Followers Remaja Purba

Wednesday, April 12, 2017

Cara orang lelaki reply message orang perempuan



Baru taip beberapa patah perkataan, aku delete balik. Berulangkali aku buat macam tu. Idea ada.. banyak je draft yang belum aku publish lagi tapi nak mulakan 'karangan' tu.. alahai.. bab ni yang den lomah ni tapi bila dah dapat rentak.. berlumba-lumba pulak perkataan ni nak keluar dari kepala ni.


Macam yang ni..

Orang lelaki..
Bila kita mesej dia panjang lebar yang melibatkan tiga empat perkara tapi dia reply OK je.. atau nak lagi sadis dia reply satu huruf je 'K'.. geram je rasa.

Confius OK atau K tu untuk hal yang mana satu..
Nampak nau dia bukan nak baca. Kenalah send satu topik ke satu topik. Dah habis topik A, buka pulak topik B sampailah habis..

Masalahnya, kite ni nak cepat. Bagi feedback lambat maka apa yang kite nak terlepas. Bila call kata sibuk disuruhnya mesej je. Bila mesej haaa.. macam ni lah jadinya. Respond tapi buat kite rasa nak bertukar.

Takpelah abang.. lambat sangat respondnya, saya buat keputusan sendiri jelah ye abang tapi duitnya guna duit abang ye.. Lebiulah.. wakakaka..



StatusHati: Tak pernah berubah walau dah cuba..


8 comments:

  1. Saya baru tau ni.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terbalik pulak situasi kita. Haha!

    ReplyDelete
  3. kalo time hati tgh panas, memang bahana kalo reply "K" sahaja hahaha

    and kalo fae marah, fae pun reply camtu aduhai

    ReplyDelete
  4. Makchaq suka kalau dapat jawapan ok...
    Selalunya saja ja nak bg tau & memang nak suruh jawab ok ja.. jadi boleh la teruskan rancangan....😁😁😁 kalau tengok jawapan panjang mesti tau dah tak boleh... tu sebab makchaq lagi suka jawapan ok @ K ja..

    ReplyDelete
  5. selalu jgk kene... lps tu apa lg, trs sya anto wassap panjang lebar luahkan ketidak puas hatian lah... heheheh trs dia jwb betul2... kih3

    ReplyDelete
  6. Biasalah lelaki....semuanya ikut yg mana baik yg kita rasa kot. Yg penting, kita kita dah bagi tahu dia Aiza.

    Part claim balik tu wajib hihi...

    ReplyDelete
  7. Kawan sy selalu tegur suh reply whatsapp panjang2 😂 Dia cakap dia whatsapp sy umpama berwhatsapp dengan lelaki. Reply x pernah panjang 😏

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...