'Umairah takut dengan mak dia.'
Dak Kakak kena ejek dengan kawan-kawan beliau kerana tak nak join apa yang mereka buat.
Kukatakan pada dak Kakak..
'Kakak cakap balik dekat kengkawan Kakak tu, aku bukan takut dekat mak aku tapi aku hormatkan mak aku sebab dia mak aku. Takkan korang tak belajar dekat sekolah. Itulah siapa suruh ponteng sekolah lagi.'
Juga telah acapkali aku ingatkan jangan berkawan dengan budak yang suka ponteng sekolah. Kalau sekarang dia biasa buat, akan datang apatah lagi. Ibu paling benci orang yang malas nak pergi sekolah. Aku tak faham kenapa mesti nak ponteng sekolah. Best hape pergi sekolah sebab kalau duduk rumah kena buat kerja rumah.. Itu aku waktu sekolah dululah..
DAN.. selalu aku ingatkan dak Kakak:
'Kalau dorang tak nak kawan dengan Kakak, biarkanlah. Tak payah dengan dorang. Kakak kawan je dengan Ibu.'
'Takde kawan pun Kakak bukannya tak hidup. Elok sihat je ibu tengok. Tengok ibu ni.. tengok mama tu.. orang tak nak kawan, lantak doranglah. Bukan dorang yang bagi Kakak makan. Bukan dorang yang bagi kakak duit belanja.'
Walaupun dak Kakak diejek begitu, Alhamdulillah dak Kakak tak cepat melatah sebab bukannya senang budak-budak tu nak buli dak Kakak. Bukan setakat dak Kakak lebih besar dari dorang tapi sejak dari darjah Satu dak Kakak dah diajar oleh nenek a.k.a pengasuh lama macam mana nak ajar mereka yang cuba nak menyakat/membuli di sekolah.
StatusHati: KAU jauhkanlah perkara yang tidak elok dari mendekati anak-anakku.. Aamiin..
tak suke betul... kecik2 dh pandai membuli dh besar nnti jd apa ntah... main ejek2.. betul lah tu si kakak tkt kt mak nya... sbb kite dgr kata mak kite, kite hormat, kite syg mak kite
ReplyDeletetak pyh la si kakak kwn ngn kaki ponteng... bt nyusah diri je
alahaii kecik2 dah pandai membuli.. risau pulak fikir cabaran bila anak makin membesar.
ReplyDeletePembuli ada di mana-mana sahaja.
ReplyDeleteHarap yang kena buli jangan biarkan diri terus-terusan dibuli.
Boleh pulak gitu! Nak main ejek-ejek pulak. Itu yang geram budak-budak sekarang ni tau. Kita ajar anak elok-elok, ada aje anasir yang tak sihat nak mempengaruhi kehidupan anak-anak. Tapi mujurlah ajaran kita lebih hebat daripada kawan-kawan yang berlagak 'hebat' sangat tu.
ReplyDelete