Followers Remaja Purba

Wednesday, February 22, 2017

SIKAP Segelintir Ibubapa


Kisah menghantar dan mengambil anak balik sekolah.

Dulu..
Aku pergi sekolah jalan kaki je, takde pulak ayah nak hantar ke sekolah.
Nak kata sekolah dekat tak jugak.

Sekarang..
Pergi berhantar, balik berjemput.
Itu situasi yang anak-anak zaman sekarang lalui.
Macam anak aku, pagi Babah dorang akan hantar ke sekolah, hanya balik sekolah dijemput oleh van sekolah sebab tempat tinggal aku agak jauh dari sekolah.


Ketika dak Kakak masuk alam persekolahan - darjah satu.
Apa yang aku perhatikan.. ada ibubapa yang berdiri secara berjemaah depan pintu pagar sekolah hingga menghalang laluan keluar masuk ke dalam sekolah. Tu belum lagi yang bermotosikal pun turut memenuhkan ruang yang sama. Bila loceng berbunyi, makin rapat mereka berjemaah. Aku tak faham kenapa keadaan macam ni berlaku.


Apa pula yang aku lakukan waktu itu?
Dulu.. aku akan parking jauh sedikit dari kawasan sekolah sebab aku tak nak susahkan orang lain dan aku tak nak kena maki. Aku sanggup jalan jalan kaki dan tunggu tepi sekolah. Sekurang-kurangnya aku bukan salah seorang yang buat jalan jadi semakin sesak dekat depan sekolah.

Tak payah nak tercangak-cangak berjemaah depan pagar sekolah mencari anak yang berpusu-pusu keluar dari kawasan sekolah sebab dari awal aku dah pesan pada dak Kakak;

'Tunggu dekat pondok dalam kawasan sekolah. Selagi ibu tak sampai jangan keluar dari kawasan sekolah, tak payah nak keluar cari ibu.'

Dulu, sekolah lama anak aku tu, ada pondok berhampiran pondok pengawal sekolah. Jadi, sementara nak tunggu aku sampai, memang dak Kakak akan tunggu dekat situ, ada masa aku lewat sampai sebab jalanraya yang sesak. 


Sekarang, takde masalah sebab anak-anak bersekolah di kawasan kampung. Jauh dari hiruk-pikuk sesaknya jalanraya. Waktu aku sampai untuk ambil dak Kakak pun kawasan sekolah dah mula lengang.

Sampai terlelap-lelap aku tunggu dak Kakak keluar dari kawasan sekolah.
Sekarang dak Kakak dah sekolah agak jauh dari rumah dan balik sekolah naik van sekolah. Dak Adik pulak waktu balik sekolah lebih lambat dari aku dan balik naik van sekolah.. jadi aku terus balik rumah dan masak untuk makan malam..



Kepada segelintir ibubapa ni..

Jangan buat keras kau tu je, tak fikir keadaan orang lain. Kesian pada anak-anak terutama murid darjah satu, tercangak-cangak mencari kelibat ibubapa mereka atau lebih haru, andai mereka naik van sekolah. Dahlah depan kawasan depan sekolah di'reserve' oleh ibubapa. Dengan beban beg sekolah yang berat, badan anak yang kecil molek kena pulak berjalan jauh mencari van sekolah mereka.

Jangan pentingkan diri sendiri. Semua orang nak cepat... nak kejar masa tapi kalau ada sedikit ehsan dalam diri tu takdelah jadi serabut kawasan depan sekolah tu. Belajarlah bertolak-ansur.. andai kita mudahkan orang lain, dah tentu urusan kita dipermudahkanNYA.



StatusHati: Senyum itu Sedekah.. Tak cacat pun muka kau tu kalau senyum dekat aku..

 

12 comments:

  1. Sekolah anak kakak dulu tak benarkan kereta ibubapa parking di depan sekolah.

    ReplyDelete
  2. sampai macam tu sekali kan..emm...diorang pun kena alert orang lain jugak..tak boleh fikirkan diri sendiri

    ReplyDelete
  3. Teringat zaman PC sekolah...kalau babah jemput...hui....jauh tunggunya..bila PC lambai2 baru babah datang dekat(babah pesan nampak babah lambai je..babah sentiasa tunggu dan tengok pagar keluar tu)...PC tanya babah nape tunggu jauh,tengok bapak orang lain tunggu depan pagar...babah cakap ganggu cikgu nak keluar balik..takpe jauh sikit..pahala lebih sikit..

    ReplyDelete
  4. Kat sklh cikna pun sama tggu dpn pintu gate smpi m'halang laluan kami, klu blh parent nk bawa kndrean tggu dpn pintu kelas sdgkn pihak sklh sediakan tmpt m'nunggu utk parent...'

    ReplyDelete
  5. anak-anak sekarang dah berdikari lebih dari usianya

    ReplyDelete
  6. blm ada anak sekolah.tak blh bygkan macamane situasi edisi anak sy sekolah pulak..huhu...

    ReplyDelete
  7. betui sesangat ... van sekolah anak kena park jauh skrg ni sbb parent sebuk parking dpn sekolah ..... nk usul dlm pibg la kes ni supaya pibg boleh bw dlm mesyuarat dgn sekolah ...minta guard reserve parking utk van sekolah....utk makluman anak kite tak naik van tp kita kesian ngan budak2 yg naik van tu je

    ReplyDelete
  8. Bila macam-macam kat sekolah.
    Sebab tu agaknya ibu bapa jadi macam tu.

    ReplyDelete
  9. sy skola dulu memula ikut bapa nek keta, sebab sekali jln. bila dilantik jd pen. ketua kelas, sy start jln kaki sebab cikgu sindir 'sampai bila nak naik keta kuda?'. pagi jln kaki ke skola, pastu balik tngh hari pun jln kaki. dlm jam 1 lebih, jln kaki lg ke skola, jam 5 jln kaki balik rumah. dlm 20 minit jugalah. form 1, masuk skola asrama. memang confirm jln kaki. ehhh, apsal komen sy ni pasal jln kaki 😂😂😂

    ReplyDelete
  10. zmn dana dulu, kul 6.30 pg abah dh antar pi sekolah rendah pastu tunggu kt kedai jual kuih sampai kul 7, lps tu slow2 jln pi sekolah sedangkan sekolah tu dkt je ngn umah... dh sekolah menengah pi sekolah naik moto sndiri...

    mmg beza cara ibu bapa kt kg ngn kt bando, kt kampung yg amik naik moto, tak sesak jln mcm kt kl nih... jln pun luas... kt bando udahla semua naik kete beso2 nk pulak tunggu dpn sekolah, itu yg sesak jdnya

    ReplyDelete
  11. Setuju sgt..sama j dgn suasana kt sini.. Kdg y parking kete dpn pgr sekolah..mmg mghalang laluan sgt..masing penting diri..sdgkan semuanya nk ambk ank2..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...