Followers Remaja Purba

Thursday, November 26, 2015

Kenangan yang tertinggal di Sarawak


13 November 2015.. Jumaat
Berjaya juga dalam usaha nak update kisah ni..
Krik.. krik..

Kisah awal di SINI..

Memulakan perjalanan dengan menaiki penerbangan MH2520 (1050 - 1235)..
Alhamdulillah.. perjalanan smooth and clear walau lewat setengah jam dari jadual asal..
  
Sarawak.. tunggu kedatanganku..

Hujan menyambut ketibaan kami di Kuching, Sarawak..


Delegasi seramai 24 orang dijemput menaiki bas yang disewa khas dari En. Mujjahiddin Ramli - Khalif ENTERPRISE (Contact Number: 01118671710)..
Memandangkan kami sampai pun lewat, jadi Pn. Connie (our tourist guide) membawa kami makan tengahari terlebih dahulu sebelum program pertama diteruskan..

Nasi ayam jadi pilihan aku di Serati Corner..

 
Selesai makan..
Perjalanan diteruskan menuju ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)..

Program kami sehari sebelum Hari Konvokesyen UNIMAS..


Alhamdulillah..
Urusetia dari UNIMAS baik-baik belaka..
Takdelah rasa kekok sangat kan..

Kelihatan santai.. ada juga isu dan cadangan dikemukakan oleh pihak UNIMAS..



Bersama Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti
Dr. Rohaya Mohd Nor..



Menu yang buat rasa takmo berhenti makan..
Sepanjang aku di Sarawak.. diet aku tinggalkan dekat Semenanjung.. kihkihkih..



Tiap pertemuan pasti akan disertai dengan perpisahan..



Berita sedih..
Ketika dalam perjalanan ke KLIA pagi tu.. rata-rata dari kami mendapat berita mengejutkan di atas pemergian seorang kakitangan di tempat kerja..
Berkebetulan hari tersebut adalah hari yang sepatutnya beliau melapor diri selepas cuti sakit yang lama (akibat kemalangan)..
Selang sehari lepas tu.. anak jiran di rumah mak aku pulak meninggal dunia..


DariNYA kita datang.. kepadaNYA kita kembali..
Al-Fatihah dan Takziah buat kedua-dua keluarga arwah.. 



BERSAMBUNG..


StatusHati: Sekurang-kurangnya jawapan telah diberi..



6 comments:

  1. seronoknya jauh dpt bt keje sampai ke sana....

    teringin nk dtg sarawak lg... penah pg dulu thn 2005 rasanya

    alfatihah bt arwah rakan sekerja akak n anak jiran akak

    ReplyDelete
  2. Dalam suka ada duka, dalam duka pasti ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  3. AL Fatihah.
    Takziah atas kehilangan rakan sekerja tu.

    Mee tu, mee tarik ke?

    ReplyDelete
  4. baca entry ni teringat masa sukan jabatan,,, buat kat UNIMAS juga tahun 2010,,, lama dah tak ke kuching,,rindu kek lapis serawak,,

    takziah buat rakan sekerja aizamia3,, al-fatihah,,

    ReplyDelete
  5. mee kolok ke tu kak?

    moga mereka yang telah pergi ditempatkan bersama para solehin. amin amin

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...