Followers Remaja Purba

Friday, September 16, 2016

Kawalan perlu dilakukan apabila..


Straight to the point..
Kawalan perlu dilakukan apabila korang:

  • Kalau bercuti di mana-mana, pastikan korang balik awal, jangan Isnin ni kerja, pagi tu baru terkial-kial nak gerak balik pulak.
  • Kalau makan di luar, jaga perut tu sebaik mungkin. Dah tahu perut tu sensitif, janganlah makan pedas sampai tercirit-cirit.
  • Kalau main/bersenam di luar, jaga diri tu elok-elok. Dah tahu diri tu tak kuat, yang pergi panjat bukit tu buat apa.
  • Kalau ada anak, pastikan kesihatan anak berada di paras optimum bukan optimus prime. Dah tahu anak tu tak sihat, pergi bawak masa jualan gudang tu dah kenapa?
  • Kalau dah tahu diri tu tak sihat.. antibodi badan tu lemah, duduk santai rehat dekat rumah jelah. Ni tak, sibuk nak berjalan.
  • Sekarang ni musim hujan, elakkan diri dari kerap berhujan. Jangan turut sama join budak-budak mandi hujan. Kau tu bukan muda tapi dah purba..



Kesimpulannya:

  1. Abam Doctor, kalau staff saya datang ke klinik abam doctor untuk dapatkan rawatan (yang sebenarnya lebih kepada nak MC), abam doctor bagi time slip je. Tak payah bagi MC. Staff saya dah cukup rehat tiga hari ni. Jadi deme takde sebab nak MC untuk hari Isnin ni.
  2. Kalau abam doctor nak bagi jugak MC pada staff saya tu, pastikan jugak abam doctor suntik dia dengan ubat yang bersesuaian dan terbaik bagi dia cepat sembuh. Tak payah bekalkan ubat lain dah. Abam doctor faham kan maksud saya ni.
  3. Kalau staff saya tu maki abam doctor sebab tak dapat MC abam doctor boleh hantarkan aduan berserta bukti bergambar kepada saya. Saya suka buat kerja berkenaan Tatatertib ni.


Abam doctor jangan risau, nanti saya whatsapp gambar staff-staff saya tu, senang sikit waktu sesi pengecaman tu nanti.

#MohonTerasa
#DegilLagi..


StatusHati: Awak.. tolonglah dengar nasihat ni..


8 comments:

  1. hari ni cuti..esok kerja..lusa cuti..isnin kerja....
    last sekali apply cuti ja sok...

    ReplyDelete
  2. hahha.. kat hospital mmg macam tu.. hari ahad mmg penuh ramai pi bahagian AnE.. motif diorg just nk MC je sbenarnya.. dah masak dah dengan perangai tu..

    ReplyDelete
  3. huhu..ramai kot yg akan mc kan?
    saya tak balik kg pun ..huhu..duk rumah je..

    ReplyDelete
  4. Bila dah cuti memang malas nak.masuk kerja semula

    ReplyDelete
  5. NASIHAT BERGUNA PERLU DIAMBIL KIRA

    ReplyDelete
  6. Semoga mesage ini sampailah ya kepada yang ingin ditujukan.
    Di ofis Mrs. A pun ada jer... puak-puak Isnin MC nih! Nampaknya di mana-mana pun sama. Patutlah ada ungkapan Monday blues kot

    ReplyDelete
  7. Hahaha. Nak tergelak pulak membacanya. Tapi saya bijak sikit. Kalau dah cuti panjang macam ni, saya tak sambung dengan MC. Buang masa aje. Kalau takda public holiday lama sangat, barulah saya terkial-kial nak buat MC. Hahaha!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...