Anak-anak
aku jarang demam teruk sebenarnya tapi bila sesekali kena, berubah
360° rutin harian aku. Lagi sibuk berbanding waktu anak-anak sihat. Baik
dak Kakak, dak Adik atau dak Nuha memang mengikut perangai aku dan chef
Hubby. Bila sakit melanda.. ibarat mesin dekat kilang berhenti tak
boleh lakukan pengeluaran.
10 Mac 2017 (Jumaat - malam)
Walau tak sihat tapi nak ikut pergi pasang pelamin..
Pelamin untuk bertunang - anak member tempat kerja..
Waktu ni dak Nuha masih belum kebah lagi demamnya walau sebelum tu ada bawa berjumpa dengan doctor.. DAN bukan aku sengaja tak nak bawa ke hospital, berkebetulan hari berkenaan bukan setakat sibuk dengan pelamin, malah turut sibuk dengan penghantaran barang untuk catering pagi esoknya. Berharap sangat dak Nuha takde apa-apa masa ni.
11 Mac 2017 (Sabtu)
Kecemasan Pediatrik, PPUM
Selepas 4 hari masih tak kebah dari demam panas, Kecemasan Pediatrik, PPUM tempat dituju bagi mendapatkan rawatan. Doctor yang merawat memaklumkan perlu membuat ujian darah dan XRay ke atas dak Nuha kerana beliau takut ada jangkitan kuman pada paru-paru. Maka malam tersebut kami berkampung beberapa jam di situ menunggu keputusan darah dan XRay dak Nuha.
Tak cukup tidur.. tak cukup rehat.
Alhamdulillah.. bila result darah dan XRay dak Nuha keluar, doctor memaklumkan OK takde apa-apa cuma sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya masih takde perubahan maka perlu dibawa berjumpa dengan doctor semula.
Dan akhirnya..
Pukul 2am selamat sampai rumah.
Semalam.. 13 Mac 2017 (Isnin)
Dak Nuha semakin beransur sembuh.
Suhu badan pun dah kembali stabil cuma batuk masih belum pulih.
#MakBudak pun dah boleh tidur berdengkur semula.
Kalau tak.. tak dan berdengkur dah dikejutkan dengan rengekan dak Nuha.
Babah dia..?
Turut lega.. lena tanpa diganggu.
Kalau tak.. asyik kena paksa berjaga je..
Yelah.. mana aci aku sorang je yang tak cukup tidur.. wakakaka..
Sup Ikan dari Pengasuh dak Nuha..
Nanti satu hari aku akan cerita kisah pengasuh baru dak Nuha ni..
Nanti satu hari aku akan cerita kisah pengasuh baru dak Nuha ni..
Hari ni dah hari ke-5 dak Nuha tak bersekolah. Di sekolah beliau pun ramai yang tak hadir ke sekolah disebabkan demam, batuk, selesema teruk. Moga semua anak-anak kita sihat dan dijauhkan dari sebarang penyakit.. Aamiin..
StatusHati: Ada majlis besar di kampung hujung minggu ni..
StatusHati: Ada majlis besar di kampung hujung minggu ni..
aamin
ReplyDeletedemam berjangkit lah ni kot kak...
ReplyDeletesian dak nuha, moga cpt sihat hendaknya
Syafakillah..
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh..
Kesian tengok dak Nuha tu..
MOGA DAK NUHA SEGERA SEMBUH
ReplyDeleteSemoga Nuha cepat sembuh..dan semoga majlis berjalan lancar
ReplyDeleteJanjiKita
moga dak nuha cepat sembuh....
ReplyDeleteAlahai kesian.
ReplyDeleteSekarang memang musim demam yang tak ketahuan punca.
Moga semuanya baik-baik saja... kalau anak-anak sakit memang tek dapat tidur lena lah...
ReplyDeleteBetul sanagat Aiza kalau anak demam mmg kita tak dan nak berdengkurlah....hihi... Alhamdulillah, dak Nuha dah semakin sembuh.
ReplyDeleteHish...mengancam pulak tengok sup ikan tu. Lama tak masak sup ikan