22 Julai 2017 (Sabtu).
Dari pagi hingga ke tengah malam sibuk menguruskan majlis rumah terbuka yang dirancang agar berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.. urusan chef Hubby dipermudahkanNYA. Kalau beliau tak ada, siapa pulak nak masak menu untuk majlis tersebut kan.
Alhamdulillah juga, kawan chef Hubby turut datang membantu. Dalam tak sihat mereka satu family sanggup datang dari Puncak Alam. Terima kasih yang tak terhingga buat mereka. Tak lupa juga buat nenek dan atok yang datang dari rumah di P.J.
Periuk Kera ni aku ambil dari kampung bapa saudaraku.
Dekat dua bulan di rumah, itu yang bertukar warna jadinya.
Periuk kera yang telah siap diisi dengan beras pulut.
Part mengukusnya atok pulak yang buatkan dengan mengisi santan ke dalamnya..
Part mengukusnya atok pulak yang buatkan dengan mengisi santan ke dalamnya..
Inilah tulang belakang kami sebelum majlis bermula.
Buat kawan chef Hubby tu, moga beliau cepat sembuh hendakNYA.
Buat kawan chef Hubby tu, moga beliau cepat sembuh hendakNYA.
Selain dari menu utama, kari kepala ikan turut dijadikan hidangan dalam majlis tersebut.
Antara tetamu yang hadir..
Bersama blogger Makchaq..
Terima kasih Makchaq.. tak pernah miss datang ke rumah kami..
Geng dari tempat kerjaku..
Bab bergambar masing-masing memang tak dapat dipisahkan..
DAN..
Satu kejutan pada sebelah malam buat chef Hubby..
Nama Nuha pun ada sekali..?
Kena letak, tak nak bagi dak Nuha merajuk.. kihkihkih..
Nenek pesan beli ice cream, ambil gambar nanti post dekat nenek..
Inilah hasilnya.. lepas kena paksa dek kami..
Inilah hasilnya.. lepas kena paksa dek kami..
Terima kasih buat semua yang hadir pada hari tersebut dari petang hingga lewat malam. Maafkan kami andai ada yang kurang.. Kami cuba berikan yang terbaik. Maaf jugak kalau ada yang kami tak terlayan.
Last but not least..
Kisah di belakang tabir majlis rumah terbuka kelmarin..
Dak Kakak tercedera terkena wap panas ketika cuba membuka penutup periuk yang berisi kambing.
Operasi pembersihan selamat dilakukan oleh Dr. di klinik.
Alhamdulillah luka tak teruk dan takde kulit yang perlu digunting.
'Ibu dulu pernah kena macam ni ke..?'
'Pernah.. tapi takdelah sampai jumpa doktor. Ibu bawa kakak jumpa doktor sebab nak bagi jari kakak cepat sembuh. Kakak kan ada Ujian 2 minggu depan dekat sekolah.'
Buat dak Kakak.. moga cepat sembuh dan sila rajinkan diri sapu ubat pada tempat luka tu ye..
StatusHati: Dah boleh mulakan semula #PerasanSlim lepas Syawal ni..
meriah..:)
ReplyDeleteMERIAHNYA RUMH TERBUKA AI DI AKHIR SYAWAL..KESIAN DAQ UHA MOGA CPT SMBUH SAKITNYA
ReplyDeletewow bestnyaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletetahun ni 1st time sy makan lemang periuk kera tu...^_^
ReplyDeleteaduh akak, baca ntry akak ni baru teringat... sabtu lps akak jemput openhouse kt umah...
ReplyDeletekalau ikutkan mmg nk dtg, tp pagi sampai ke tgri ada sukan aiyan, ptg tu edy sambung msk opis sampai ke petang... mlm tu mmg betul2 lupe tentang undangan akak... maaf banyak2 ye kak..., kalu ikutkan niat nya mmg nk pergi... tp bila dh penat... sampai terlupa
meriahnya majlis...moga dak kakak cepat sembuh....rietta blom pernah makan lemang/ketupat periuk kera...nampak cam sedap je...
ReplyDeleteBila tengok periuk kera tu terus terbayang kesedapan dia. Dah habis raya ni memang tak jumpa la.. Mintak2 raya haji ada orang jual. Buat kakak, moga cepat sembuh :)
ReplyDeletesakan... meriahnya.. lahai tangan tu, moga cepat sembuh ya..
ReplyDeleteMeriahnya.. viral betul memang periuk kera sampai skrg mama x Rasa lagi
ReplyDelete