Followers Remaja Purba

Tuesday, August 9, 2016

Petua bila depan Suami, harus jadi kucing..


Petua untuk mengukuhkan lagi hubungan.. 
Kadang-kadang suami ni tak pandai tunjuk sayang kepada isteri..
Jadi isteri ni harus pandai mengagak rasa hati suami..
Kena banyak bercakap.. Banyak bercakap bukan bermakna membebel..
Banyak bercakap dengan menanya dan menghiburkan hatinya dengan perkataan yang baik-baik.. Suami penat pulang dari kerja, jangan terus ditanya  macam-macam. Nak marah macam mana pun, simpan harimau itu dalam hati..

Depan suami, harus jadi kucing..
Walau rasa nak mengaum, pilihlah mengiau saja..
Itu rahsia keharmonian rumahtangga..

Mengalah bukan untuk menunduk tetapi mengalah untuk menanduk..
Kalau kena dengan tandukan, suami akan menjadi lebih memahami..
Tanduk dengan penuh kasih sayang dan lembut manja tetapi biar tepat..
#MelurJelita..


Aku suka hasil karya penulis novel Melur Jelita kerana dalam karya beliau ada petua dan nasihat yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian..
Macam berat badanlah.. nak maintain #perasanSlim kenalah ada usaha, begitu juga dalam alam rumahtangga. Takde usaha untuk menjaganya, lambat-laun akan pudar jua..

Pada aku pulak..
Isteri nakkan belaian je sebenarnya.. dia dah penat buat semuanya takkan takde 'habuan' untuk dia. Bukan susah pun.. kau belai je dia walau masa tu angin taufan dia muncul.. confirm lepas tu dia akan macam kucing parsi.. miow.. purrrr.. kihkihkih..


Ingatlah..
Usaha agar semuanya menjadi lebih baik dari sebelum ni..
Cuma satu yang aku nak kau ingat..
Nak senang bukan senang.. nak susah bukannya susah..
Jangan terlalu mendabik dada bak merak mengepak di dalam sangkar emas..
Usah terlalu memberi 'nasihat' macam kau dah lalui banyak pengalaman hidup..


StatusHati: Kenalah hadam walaupun ianya pahit..

11 comments:

  1. Assalammualaikum akak,hihi. Lama tak berblogging dah. Harap2 sihat ya.. :)

    Saya kena belajo ilmu rumahtangga dgn akk ni, :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak..selamat hari raya jugak.. dah lepas pun xpa,hihi

    ReplyDelete
  3. Salam kenal www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  4. Nak jadi novelis memang kena kreatif.
    Kita sebagai pembaca yg dibuai-buai bila membacanya.

    ReplyDelete
  5. adik rietta pown minat karya melur jelita....

    ReplyDelete
  6. x susah pun nak ambik hati isteri
    paling senang senornya. lg2 yg dah lama berkahwin
    kenal isteri dah lama.. tau sgt mcm mana sikap isteri bila majuk
    suami kekadang ego beso.. x nak memujuk.. kesian isteri

    ReplyDelete
  7. jadi kucing? kucing pun pandai menggigit dan mencakar..

    haha..

    ReplyDelete
  8. Adui puitisnya karya.
    Alam rumahtangga tak kisahlah nak kadi kucing ke harimau, yg penting saling memahami,kan.

    ReplyDelete
  9. Kadang-kadang nak sentiasa jadi kucing tu pun punyalah bertabah. Tak sabar rasanya sesekali nak juga mengaum kuat macam rimau tau!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...