Satu kenangan waktu aku kecil dulu..
Peluang mengikut arwah Uwan aku ke sungai memang takkan aku lepaskan. Arwah Uwan aku ke sungai dengan tujuan mencari siput sedut dan rebung tapi cucunya ini teruja nak mandi sungai tujuan utamanya. Sungai yang cetek, air yang tak deras malah suasana yang tenang dan mendamaikan dah tentu menjadikan aku budak paling gembira dalam dunia masa tu aku rasa. Ditambah lagi aku dan adik merupakan cucu kesayangan arwah Uwan dan atok aku.. kahkakah.. ok.. sila jangan cemburu cucu-cucu Uwan yang lain..

Dulu... sungai ni jernih airnya dan lain bentuknya..
Perubahan bentuk muka bumi menjadikannya ia jadi lain..
Perubahan bentuk muka bumi menjadikannya ia jadi lain..
Inilah rupa Rebung sebelum semakin tinggi menjadi sebatang buluh..
Pak Ngah aku menjadi model bersama Rebung yang telah siap dituai..
Rebung yang telah dibuang kulit dan dicincang oleh mak aku sebelum disimpan/peram..
Bertahun aku tak turut serta mencari rebung. Lama sangat.. sejak aku berpindah ikut mak aku ke luar negeri (masih dalam Malaysia), sejak itu aku semakin lupa dengan sungai ini.
Namun, sejak mak aku kembali seperti 'sirih pulang ke gagang', aku kembali dapat merasa makan rebung, mak aku kirim sedikit rebung untuk aku. Pada mula hanya aku seorang yang makan, maklumkan anak-anakku tidak diajar sejak kecil dengan makanan exotic ini.
Dan.. baru-baru ini, bapa saudara aku bekalkan aku kulit kerbau a.k.a Jangek selepas Majlis Perkahwinan adik sepupu aku di Masjid Tanah, Melaka. Apalagi.. en. Hubby mencuba memasaknya buat kali pertama dengan mencampurkan bersama rebung selepas percubaan pertama beliau di SINI..
Kisah di SINI..
Sungguh tak sangka beliau menyukai rebung tersebut. Wah.. ingatkan budak kota tak pandai makan rebung dan paling mengejutkan aku, dak Nuha turut menyukainya. Dia seorang boleh hadap semangkuk lauk rebung tu. Pedas tapi sedap - ulang dak Nuha penuh selera.. huhuhu..
Nampaknya aku dah ada geng pemakan rebung macam ni. Tak sabar nak tunggu Aidiladha tak lama lagi. Rebung homemade dari kampung mak akan di masak di kampung my MIL. Moga ia menjadi kenyataan. Aamiin..
Nampaknya aku dah ada geng pemakan rebung macam ni. Tak sabar nak tunggu Aidiladha tak lama lagi. Rebung homemade dari kampung mak akan di masak di kampung my MIL. Moga ia menjadi kenyataan. Aamiin..
StatusHati: Rindu pada arwah Uwan dan atok.. Al-Fatihah..
sedap ni :)
ReplyDeletemasak lmak rebung dgn perut..sdap..:)
ReplyDeleteAl fatihah..semua tu kenangan kan..i pn pernah ikut arwah atuk pi cari rebung and tembak tupai...haaa...berani kutip tupai yang dah mati kena tembak?i berani...masa tu kecik la...
ReplyDeletebest kan duduk kampung, banyak menu alam boleh jumpa
ReplyDeleterebung macam ni sedap...manis :D
ReplyDeletebookmarked!!, I really like your site!
ReplyDeletekecur air liur menengoknya
ReplyDelete