Kisah petang pada 10 Februari 2017 yang lepas:
'Saya bercakap atas profession saya sebagai seorang Dr.'
Aku tahu dia terangkan keadaan/masalah kalau aku tak buat/tak ikut arahan yang dinyatakan.. TAPI aku cuma bagitahu keadaan aku yang aku bukan seperti yang dinyatakan. Aik..? Terus dijawab begitu.
Memang aku takde ilmu perubatan seperti beliau tapi tolonglah jangan jawab macam tu. Aku hormatkan dia as a Doctor tapi dalam masa yang sama jagalah sikit air muka pesakit.
Kalau aku ada kuasa, aku nak delete je report tentang aku sedari awal. Biar aku hanya focus on my physiotherapy je.
Tapi lain pula yang jadi pada 07 April 2017 (Jumaat) lepas:
Masa menunggu yang agak lama dari sebelum ni. Sampaikan ada yang hilang sabar dan marah-marah. Bayangkan lebih tiga jam sebenarnya aku, dia dan beberapa orang lagi pesakit menunggu giliran nak jumpa doctor. Walau dah bertanya pada petugas berkenaan, jawapan yang diterima 'kena tunggu nombor dipanggil'.
Pada aku, apalah salahnya lepaskan pesakit tu dahulu, sebab dia terlalu tua untuk menunggu lama, lebih-lebih lagi dalam keadaan sejuk aircond di hospital. Apalah salahnya 'potong Q' pesakit yang lain. Bagi aku, pesakit lain pun pasti akan setuju kerana keadaan beliau tersebut. Tiga jam beb.. tiga jam masa menunggu.
Aku?
Kali ni tak terasa nak marah sebab ada 'peneman'.. hahaha.. Berbaloi tunggu lama sebab dapat jumpa Dr. yang merawat aku masa aku warded 4 bulan lepas. Bagi aku berbaloi sebab kali pertama dulu aku jumpa Dr. yang 'dia je betul'.. 'jawapan aku dipandang sepi.' Seperti yang aku ceritakan di atas.
Dipendekkan cerita:
Hasil dari MRI baru-baru ni..?
Alhamdulillah.. result MRI aku tu NORMAL.
Barulah lega rasa hati ni.
DAN..
Pengakuan jujur aku kepada Doctor tersebut juga diambil kira.. takdelah 'jawapan aku dipandang sepi.' Doctor cuma berpesan kepada aku - 'Kalau berlaku lagi kes yang sama, you kena terima hakikat yang you memang sakit.'
Apa pengakuan jujur aku tu.. tak perlulah aku share.. cukup sekadar semuanya berjalan dengan baik dan tiada apa-apa yang pelik dalam laporan doctor. Next appointment lagi empat bulan.. Hopefully dapatlah aku jumpa doctor tersebut.. eerrr... rasa nak request je nanti nak jumpa doctor tersebut.. tak nak doctor lain.. hahaha..
Terima kasih pada semua yang mendoakan keadaan aku. Lepas ni bolehlah aku #PerasanSlim balik..
StatusHati: Masih dalam kawalan dan pemerhatian..
Banyak Dr,banyak pendapat..banyak ragam..dan adakala pesakit menjadi mangsa..terutama tekanan emosi.Ada Dr sangat toleransi (tetapi limited edition)..kebanyakkannya bertegas dengan profession sahaja..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga kesihatan bertambah baik akak.
ReplyDeleteDoktor pun ada macam-macam juga.
ReplyDeleteDapat doktor best seronok.
walaupun keputusan mri tu normal... kene jaga2 jgk tuh...
ReplyDeletejgn nk #perasanslim je kak oi.... kalau tibe2 pengsan kt umah sorang2 camne? sapa yg ssh nnti...
sakit apa ni?huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah..normal
ReplyDeletealhamdulillah normal...doktor pown ada yang garang...tapi ramai juga yang lemah lembut seperti harusnya keperibadian seorang doktor...
ReplyDelete2nd opinion tu penting kan. Ada doktor berintegriti ada yang material.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Keputusan MRI tu normal. Walau apapun, kena berjaga-jaga jugakan, Aiza.
ReplyDeleteAlhamdulilah....part tunggu result tu mmg seram. Tak suka ah....
ReplyDeleteYelah kan, agaknya diaorg tak mau ada konflik antara pesakit kot nanti Aiza....Kita mungkin tak kisah, tp ramai lagi yg kisah....
Memang tunggu result, apa apa result dari ujian bertulis ke ujian darah bagai, seram sesangat. BTW, syukurlah kan sebab semuanya okey.
ReplyDeleteJarang jumpa doctor, jadi x tau sangat fe'el dorang 😂 Semoga sentiasa dalam keadaan sihat wala'fiat 😉
ReplyDelete