Followers Remaja Purba

Wednesday, February 1, 2017

Makan besar Yee Sang pada Hari Lahir #RemajaPurba


Boleh dikatakan hampir setiap tahun aku akan menyambut hari lahir pada Tahun Baru Cina. Sepatutnya kami makan besar pada malam Tahun Baru Cina tapi memandangkan peneman sepanjang hayat balik lewat makan terpaksalah ditangguhkan malam keesokkannya.


Ketika orang lain dah puas makan limau, aku baru dapat merasa pada Sabtu lepas..

Hadiah dari Kit Kat.. kihkihkih..
'Ni ibu punya.. Kit Katnya korang makanlah ye..'


DAN..
Kemuncak pada makan besar 'Yee Sang'.. diraikan bersama family SIL pada malam 28 Januari lepas. Lewat sehari dari jadual asal. Takpelah.. janji aku dapat merasa. Berkebetulan chef Hubby ada tempahan memasak maka agak terbatas nak berjalan sakan cuti kali ni..


Dibuat khas oleh sifu chef Hubby..


Kali pertama menikmati Yee Sang..

Dalam bahasa Cina, perkataan "Yee" bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan "Sang" pula merujuk kepada mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan. Pendek kata, hidangan Yee Sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur. Sumber asal dari SINI.


Dalam masa yang sama..
Keinginan nak jumpa Van Diesel, budak botak 'xxx: The Return of Xander Cage' tetap meluap-luap. Memandangkan chef Hubby tak boleh teman, my SIL yang jadi mangsa aku. Filem yang mengumpulkan ramai pelakon popular dan apa yang boleh aku katakan.. filem ni sangat best pada pandangan mata aku.. ggrrr... aaauuuwwww.. aaauuummm.. mioowww... hehehe..

Nanti aku share kisah aku jumpa budak botak ni.. kihkihkih..


My Favourite cake..
Masuk hospital tahun lepas pun, kek ni jugak yang aku dapat..


Sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan di Setia City Mall.
Masa ni tak bawa dak Nuha, kalau dia ada.. aku rasa mahu dia ikut vontot singa tu..
Bab selfie bagilah dekat dia.. tak kira tempat nak bergambar..



Apa-apapun, sambutan Hari Lahir aku pada tahun Tahun Baru Cina kali ni diraikan seadanya. Part yang tak best bila chef Hubby sendiri lambat wish buat aku.. Geram lak rasanya sampai tahap 'Tunggulah.. akan kubalas nanti..' kahkahkah.. gelak jahat..



StatusHati: Moga bahagia ini berkekalan hendakNYA.. Aamiin..



6 comments:

  1. 'Semoga bahagia ini berkekalan hendaknya'

    Aamiin Ya Rabbal Alamiin...

    ReplyDelete
  2. yummy...rietta xpernah makan yee sang...hehehe...semua tu jenis jenis sayur erk?

    ReplyDelete
  3. happy birthday dear.smoga trs dikurniakan ksihatan y baik bpnjngan hendaknya,,

    cantik mug kit kat tu..lya tgk pon bkenan...
    ehh..x pnh mkn lg yee sang tu..rsa camner ye??

    ReplyDelete
  4. IM BACK BEBEH...

    hahahaha...umah i bersawang giler terok!!!...penat i berkemaih pagi ni...btw, hepi belated besday...

    kek sodap!!!

    ReplyDelete
  5. saya tak pernah lagi makan yee sang seumur hidup.. huhu. nak cuba jugak 1 hari nanti

    ReplyDelete
  6. wow sonok senyum sampai telinga la tu hihihihi. kira tak pernah makan yee sang. ada la jugak sikit sikit rasa teringin tu hihihi

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...