Followers Remaja Purba

Thursday, March 30, 2017

Antara basikal, paip pecah dan kereta


Kisah petang semalam.

Belum pernah dalam sejarah aku memandu di Federal Highway tiba-tiba ada kejadian yang tak disangka berlaku. Biasanya motor yang akan mencelah di antara kenderaan yang terkenal dengan kesesakannya itu tapi petang semalam - seorang pakcik menunggang basikal.

Basikal beb! Bukan basikal tua tapi mountain bike ditunggangnya. Kudrat beliau sangat kuat TAPI dengan cara beliau itu sebenarnya sangat membahayakan diri beliau. Nauzubillah andai ada kenderaan yang tidak perasankan beliau, bukan ke akan menyusahkan diri beliau sendiri malah akan menambahkan lagi kesesakan sedia ada..


Seorang pakcik menunggang basikal di celahan kesesakan lebuhraya..


Moga beliau selamat sampai ke destinasi..
Harapnya tiada lagi kejadian seperti itu hendakNYA.




Kisah pagi tadi pulak..

Bertabahlah ye bagi yang berhadapan dengan kesesakan di NKVE dari arah Setia Alam - Shah Alam - Subang Jaya kerana pemandu-pemandu memperlahankan kenderaan menyaksikan satu pemandangan yang jarang dilihat berlaku pagi tadi.

Awalnya aku bayangkan ada kemalangan yang berlaku kerana kesesakannya luar biasa dari kebiasaan. Pada paparan papan elektronik pun takde dinyatakan apa-apa selain dari kesesakan. Akhirnya bila dah sampai di kawasan kejadian, barulah tahu punca kesesakan berlaku DAN inilah punca aku lewat sampai ke tempat kerja.. lewat setengah jam dari waktu biasa aku sampai.



Satu Pembaziran yang bukan sedikit berlaku..

Paip air pecah..
Macam tengah tengok pesta air pancut pulak..




Kisah yang ni pulak..

Ini antara contoh pemandu yang tak faham bahasa..
Hampir 1km aku TERpaksa follow belakang dia ni sebab sebelum laluan ni, aku tak boleh mencelah kiri atau kanan kerana pemandu lain pandu lebih laju..



Aku jarang nak up gambar mereka yang sengaja nak 'tunjuk taring' yang tak cukup tajam tu. Bukan setakat 'high beam'.. hon panjang sekali aku bagi tapi takde respond untuk beri aku laluan. Kau dahlah pandu perlahan, janganlah duduk lane laju.

Bukan ini je tapi setiap hari pasti akan ada pemandu macam ni. Bukanlah aku harap kau pandu laju macam formula one tapi sekurang-kurangnya bagilah respond, alert ketika memandu. Jangan memandu bawah 80km di laluan kanan lebih-lebih lagi laluan yang terkenal dengan kesibukan yang masing-masing nak cepat ke destinasi.

Please be more alert.. alert.. alert. Jangan tunjuk sangat 'Ah!Peduli apa aku..!'
Janganlah memandu macam nak pergi honeymoon, macam sedang menikmati pemandangan tepi pantai lagaknya.



StatusHati: Damn..! Rosak mood aku hari ni..




9 comments:

  1. Sama la kita...lambat sampai ke tmpat kerja..sebab perlahan utk saksikan pancuran air..huhu

    ReplyDelete
  2. Bawak macam siput kat lane kanan memang kita yg dok ikut boleh naik darah.. tambah2 time kita nak cepat..

    ReplyDelete
  3. Fae baca yg last part pun ikut gerammmmm

    ReplyDelete
  4. pakcik tu mungkin dah terpaksa, maka kita yang berkereta bermotor ni harus berjaga-jaga sentiasa,,kena fikir mungkin ada basikal nak lalu..gitulah hehe
    Jemput Join Segmen Blogwalking Janji Kita

    ReplyDelete
  5. nk wat camne kak, dh kalau basikal tu je yg pakcik tu ada... sian dia

    biasalah kt malaysia, ada kemalangan skit jem berjela2... ni nmpak air pancut lg lah jakun

    ReplyDelete
  6. Agaknya pemandu tu kurang arif undang2 kot, hehe..jangan marah eh. Tapi mmgla menguji kesabaran bila berhadapan dgn situasi mcm ni.

    ReplyDelete
  7. bahanyanya pakcik basikal tu...kt cni pown mkin ramai yang naik basikal mcm tu, tpi alhamdulilah...dorg naik kt lane kiri....

    ReplyDelete
  8. bahaya pakcik tu. tambah kalau orang tak perasan. kadang kalau kedudukan dia dekat blind spot yg buat kita tersinggung dia tu.

    air pancut tu kalau dapat buat mandi tu tambah pulak dengan keadaan air rumah kitorang yang kalau kencing lagi laju ni hekhekhek

    memang sakit hati kalau tertembung dengan driver mcm tu. rasa mcm nak bawak lori lepas tu langgar je dia. menyusahkan orang!!!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...