Alangkah mudah andai rasa itu dapat kulontar ke dalam Sungai Sarawak..
Biar ia pergi jauh tak kembali..
Teringat perbualan dengan sorang boss baru-baru ni..
'Saya pernah nampak ada satu ketika awak nampak kusut, nampak serabut.. dan saya rasa saya boleh agak sebab apa..'
'Ketara sangat ke keadaan saya masa tu..'
'Takdelah.. tapi saya tahu..'
Hampir menitis airmata.. itu yang aku rasakan waktu itu..
Malu.. sebab masih ada yang perasan keadaanku walau tak pernah kuceritakan..
Habis daya untukku tersenyum..
Terima kasih boss atas sedikit nasihat dan pesanan..
Moga hati aku terus kekal tak rapuh berderai..
Teringat pesanan dari atok kesayangan..
Ingatlah..
Jangan fikir diri tu bersendirian waktu sedang bermasalah..
Bersyukurlah kerana masih ada teman untuk menemani..
Lepaskan..
Biarkan masalah tu berlalu pergi..
Kita hidup untuk gembira bukan meratap hiba..
Jangan mudah memukul canang tapi gendang tidak kelihatan..
Berikan hati itu kepadaNYA..
InsyaAllah tiada masalah yang tak dapat diselesaikan..
'Dunia kita takde bezanya, tiap dari kita semua ada masalah cuma cara bagaimana nak urus selesaikan itu menjadikan kita lebih kuat dalam melawan arus kehidupan..'
'Kalau boleh kubakar.. akan kuguna RON97.. lebih penjimatan..'
'Jangan kejam sangat..'
'Sebab tak bolehlah, itu yang aku tak buat..'StatusHati: Kucuba menguak ruang.. menterjemah rasa..
singgah selasa
ReplyDeletememang ada kalanya kita tidak dapa sorok kemelut yang ada di dada dengan senyum di muka. yang rapat dengan kita tetap dapat kenal tawarnya senyum kita...
ReplyDeletehmmmmm org yg betul2 amik tahu psl kita msti tau setiap perubahan yg terjd pd diri kita.... jgn sedih2 kak... msh ramai yg syg kita, yg boleh kongsi sama2 segala suka duka
ReplyDeletedugaan & ujian tu pengalaman. & pengalaman sgt m'dewasakn.
ReplyDeleteSEKUAT MANA PUN KITA MENGHARUNGI MASALAH HIDUP TETAP KITA PERSOALKAN SBB MUSABABNYA.
ReplyDeletesuper tok ye? hehe..sempoi je..
ReplyDeleteboss memahami lagi bestttt
comel sgt atok akak tau..
ReplyDeleteakak..semoga Allah permudahkan segala masalah/urusan akak ye..tetibe terasa mcm berat sgt masalah akak nie..hugssss...
Semoga masalah aiza dapat seleasai dengan baik..
ReplyDeleteBertabahlah dengan ujian Allah
Allah telah berfirman:-
"Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan," Surah Al Insyirah
Dua kali ayat ini diulang..
Tunggulah kemanisan yg akan datang buat Aiza..
Bagus tu....boss yang prihatin...
ReplyDeleteBegituah hidup..kadang2 mereka yg jauh lebih memahami hati kita dari mereka yang sangat dekat dengan kita. Apa pun, Allah sentiasa dekat dengan kita, mengadulah kepadaNya bila hadapi masalah..
ReplyDeleteBagu boss akak. Bila ada masalah, cuba cerita kat kawan yang betul-betul baik aje. Semoga mereka dapat menenegkan kita yang tengah gundah.
ReplyDeleteDoa pada Allah SWT jangan dilupa.Allah tempat mengadu.
Kuatkan semangat akak yea.
ReplyDeleteCampak jauh-jauh masalah tersebut.
Semoga dipermudahkan urusan akak.
ReplyDeleteBaik boss akak.
zikirlah
ReplyDeleterabbi yassir wa la tu’assir ,rabbi tammim bil khayr
Bagus kalau ada bos yang prihatin macam tu. Sekurang-kurangnya dia faham mengapa kita berubah dari sediakala. Selagi bernama manusia, memang macam-macam masalah yang akan menjelma, Aiza. Cuma mudah dengan tidak aje kita menanganinya yang berbeza. Kalau dok fikirkan masalah, memang tak senang hati ni. Macam saya juga, lebih suka nampak ceria walaupun adakalanya seribu satu masalah melanda dalam diri!
ReplyDeletesekurangnya kita tau yang kita tak bersendirian kan :)
ReplyDelete