Followers Remaja Purba

Wednesday, September 21, 2016

Mengantuk dengar ceramah Syamsul Debat?



Satu program pemantapan rohani telah diadakan di tempat kerjaku pada hari Isnin 19 September 2016 yang lepas. Penceramah jemputan yang dijemput kali ni sangat menarik perhatian aku.
Dengan loghat Negeri Sembilan, wajah yang bersahaja, sangat lucu tapi tajam menikam ketika menyampaikan ceramah, beliau berjaya menarik perhatian kami semua sepanjang sesi ceramah tersebut.
Takdelah yang aku tengok tak gelak.. takdelah yang mengantuk aku tengok. Masing-masing teruja termasuklah aku sendiri. Yelah.. asyik tengok dekat tv.. kali ni live.. depan mata lagi.


Sebahagian kecil dari ceramah hari Isnin lepas oleh Tuan Syamsul Debat.

Tajuk: Keikhlasan Bekerja Kerana Allah
Oleh: Syamsul Amri Ismail a.k.a Syamsul Debat

Sesuatu bermula dengan niat.
Dah dapat benda baik, ambil benda buruk buat apa?
Manusia bila dah dapat, dia mudah lupa.
Apa-apapun, semak semula niat kita tu.


DALAM BIDANG PEKERJAAN:

Allah Segala-galanya.
Ikhlaskan diri dalam bekerja. Walau tak dapat anugerah tapi boleh jadi kita akan dapat dapat bentuk lain. Allah dah susun yang terbaik buat kita.

Bantu-membantu dalam satu organisasi.
Pengarah bertanggungjawab di atas tindakan yang dilakukan oleh anak buahnya.
Perkara yang boleh selesai di dalam jabatan, selesaikan di dalam. Jangan sampai orang luar tahu.

Cakna - Ambil tahu (kerja orang lain).
Dalam sesebuah organisasi, aset utama menjadikan organisasi berfungsi pastilah anggota kerja iaitu manusia atau human capital. Jika setiap pekerja peduli kerja orang lain, maka secara langsung proses kerja menjadi lancar kerana semua menjalankan fungsi dengan berkesan. Pihak pengurusan mestilah bijak memainkan peranan sewaktu pekerja ditimpa musibah, dengan cara dekati pekerja tersebut tanpa menjatuhkan maruah atau menyebabkan beliau hilang kepercayaan. Komunikasi penting dalam memastikan organisasi sentiasa sihat.

Dengki - Jauhkan.
Hasad boleh memakan kebaikan umpama api membakar kayu.

Elakkan fitnah dalam kerja.
Buangkan dari dalam diri sifat tamak dan sombong. Kita hanya akan terseksa andai kita mengambil sesuatu yang bukan hak kita dan kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada.


Kita kena lihat pada mereka yang lebih teruk dari kita, bukannya kita tengok mereka yang lebih senang dari kita. Kita lapangkan dada kita bila sampainya ujian.. 'paling tidak, ada benda baik disebalik musibah tersebut.'

Kadang-kadang kita tak suka tetapi itulah yang terbaik buat kita. Perbezaan itu melengkapkan hubungan antara majikan dan pekerja.

Mudah-mudahan ada manfaatnya bila jangan berkira sangat. Jangan demand. Jangan berlagak kerana ILMU hanyalah pinjaman dariNYA. Tak dapat sesuatu yang kita harapkan tak apa. Allah Taala akan gantikan dengan yang lain. Balik semula pada Niat kerana sesuatu itu bermula dengan Niat.




Nak baling boomerang ke tu..? Selamba beliau bertanya padaku..


Wefie bersama Syamsul Debat..


Hidup kita ni tak panjang. Kenapa nak bazirkan masa?
Ingatlah, bukan penghargaan dari manusia yang kita cari..
Nawaitu - niatlah kerana Allah Taala.


Terima kasih kepada pihak urusetia di atas program tersebut. Walau penuh dihiasi dengan gelak tawa tapi sebenarnya ianya sangat bermanfaat, nak pulak kena batang hidung sendiri. Alah.. bukan aku sorang je yang terasa macam tu, orang lain pun sama. Sedar dengan tak je..


StatusHati: Romeo India November Delta Uniform..


8 comments:

  1. sukanya berada di majlis ilmu dgn rasa xtertekan walau ilmu yg diajarkan adalah serius.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..rezeki dapat mengikuti program macam ni kan..
    tempat kami,..memang takde la program macam ni..

    ReplyDelete
  3. Pernah tengok kat tv je..
    Syok dengar ustaz ni mengajar..
    Sepanjang masa senyum je tengok tv.. :D

    ReplyDelete
  4. suka dengar ceramah dia ni sebab kelakar
    menarik minat orang nak dengar
    dalam masa gelak2, dapat jugak input

    ReplyDelete
  5. Bagus kalau ada majlis ilmu macam ni. Walaupun kita tahu, tetap juga akan menambah ilmu di dada, tak pun 'refresh' apa yang kita dah lupa!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...