda masalah rumahtangga. Itu mencari pasal namanya.

Realiti kehidupan, ada yang berhadapan situasi lagi teruk dari apa yang disiarkan di dalam drama Jangan Benci Cintaku. Jauhkanlah masalah seperti itu dari menghampiri kita semua.. nauzubillah..



Statushati: HUSNA adalah nama anak aku.. dak Nuha.. huhuhu..



3 comments:

ejulz said...

nek pah mental.. hehe

Dunia Zumal said...

Teringat dialog tu. Hahaha

blasahje said...

uihh... nek pah nasihatkan siapa tu? Husna ehh? Episod ni tak tengok... Hari ni last episod kan?

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...