Hari ni.. 17 Syawal 1438H..
Terasa teratak #MakBudak ni diabaikan. Bukan sebab syok sangat beraya tapi rutin harian memaksa aku tidak dapat mengemaskini di sini.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni pasti meninggalkan banyak kenangan manis buat kita semua. Begitulah yang aku rasa. Nak kata gembira sangat pun tak elok juga sebab masih ada yang tak berupaya untuk menyambutnya. Buat mereka.. moga diberikan kesembuhan dariNYA dan dapat menjalani rutin harian seperti mereka yang lain.
Berbalik pada kisah raya aku tahun ni..
Seperti biasa, aku sangat jarang nak bercuti awal memandangkan tiap-tiap tahun pasti aku akan beraya di K.L dulu. Rasa cemburu je melihatkan kawan-kawan yang dah selamat tiba di kampung tapi aku masih di sini.
Hari terakhir bekerja, Dato CEO mewajibkan semua memakai pakaian Baju Kebangsaan untuk sesi bergambar kenangan. Aku..? Sekadar mencukupkan syarat..
Bersama Dato CEO..
Kisah penghujung Ramadhan sebelum cuti raya di SINI..
Kisah malam raya aku..
Urusan masak-memasak juadah hari raya untuk di bawa balik kampung dimasak khas oleh chef Hubby bersama dak Kakak.
Biasa orang bakar lemang macam yang di atas ni..
TAPI..
Lemang yang dimasak oleh chef Hubby..
Masak dalam tong dram yang ditutup.. ianya sangat mudah dan fleksibel..
Aku..?
Buat kerja selain dari memasak.. ekekeke..
Paling tak menahan, hampir seharian mencari tempat cuci kereta. Penuh semuanya. Sudahnya malam raya baru dapat hantar kereta untuk cuci kereta dan tahu di mana..? Tak jauh dari rumah aku je rupanya.. huhuhu.. Rugi minyak.. rugi masa je rasanya.
Terasa tak menang tangan dibuatnya sehari sebelum raya hari tu. Macamlah banyak sangat kerja yang aku buat.. hahaha.. Tak banyak gambar kenangan yang diambil, malah gambar chef Hubby dan dak Kakak masak menu raya pun tak kuambil. Sibuk ke hulu ke hilir..
Bila ku ingat kembali, rasa mengah dibuatnya. Macam pagi raya tu ramai tetamu datang ke rumah lagak letihnya.. walhal menu tu semua untuk di bawa pulang ke kampung.
Alhamdulillah semua kelengkapan untuk di bawa pulang beraya berjaya disiapkan, itupun selepas tengah malam baru selesai.
Bangun pagi raya..
Anak-anak teruja tak sabar nak beraya aku tengok.
'Ibu bila kita nak balik kampung..?'
'Ibu.. kita nak balik kampung mana dulu ibu..?'
'Ibu.. cepatlah siap ibu..?'
Fuh.. anak baru tiga tapi rasa macam ada enam pulak; tiba-tiba rasa macam tak terlayan. Mana taknya, dalam kepala dok ingat itu ini takut ada barang tertinggal di rumah.
Apa-apapun minggu raya tersebut berjalan dengan baik dan akan diupdate dalam entry seterusnya.
StatusHati: Ada sesuatu di penghujung Syawal ni..
senang la masak lemang guna dapur tue
ReplyDeleteSelamat hari raya. Baru tau bentuk tong masak lemang cara camtu.
ReplyDeleteselamat hariraya cikkak aizamia tuuu., ;p
ReplyDeletetime mengemas memang tak leh kacau nanti lupa
ReplyDeleteJanjiKita
SALAM LEBARAN AI..BARU TAU LA NI GITU CARA MSK LEMANG YA
ReplyDeleteWah! innovasi melemang cara tu.
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin
seronokla akak ada yg boleh di harapkan msk2 menu raya...
ReplyDeletekalau dana awal2 dh kms barang nk balik kg, baru semangat hehehehe
Salam 18 syawal.
ReplyDeletekat sini baraan/marhaban belum habis lagi.
Inovasi baru melemang.