Followers Remaja Purba

Wednesday, April 5, 2017

Cuak + Takut aku dibuatnya..


Kisah lewat petang semalam:

Dak Adik buat aku cuak + takut..
Orang lain semua dah balik sekolah tapi dia tak kunjung tiba. Apalagi.. start enjin kereta, sekolah kutuju..

Rupa-rupanya dia ada latihan bolasepak sekolah.. balik lambat. Van sekolah memang tak tunggu kalau ada yang terlibat dengan latihan sukan sekolah. Tak ku menduga.. dia lewat sebegini..


'Adik.. lain kali kalau ada latihan bola, ingatkan ibu. Ibu tak nak jadi macam ni lagi. Kelam-kabut ibu. Nasib baik ibu tak wasup group, kalau tak headline kau dik..'


Alhamdulillah, pihak sekolah memang menjaga anak-anak yang balik lewat. Semua kena tunggu dalam kawasan sekolah, selagi penjaga tak datang ambil, selagi itulah anak-anak tak boleh keluar. Bila penjaga datang, pihak sekolah akan pastikan bukan orang yang salah datang untuk mengambil anak-anak.

Memang terbaik pengurusan pihak sekolah. Tabik spring aku. Boleh calonkan mereka untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tu..



StatusHati: Cuak gila aku.. sekali dengan pengasuh aku risau..





9 comments:

  1. RISAU SGT KAN SOAL SANGKUT ANAK2 KITA NI

    ReplyDelete
  2. klu rietta pown dah cuak akk...sekarang ni rata rata skulah sedang latihan sukan...

    ReplyDelete
  3. sape je tak cuak kak. tambah sekarang banyak kes yang macam2

    ReplyDelete
  4. Kadang2 terlupa nak bagitahu. Zaman sekolah dulu, mak sampai call sekolah sebab anak dia ni tak balik2.. padahal... ada kelas kokurikulum bagai...

    ReplyDelete
  5. oklah pihak sekolah buat mcm tu..at least terjamin skit keselamatn ank..

    ReplyDelete
  6. Mahunya tak risau bila kita tunggu, anak tak balik-balik. Kalau saya pun dah kelam-kabut tau. Pernah sekali, saya tunggu anak depan pagar sekolah. Budak-budak dah nak hampir habis keluar sekolah, bayang anak bujang masih tak nampak. Saya dah cuak. Itu depan pagar sekolah punya cerita, kalau macam anak Aiza ni, lagilah cuak!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...