Followers Remaja Purba

Monday, February 13, 2017

Takdelah jadi bahan bicara jiran keliling


Kisah petang semalam..

Atas pujukan dak Kakak, dalam tak larat, aku luangkan juga masa membersihkan kawasan belakang rumahku dengan hanya menggunakan tulang empat kerat. Berbekalkan sarung tangan dan sebatang cangkul, bersungguh-sungguh aku dan dak Kakak mengusahakannya.

Dak Nuha..?
Turut sama menyibuk mencabut rumput yang ada. Tak menahan rumput yang dicabut terus terkena mukaku.. Habis berpasir mukaku hingga termasuk ke dalam lubang hidungku. Alahai Nuha.. nasib baik tak masuk dalam mata ibu tau. Sudahnya ku suruh dia hanya jadi mandur di pintu belakang rumahku.


Sebelum..
Ini adalah lalang bukan serai..

Walaupun tak sekemas mana tapi..
Sekurang-kurangnya takdelah nampak kehutanan sangat kan..
Sakit pinggang jangan tanyalah.. terasa nak demam dibuatnya.


Perbezaan sebelum dan selepas..


Oklah kan..
Sekurang-kurangnya kucing-kucing gelandangan yang datang nak makan dekat rumah aku, takdelah terpaksa lalu di celah-celah semak-samun yang ada tu. Selesalah sikit kucing-kucing tersebut nak makan.

Bila dah terang macam ni.. mulalah nak gedik memujuk peneman sepanjang hayat untuk alihkan pokok-pokok cili yang ada tu ke tanah belakang rumah.. tapi apakan daya.. kesibukan dan kesukaran beliau mendapat cuti terpaksalah ditangguhkan.. hingga lalang naik semula nanti..?? eemmm..

Tapi..
Apa yang penting.. selesa dan takdelah jadi bahan bicara jiran keliling..


StatusHati: Masih rasa tak sedap badan..



12 comments:

  1. bestnya ada kawasn yag boleh dibuat tanaman...baik tanam serai dari tanam lalang ...hehehe

    ReplyDelete
  2. sian akak... dh tak sihat di kerjakan jgk lalang2 tuh...

    pasni suh en hubby simenkan je trs tuh kak, tak pyh risau nk tumbuh lalang lg

    ReplyDelete
  3. Rumah akak semua dah disemin aiza..
    Kes macam ni lah tak sempat nak mengemas belakang.
    Takut yg menjalar tu jer dtg bertandang kan..

    Rehat kan badan tu aiza..

    ReplyDelete
  4. Kalau belum ada masa sementara dah bersih tu tutup aje dgn tikar getah atau plastik dulu. Kalau rumput nak tumbuh pun susah sikit. Rugi kalau tak ditanam apa-apa. Pokok serai senang hidup. Kunyit dan halia pun senang hidup.

    ReplyDelete
  5. moga2 keluar peluh menebas rumput tu bdn jd sihat sikit ... buat senaman otot ...
    ai suka mengerjakan tanah sekankang kera tu ... tp skrg ni mls melanda .... tgk sepi je pokok2 tanaman tu .... tgu la lps nenanti dtg balik rajinnya

    ReplyDelete
  6. Penat ya ai xpalah keluarkan peluh sedikit smbil main2 dgn dak nuha

    ReplyDelete
  7. Depan dan belakang rumah kakcik semua sudah disimen, jadi tak adalah pokok yang boleh tumbuh kecuali kalau rajin menanam dalam pasu... :)

    ReplyDelete
  8. sebaiknya begitulah..kalau semak merbahaya pada kita dan jiran-jiran..
    tapi tulah simen jelah cara terbaik..hihi..sebab rumah saya simen terus..takdok tanah..
    tengok rumah jiran-jiran yang tak bersimen,,memang lalang naik sampai dah sampai sama tinggi saya..agak berbahaya

    ReplyDelete
  9. Haa..moleklah tu tanam pokok y basic2 cam daun pndan , serai , cili.. Kt prumahan lya mujur pekerja majlis perbandaran mai mesin rumput setiap bulan.. Klo x..xtau la camner.. Bukan ada msa sgt nk mgadap kan.. Kna cari msa betul nk tebas menebas ni

    ReplyDelete
  10. tutup dgn plastik pon boleh kak supaya rumput x tumbuh 😄

    ReplyDelete
  11. belakang rumah kira bersimen. kalau tidak sama dengan jugak la belakang rumah kita kak. hihihihi

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...